28.5.12

Seram.....Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar



KISAH BENAR: KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.


Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.
Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.
Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.



Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.
Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.(Sinar Harian)

pontianak?

kikikiki



Tengok Nii..Kisah Yang Terlalu "Sebak" Untuk Di Baca





Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada. 


Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.

Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.

Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.

Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.

Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.

“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.

“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak. 

from Karat E-jau 

Wardina Terima Panggilan Lucah


Kasihan Wardina

KUALA LUMPUR: “Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.
“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

27.5.12

Restoran Sekinchan Ikan Bakar Akan Dilelong!


macam tak percaya jeee....
betul ke apa yang aku jumpa kat fb nih
bukan ke Datuk ni kaya rasa... ada ferrari....pastu siap buat cabutan bertuah nak bagi lamborgini la....bmw la kpd sapa like fanpage dia BERSIH 4.
hai donia...doniaaaa.....
adakah duit tapak gerai depan rumah Ambiga yang dikutip oleh Datuk tu sebenarnya nak bayar hutang?
aahaiiii...kesiannya Datuk.
sumber


Ustaz Azhar diharamkan di PICC, dibanjiri anak muda di Masjid As-Salam Puchong



Koleksi foto Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor...Walapun diharamkan memberikan kuliah di Putrajaya namun umat Islam terutamanya anak-anak muda tetap membajiri Masjid As-Salam ,,,







Lihatlah dengan mata kepala sendiri....Ulama yang dibenci oleh UMNO namun disanjung dan dijulang oleh umat Islam dinegara ini terutamanya anak-anak muda..


Mereka tidak terpukau dan tersilau dengan program-program yang dihidangkan di Hari Himpunan Jutaan Belia.


Lagi UMNO tekan Ulama lagi anak-anak muda memberikan sokongan.

TERKINI!!! Dua penonton cedera parah di Himpunan Belia 2012 Putrajaya






Tragedi di Himpunan Sejuta Belia - Drag Racing Tajaan Umno-APCO

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam
kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan
sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian
Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi. 

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer
Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal. 

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan
rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian
dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih
belum dapat disahkan. 

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan
keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan
dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja
disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak
polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan
seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya
masih dalam siasatan.

JALAN PULANG

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...