22.10.13

Noreen Noor kembali kerahmatullah. Alfatihah

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan penyanyi yang popular sekitar 80-an iaitu Noreen Noor. Allahyarhamah telah meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.


Allahyarhamah Noreen Noor berusia kira-kira 40-an dan meninggalkan 2 orang anak. Beliau popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. Info asal Astro Awani.

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

21.10.13

BIKIN PANAS

Hari ni Isnin kan....
Cuaca pun sekejap panas sekejap mendung sekejap hujan
Tapi itu semua takde makna
Orang tetaplah berpusu-pusu memborong
borong apa? 
Tengok bawah nih....


Memborong shaklee la adik2 akak2 sekalian

Agak2 larat tak nak tunggu giliran
waaaaa......
sabar2

Tengok senarai order di bawah


kalau tengok list pesanan macam fofular sungguh produk ni kan

tapi memang fofular punnn
tambah2 hari ni produk yang ditunggu-tunggu sekalian lama muncul
taukah apakah dia yang paling dinantikan


VITA- C PLUS

Tapi
hot item tetap lah Lecithin
terlajak larissss
belum sempat sampai giliran stock abisss

sabauuu je lahhh



ps: sesiapa yang nak merasai kepanasan SHAKLEE jangan malu jangan segan ... jom join saya sebagai ahli ... RM 65 sahaja seumur hidup dan tambah RM10 lagi untuk kos penghantaran jika anda duduk jauh dr laluan saya....





✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

20.10.13

Remaja perempuan pukul rakan sampai pengsan!




mak aihhh... ganasnya anak2 dara nih... takut makcik nak.. 
ni kalau terserempak dengan perogol bersiri bagus sangat nih.... adik boleh tomoi lelaju sampai perogol tu pengsan jugak... 
tapi macam biasalah... yg tukang rakam video ni pun sengal jugak.... takde hati perut tengok kawan kena belasah.... lagi best upload lagi kat internet... tahniah dikkk.... adik memang bijak... bijak sangat.... senang sikit pihak berwajib nak cari gangster dua orang tu....

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

14.10.13

HIGHWAIST CANDY PANTIES .... Larissss!!!

Pagi tadi barang yg dipesan sampai..... pesan 50 pcs tapi share dengan sorang lagi kwn kat JB jadi dapat la 25 pcs seorang.... 
Saspen betul..... ada ke orang nak beli benda ni ekkk.....
sekali tunjuk kat kwn haa.... kauuu
dua orang ambik 3 helai sorang.... sorang ambik 10 helai.... anak saudara booking 12 helai
ohhh..... laris rupanya (walaupun baru laku 25 lai tapi bangga abisss).... hahahah...
alhamdulillah.... pasni bolehlah acik order lagi!!!





Ini namanya 

HIGHWAIST CANDY PANTIES (ini bukan sekadar Panties biasa)

~~~ Boleh kempiskan perut lagi !!! meh cuba meh !!!!

Panty kempiskan perut ### pinggang panty tinggi slimming

UKURAN : Free saiz S - XXL boleh memakai

BAHAN : Di perbuat daripada kapas 90% dan 10 % spandex


FUNGSI :

-Membantu merampingkan pinggang dan perut.
-Mengangkat punggung dan PADATKAN BAHAGIAN PUNGGUNG yg JATUH.
-Sesuai di pakai sepanjang hari dan paling efaktif di pakai pada saat tidur utk pembakaran lemak.
-Terasa nyaman dan tidak menganggu aktiviti seharian. @Jika di pakai sambil bersenam dapat mempercepatkan pembakaran kalori.
-Cara mudah dan efaktif utk membuat tubuh anda lebih ramping. -Guna kan secara rutin maka efaknya akan segera terasa.
Testimoni2 sangat selesa di pakai

# Material soft cotton dan tidak panas !! Disarankan di pakai sebagai seluar dalam harian.
Boleh beli lebih untuk ganti setiap hari. (copy paste ayat penjual...hik2)




RM15 SEHELAI POS RM 6/9






Selamat menyambut hari raya aidil adha kawan-kawan semua ^____^



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

10.10.13

Anak Kurung Ibu Tanpa Makanan 4 Hari


GUNUNG SEMANGGOL - “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain."

Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.

Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.



Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu.

Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu.

Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

“Sejak berpindah ke rumah sewa baru, kami sering memerhatikan gelagat ibunya yang kemurungan setiap kali keluar dari rumah.

“Kemuncaknya, kami menjadi bimbang apabila kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sejak seminggu lalu, sedangkan anak mangsa sekeluarga ada di rumah," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Bukit Merah, semalam.

Didorong sifat ingin tahu, Mohammad bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa dan terkejut dimaklumkan mangsa dikurung tanpa diberi makan selama empat hari.


Keadaan tempat tidur mangsa yang menyedihkan

Jelasnya, pada pertemuan itu, mangsa mengakui ditinggalkan anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci dan terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar.

"Mangsa turut mengakui sering dipukul  menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui.

“Sebak melihat keadaan mangsa, kami segera membelikan makanan kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hasan untuk tindakan lanjut,” katanya.


Mohamad berkata, dia pernah menemui anak lelaki mangsa untuk bertanyakan keadaan mangsa, bagaimanapun anak lelaki mangsa hanya memberitahu ibunya mengalami gangguan mental.

“Atas nasihat ketua kampung, kami membuat laporan polis mengenai keadaan ibu mangsa di Balai Polis Bagan Serai pada Jumaat lalu dan perkara itu turut dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian pada keesokan harinya,” katanya.

Mangsa diselamatkan JKM

Sementara itu, Pegawai JKM Kerian, Noor Kamaruzzaman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan kes penderaan melibatkan mangsa pada Sabtu lalu.

Susulan itu, pihaknya membuat lawatan ke rumah mangsa sebanyak tiga kali untuk menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan dibuat.

“Dalam dua lawatan permulaan, kami difahamkan anak lelakinya terpaksa mengurung mangsa kerana mengalami gangguan mental.

“Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan mangsa yang mengaku didera dan direkodkan jiran terdekat,
JKM mengambil keputusan mengambil mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Parit Buntar di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Kata Noor Kamaruzzaman, jika terbukti terdapat unsur penderaan ke atas mangsa, tindakan akan diambil ke atas kesemua suspek terlibat.

"Tetapi jika mangsa terbukti mengalami gangguan mental, satu cadangan rawatan pemulihan akan dikeluarkan ke atas mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa diambil di rumahnya dengan diiringi polis lebih kurang jam 1 tengah hari semalam.

“Selepas itu, JKM mungkin akan mencari tempat perlindungan sesuai kepada mangsa sehingga siasatan kes selesai,” katanya.

Mangsa yang ditemui pemberita mengakui dipukul menantunya pada sebelah malam susulan selepas menerima kunjungan pegawai JKM, kelmarin.

Sewaktu ditanya pegawai JKM semalam, mangsa mengakui tidak diberi makan semalaman.

Tinjauan Sinar Harian di rumah mangsa mendapati keadaan bilik tidur mangsa amat menyedihkan apabila terpaksa tidur di atas lantai tanpa disediakan tilam.


sumber- sinar harian 



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Al kisah Sarapan Pagi RM6000 -Video


Mencekik tak ingat.... siap tapau lagi tu..... sampai licin pulak tu... hek3....




Ini laporan dari Akbar ...

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). 
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 


Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam. 
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat. 
“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan. 
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. 


Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000. 
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000. 
“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun. 
“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya. 


Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan. 


Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 
“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan. 
“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya. 
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000. 
“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal. 


“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu. 

"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

7.10.13

Gempar! Orang mati tiba-tiba bangun kembali


Gempar! Seorang lelaki yang ditemui terapung dan disangka telah mati tiba-tiba bangun dan ketawa.
Makkk.... seramnya!
Baca sampai habis kemudian nak ketawa....ketawalah ....
hehehe


TRIBUNNEWS.COM, JEMBER - Warga di Jalan PB Sudirman, Kecamatan Tanggul, Jember, Jawa Timur, Minggu (6/10/2013) sempat dibuat geger. Ini disebabkan, seorang pemuda yang tidak dikenali identitasnya, ditemukan mengapung di sebuah selokan di jalan itu.
"Waktu itu saya dan warga yang melintas sangat kaget, karena dikira itu mayat seseorang," ujar Sugeng, salah satu warga setempat.
Karena penasaran, kata Sugeng, warga kemudian melempar batu ke arah orang tersebut, dan rupanya sama sekali tidak bergerak. "Saya saat itu panik dan melaporkan kepada kepolisian, karena saya kira itu benar- benar mayat seseorang," imbuh dia.
Setelah mendengar laporan itu, polisi kemudian mendatangi lokasi kejadian. Saat itu pemuda yang tidak dikenali identitasnya tersebut, tetap tidak bergerak. Polisi akhirnya turun ke selokan untuk melakukan evakuasi.
"Saat itulah, pemuda yang dalam kondisi telanjang bulat tersebut tiba-tiba bangun kemudian duduk dan langsung tertawa. Ternyata pemuda itu orang gila," katanya tertawa.
Sontak saja peristiwa ini membuat warga yang sudah mulai berkerumun di lokasi kejadian langsung tertawa melihat kejadian tersebut. "Gimana gak mau tertawa, la wong dikira mati lalu hidup lagi," kata Sugeng.

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...