23.6.13

Gambar biasa yang luarbiasa pada pandangan aku

Jam 7:30 malam tadi rombongan Polis yang membawa Dato' Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub.

Alhamdulillah dalam keadaan kurang sihat (demam) Dato' Haji Husam Musa tidak digari & beliau diberi Penghormatan mengimami solat Maghrib manakala para Pegawai Polis yang mengiringi beliau menjadi makmum.

Mohon para penyokong Dato' Haji Husam Musa untuk berkumpul dihadapa IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini untuk menyatakan sokongan & solidariti pada beliau...

sekeping gambar yang biasa tapi luarbiasa kisahnya dari pandangan sisi seorang aku

biasa - orang solat, itu biasa. Yang luarbiasa bila mengaku Islam tapi tak solat.
luarbiasa - orang yang ditangkap jadi imam.
luarbiasa sebab imam pula adalah dari parti PAS.
PAS bagi puak satu lagi adalah Parti Ajaran Sesat! hai....Tak takut sesat ke....?

Hidup dikelilingi keluarga polis membuatkan aku faham sangat dengan perangai sesetengah anggota dan bini-bininya. Anti sungguh mereka ni dengan PR. Korang tak tengok memek muka mereka kalo mengutuk anuar ibrahim .... nik aziz .... dap, tak usah cakap laa... anti betul dengan DAP sampai bangkrap la semua kedai2 cina kat sini dorang boikot... kekeke

kat sini yang aku kenal hanya sorang je kakak yg ahli pas - dan dia mengaku sendiri. Sedangkan ahli keluarga dia sendiri menteri umno. cool je dia.

Yang aku pelik tu dorang ni bila aku ada je mula la swing buka topik mengutuk2 anuar ibrahim..... percaya sungguh depa ni dengan sumpah saiful bohari tu.... kesiannn... tu laaa... cer aritu pergi surau dengar sendiri  ustaz khalid cakap apa.....

aku tak heran la pun setakat depa kutuk anuar ibrahim tu ini begitu begini..... cakap pun tak guna.... memang darah biru mereka tu lebih kekal lebih  likat lebih pekat jika nak dibandingkan dgn dakwat kekal SPR! tapi yang aku tak boleh terima tuan guru nik aziz pun mereka kutuk dan kata2.... perghhh... hebat sungguh ilmu mereka nih. Mesti hafal sebual alquran berserta maknanya sekali..... mesti depa ni azan je terus bentang tikar jadi imam.... mesti bini depa ni sehelai rambut pun tak berani terkeluar...

errr... tak takut kena tulah ke? jangan main2.... ulama pewaris nabi tau!

yang disanjung mahathir dan najib jugak la dulu kini selamanya.... tak kisah pun la agama kelaut ke apa... anak ada kilang arak ke apa.... anak minum arak ke apa... dan aku faham kenapa mereka begitu. kerana mereka tak jumpa lagi gambar2 semua tu (aku rasa lah). Dan aku tak salahkan mereka.... sebab tu aku diam dan dengar je la cacian dan sumpah seranah mereka (penyabar sungguh aku nih...)

oh... balik kepada gambar di atas.... aku respek pada anggota yang dalam gambar tu.... aku tau dikalangan mereka ... bukan semua yang membenci PAS/PR... sebab otak mereka rasional. Dalam sesebuah negara yang demokrasi memang perlu ada parti pembangkang... mereka ini boleh fikir semua tu. Dan mereka yg sebahagiannya ini tahu pemimpin yang manakah yang ada ilmu untuk dan layak untuk diikut menjadi iman.

errrr..... lepas ni tolong la buat video najib jadi imam ... sekali pun jadilah... mungkin lepas tu aku akan bertukar menjadi wanita bertudung merah .... hikhik

kirim salammmm....







✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TAHNIAH, DENGAN SEKALI LAFAZ PIERRE ANDRE SAH BERGELAR SUAMI KEPADA SITI NUR HIDAYAH



Pelakon dan juga pengarah terkenal, Pierre Andre atau nama sebenar Mohd Pierre Andre Bin Nazrul Andre, 28, sah bergelar suami kepada Siti Nur Hidayah atau lebih mesra dipanggil Yaya, 26, dengan sekali lafaz di Masji Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang, siang tadi.
Perkenalan yang disulam selama dua tahun bermula hanya sebagai rakan biasa di laman sosial telah menyatukan dua hati dan kini mereka sah bergelar suami isteri.
Dinikahkan oleh ybhg. Ustaz Zuhdi tepat jam 2.00 petang tadi telah disaksikan sendiri oleh ayah pihak perempuan, En Hashim.
Majlis yang dijalankan serba sederhana ini turut dihadiri lebih kurang 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat, sahabat handai, beberapa rakan artis dan juga rakan-rakan media yang turut sama memeriahkan majlis.
Pihak perempuan menerima 7 dulang berbalas 9 dulang yang terdiri daripada beg tangan jenama Guess, satu set barangan kemas jenama Habib Jewel, iPhone5, kasut jenama New Balance dan satu set minyak wangi.
Mas kahwin yang diterima berjumla RM 300 manakala wang hantaran yang diterima pihak perempuan adalah sebanyak RM 20,000.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai dan semoga dengan ikatan ini, Pierre dan juga isteri akan kekal bahagia hingga ke anak cucu. (rotikaya)








✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

REMAJA MELAYU HANYUT DI PESTA BUIH





Serbuan pihak berkuasa di sebuah pub pada jam 12.30 malam, di Jalan Yap Kwan Seng kelmarin, menyaksikan seramai 47 remaja Melayu sedang hanyut melakukan aksi sumbang sambil mandi buih di dalam sebuah pesta parti liar.


Gambar kredit Utusan Malaysia

Apa yang lebih memeranjatkan pihak berkuasa, apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka. Ketika diserbu, kesemua mereka sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.


Difahamkan, daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun. Mereka dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut. Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap. 


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

22.6.13

Ajaran syiah dilarang disebar tetapi bebas diamal di Malaysia - Jamil Khir





MENGULAS KENYATAAN JAMIL KHIR.

Ketika Negara Ahlus Sunnah mempunyai kuasa, mereka tidak menggunakan kuasa itu sebetulnya, sebaliknya Syiah apabila mempunyai kuasa, mereka akan menggunakan kuasa mereka tersebut dengan baik, tersusun dan penuh konspirasi . Oleh kerana itulah kita dapat melihat banyaknya Negara yang dipimpin dan dikuasai oleh Ahlus Sunnah dengan mudah dikuasai dan diratah Syiah seperti Negara Bahrain dan Lubnan kerana undang-undang yang mereka peruntukkan ke atas Syiah kelihatan begitu mesra Syiah atau memang tiada undang-undang langsung sehingga akhirnya menyebabkan Negara tersebut hancur binasa dan tampuk kekuasaan hampir jatuh ke tangan mereka (Syiah).

Walhal berbeza apa yang berlaku di Negara-negara Syiah. Sekiranya mereka mempunyai kuasa, mereka akan peruntukkan undang-undang diktator bagi menyekat dan menindas penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah sehingga ke akar umbi. Persoalannya sekarang, adakah hal ini turut berlaku di bumi Malaysia yang majoriti besar penganut dan pemimpinnya merupakan Ahlus Sunnah?

“Jamil Khir, pintu masuk Syiah ke Malaysia?” Mungkin inilah tajuk yang sesuai berdasarkan kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung pengamalan Syiah di Malaysia. Saya kutip beberapa kenyataannya menurut akhbar malaysiakini pada 9 mac, 2011, sila rujuk http://www.malaysiakini.com/news/158136:

1) “Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya”.
"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini”.

= Pengikut ajaran Syiah TAK BOLEH sebarkan fahaman Syiah tapi BOLEH AMALKANNYA”. Lawak apakah ini Datuk Seri? Lumrah sesuatu fahaman dan ideologi pasti akan menyebarkannya kepada masyarakat di atas nama kebenaran dan kesedaran, untuk pengetahuan Datuk Seri juga, disebabkan kenyataan tidak berilmu seperti inilah telah menyebabkan puak Syiah Melayu semakin melebarkan sayap mereka ke seluruh Negara. Lihatlah pula apa kenyataan di blog-blog dan website Syiah Melayu:

“Laman ini khusus untuk Syiah Imamiyyah sahaja. Web ini bukan berniat untuk menyebar Syiah dan anda (Ahlus Sunnah) dilarang melawat lama ini. Jika anda berkeras, maka saya tidak akan bertanggungjawab atas pencerobohan akidah anda.”

Kami yakin, Datuk Seri turut tergelak bersama kami membaca kenyataan di website dan blog Syiah Melayu bukan? Tetapi malangnya ianya diambil berdasarkan kenyataan Datuk Seri sendiri. Kami ingin bertanya kepada Datuk Seri, sekiranya puak Syiah dibenarkan mengamalkan fahaman Syiah tetapi tidak boleh menyebarkannya, lalu bagaimana pula mereka (Syiah) ingin beramal sedangkan tidak ada yang mengikuti fahaman mereka? Sudah tentulah mereka perlu menyebarkannya untuk mempunyai orang untuk beramal! Harap ini difahami.

2) Kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebenarnya turut MELANGGAR Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia iaitu:

Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut : “Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa HANYA Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk DIAMALKAN di Malaysia.” DIMANSUHKAN.

Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya MENGIKUT AJARAN ISLAM yang BERASASKAN PEGANGAN Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak. Sila rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

3) “Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini”.

"Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA. (Nasharudin menafikan bahawa beliau ada bertanya soalan ini, sila rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/158203)

“Sekalipun Syiah itu sesat, tetapi TAK SEMUA ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah”.

= Jika benarlah kenyataan seperti ini, maka sudah tentu kebanyakan ajaran sesat di Malaysia seperti ajaran al-Arqam tidak semuanya bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah. Tetapi menapa selama ini tidak pernah ada mana-mana Pemimpin mengatakan seperti Datuk Seri: “bukan semua ajaran itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah”? Saya yakin, kenyataan Datuk Seri ini bermotif menjaga hati rakan baik Malaysia iaitu Iran yang terkenal keSyiahannya dan hipokrit yang amat.

Nasihat kami kepada Peimimpin-pemimpin Negara agar kembali membuat pengkajian dan penelitian yang serius berkenaan fahaman Syiah atau lebih tepat Agama Syiah, tambahan pula kata-kata, fatwa dan nasihat para Mufti dan Ulama’ itu lebih tepat dan sangat wajar diterima kerana mereka lebih alim dan arif dalam persoalan ini.

Jangan disebabkan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang akrab dengan Iran menyebabkan Malaysia begitu berlunak dengan mereka tanpa batasan. Mungkin juga, Malaysia mengadakan hubungan yang baik dengan Iran atas dasar persahabatan, ekonomi dan lain-lain, tetapi jangan dilupa bahawa Iran mengadakan hubungan baik dengan Malaysia termasuk Negara Sunni yang lainnya bukan hanya kerana perdagangan dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mempunyai agenda yang paling utama, yang paling besar iaitu mensyiahkan Negara tersebut! Mengapa pula tidak benar? Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap Negara-negara Sunni yang menjalinkan hubungan dengan Iran, pasti akan wujudnya di situ Syiah dan pertelingkahan pasti akan berlaku.

Contohilah Morocco, sekalipun tidak semaju Malaysia, mereka masih bertegas mempertahankan Ahli Sunnah dan bertindak keras ke atas Iran sehingga MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK, sila rujuk: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2010/11/maghribi-memutuskan-hubungan-diplomatik.html Bukan Morocco sahaja, bahkan Negara bukan Islam seperti Senegal dan Gambia juga turut mengikut jejak Morocco yang sama selepas mengesyaki Iran menyeludup masuk senjata kepada pihak pemberontak bagi menumbangkan Kerajaan yang sedia ada. Jalan penyelesaian mereka ialah memutuskan hubungan diplomatic dengan Iran. Sila rujuk: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/05/gambia-memutuskan-hubungan-diplomati.html dan http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/05/senegal-memutuskan-hubungan-diplomatik.html.

Adakah Datuk Seri yakin Iran tidak akan melakukan hal yang sama terhadap Malaysia dengan menyebarkan doktrin Syiahnya dan apabila mendapat pengaruh yang kuat, mereka akan menyeludup masuk pula senjata-senjata bagi menjatuhkan anda sendiri! Kepada pihak UMNO juga, pantau juga orang-orang seperti ini, jangan hanya menemplak dan menuding kepada pihak pembangkang yang kononnya menternak Syiah, walhal 2x5 sahaja. Semoga Allah pelihara bumi Malaysia dari fahaman ganas Syiah!. Ayuh Sepakat Tolak Syiah!!!


Ulasan ini di ambil dari SUMBER


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

21.6.13

Pemuda Dilarang Azan Duduk 5 Jam Atas Kubah Masjid - Video



Seorang pemuda yang stress kerana dilarang azan  duduk selama hampir lima jam di atas kubah masjid dan merosakkan kubah tersebut.

Lihat video Ugi panjat kubah masjid Al Murtadlo di sini. 


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

19.6.13

McDonald terpaksa tutup semua rangkaiannya di Bolivia kerana rakyatnya tak suka fast food?


Bolivians more so respect their bodies, valuing the quality of what goes into their stomach.
 Orang2 Bolivia di Amerika Selatan menolak 'fast foods' sehingga rangkaian restoran McDonald terpaksa ditutup kerana mengalami kerugian teruk. Orang2 Bolivia lebih gemar makanan yang mereka masak dengan cara tradisi mereka sendiri yang lebih sihat dan berkhasiat. 



Baca lagi di http://www.naturalnews.com/040752_Bolivia_McDonalds_restaurants_fast_food.html

Di Malaysia ni bilalah agaknya boleh tutup.... rasanya tak mungkin tutup adalah! Alangkan kempen boikot produk yahudi pun tak jalan.... masih ada gak lagi orang Islam yang selamba makan kat McDonald... inikan pulak sebab faktor kesihatan? Kirim salam.... hehe



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

17.6.13

Subhanallah..... Otak mangsa kebakaran 'segar' seperti hidup




TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
Keadaan asrama Maahad Tahfiz Al-Barakah yang musnah.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.
Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
Anuar menunjukkan almari Aiman yang tidak terjejas dalam kebakaran

Tidak jejas ambilan pelajar
Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.
Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.
“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.
Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...