9.2.13

8.2.13

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki



Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
 
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
 
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
 
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
 
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
 
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
 
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
 
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
 
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
 
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
 
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
 
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
 
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
 
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
 
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. 




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Wanita dibogel dan dibakar hidup-hidup kerana dipercayai ahli sihir


Foto: lindamerja.wordpress.com


[Kosmo] SYDNEY - Seorang wanita muda, Kepari Leniata dibogelkan sebelum dibakar hidup-hidup di depan sejumlah orang di Papua New Guinea, menurut laporan semalam. 

Wanita itu diikat dan didera sebelum tubuhnya dicurahkan minyak serta dibakar bersama timbunan sampah dan tayar pada Rabu lalu. 

Menurut akhbar Post-Courier, wanita berkenaan dibakar kerana dia didakwa membunuh seorang budak lelaki berusia enam tahun menerusi ilmu hitam. 

Kejadian itu berlaku di bandar Mount Hagen di pulau tersebut. 

Sebuah jentera bomba datang ke lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, beberapa orang mengejar jentera tersebut yang kemudian meninggalkan tempat kejadian. 

Wanita itu mati di tempat kejadian. 

Menurut laporan, wanita berkenaan mengaku membunuh budak itu yang mati selepas dimasukkan ke sebuah hospital dengan sakit di bahagian perut dan dada pada Selasa lalu. 

Menurut polis, pihaknya melakukan persediaan untuk mendakwa orang yang bertanggungjawab membakar wanita berkenaan. 

Polis berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai pembunuhan. - AFP



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

7.2.13

Buah Ajaib ....

Alkisahnya bermula begini, seorang kakak mengesyorkan kepada saya satu produk kesihatan. Oleh kerana saya memang mempunyai tahap kolesterol yg melampau tinggi LIHAT SINI makanya saya tanpa banyak songeh terus membeli produk tersebut. Lagipun harganya tidak terlalu mahal hingga beratus2. Kakak penjual  kata suaminya penghidap kencing manis dan tapak kakinya berlubang dan bernanah. Sejak mengambil produk ini sel2 baru mulai tumbuh. Mendengar cerita kakak tersebut sy tambah teruja dan menceritakan pula kepada kakak saya yg mempunyai biras yang sgt kronik penyakit kencing manisnya hingga terpaksa mencuci buah pinggang sendiri di rumah sejak tahun lepas. Kata kakak saya birasnya hari-hari blend buah ini dan meminumnya. Semalam kakak saya beritahu birasnya tak perlu lagi cuci buah pinggang dan kata doktor kes ini memang ajaib satu dalam 1000. Nak tahu tak apakah buah yang membantu menyembuhkan penyakit biras kakak saya dengan izin Allah itu.... jawapannya buah mengkudu atau noni.

Mengkudu dikatakan buah yg ajaib kerana khasiatnya yang menakjubkan.

Khasiat Buah Mengkudu diantaranya :

Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung.
Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor.
Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema. 
Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan. 
Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi. 
Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout. 
Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit. 
Sakit puan - senggugut, gangguan haid. 
Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit. 
Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda). 
Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok. 
Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita. 
Meredakan kesakitan (analgesik). 
Meningkatkan tenaga tubuh badan. 
Mengurangkan stress (tekanan) 
Anti-oxidant      

sumber

Namun berapa ramai yang sanggup menelan rasa mengkudu yang pahit?
Jadi alternatifnya..... ini

LivYoung Pure Noni Enzymatic Essence



Sejauh mana produk ini boleh menurunkan paras kolesterol belum teruji lagi.... nnt 19hb Feb baru nak buat blood test. Last test kolesterol saya turun kpd 7.++ sebab saya ambil supplemnet fish oil dan jus monavie juga.  Haila degil sungguh kolesterol ku. Dah hari2 membungkus teh ais dan hari2 makan budu mau tak degil...haha. Tapi...... yang paling ketara produk ni bagus untuk orang yg sembelit. Kaedah pengambilan bangun pagi sebelum gosok gigi minum segalas air kosong, kemudian minum 5ml enzim  ni tapi jangan terus telan, kena kemam dulu bawah lidah. Pantangnya pulak tak boleh minum teh/kopi. 2 jam selepas itu baru boleh. Adoiii ni yg buat gagal ni kekekek. Tapi betul memang rasa kosong perut selepas membuang. Patut ada orang yg boleh kurus (lihat testimoni)

Lihat testimoni



selepas 5 hari



sumber testimoni

Harga produk ni cuma RM 55
Sesiapa yang ada kecing manissss tu tak salah cuba..... jom3.... jom cuba2...


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Wira Tak Didendang - Ini adalah pengawai polis yang terlibat dalam penangkapan perogol bersiri Rabidin Satir aka Bentong Rambo (perogol bersiri yang dijatuhkan hukuman penjara selama 115 tahun dan 50 sebatan). Doakan beliau!


Mangsa malang ini adalah Constable Mohd Suhaimi Bin Razak  yang terlibat dalam penangkapan Bentong Rambo, seorang perogol bersiri yang dikenakan hukuman penjara 115 tahun semalam.

Keberanian beliau dan pasukannya harus dipuji dalam membenteras jenayah rogol. Semoga beliau cepat sembuh. Sama-sama kita doakan

sumber:

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

6.2.13

Nenek bangkit dari keranda


Nenek tua yang berumur 101 tahun ini hidup lagi dari kematian setelah ia dimasukan kedalam peti mati kejadian ini membuat keluarga dan orang yang menghadiri pemakaman menjadi heboh dan terkejut.

Nenek tua asal China yang bernama Peng Xiuhua asal kota Lianjiang sudah dinyatakan mati sejak dua hari yang lali. Peng Xiuhua sudah terbaring tidak bernapas ditempat tidurnya sejak 2 hari yang lalu anaknya yang mengetahui ibunya telah meninggal kemudian mengumpulkan keluarganya untuk melakukan upacara pemakaman terhadp Peng Xiuhua.

ada kejadian unik dan aneh ketika prose pemakaman dimulai setelah mayat Peng Xiuhua  telah dimandikan dan telah dimasukan dalam peti mati tiba tiba Peng Xiuhua  hidup lagi dan membuka matanya untuk melihat dunia lagi setelah tertidur mati sementara.

Keluarga dan orang orang desa yang menghadiri acara pemakaman ini terkejut atas pristiwa mayat hidup lagi ini sebagian orang ada yang takut dan sebagian lagi merasa senag karena nenek Peng Xiuhua  tidak jadi mati.

Untuk menyambut kembalinya nenk Peng Xiuhua  keluarga dan warga desa kemudian mengadakan pesta dengan menggunakan makanan yang digunakan untuk acara kematian nenek Peng Xiuhua .






 
sumber : http://iniunic.blogspot.com


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

DATO YAHYA SULONG MENINGGAL DUNIA - ALFATIHAH



Screen Shot 2013-02-06 at 6.50.41 PM
SUMBER: ROTIKAYA

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...