23.11.12

Tak suka gangnam style tapi yang ni ai sukeee......


ohoiiiii...... saya tak minat PSY..... dan tak minat gangnam style beliau jugak...... tapi bila tengok video di bawah saya boleh jadi tersukeeee pulak...... sebabnya yang menari itu adalah seorang lelaki yang kacak :P

Amaran!!! Entri ini tidak sesuai untuk tatapan pemerhati politik tanahair. Ini entri gediks..... muehehe.

buat2 paham sudaaaa.......

apa yang gediks sangat ni pagi2 Jumaat ini.....???? istigfar...........

"Seorang perempuan yang baik tidak melihat lelaki lain dan tidak dilihat oleh lelaki lain"


Ni semua gara-gara ILUS..... lepas baca ILUS masuk pulak group ILUS dan berkumpul dengan peminat ILUS baru saya tau betapa gilanya mereka semua! Gila ILUS!!!  Dan lelaki dalam video di atas diangkat sebagai watak utama, hero ILUS. Maka semakin angau dan jiwanglah wanita2 dan gadis2 yang membaca ILUS. Yang 5 kali khatam pun ada.....??? (Aku baru 3 kali khatam dah kena pinjam ILUS aku ....... sabarrrrr.....kerinduan niiii)

Sila layan mata

hero dan heroin ILUS (gambar curik dr group ILUS)

apa??? kecik sangat??? okey tengok bawah lagiiii



hurmmm..... amacam???


last!!


Okeyyy...... cukuplah setakat nih......
tak baik melebih2 memuja lelaki hikhik......
apa pun tahniah kepada penulis novel ni MELUR JELITA.
Ladies yang belum beli ILUS cepat cari... (tertakluk kepada terma dan syarat: hanya kepada yg suka baca novel)

Ins. Ebrahim ~ I love youuuuuuuuu........
Firman ~ I love youuuuuuuu.......
Aku ~ I love you, Stupid! ( cehhhh....perasan tak habis2 kakak nih)

ps: sapa yang blur tidak paham apa kebenda yang aku gedik2kan ni bolehlah pergi  SINI.... wuhuuu... yeaaa nampak tak diva AIYANG DISAYANG di situuuu.....kekeke


credit kepada tuan punya gambar yang sangat pandai dan rajin mengedit.... anda memang jelita!

ohhh.... ASST pun saya dah ada.... dah khatam pat lima kali dah..... nnt saya ulas.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

22.11.12

Ini komen Dr. Maza berkaitan mendoakan kemusnahan sesama Islam





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Justin Bieber dicabul?


wuhuuuu...... rasa tercekik bila tengok gambar bawah ni...eeuuuuwww. 


CUKUP menarik perhatian pada acara American Music Awards (AMA), baru-baru ini, model majalah Playboy, Jenny McCarthy sempat meraba punggung penyanyi kacak, Justin Bieber sewaktu menyampaikan trofi kepadanya.

Ditugaskan menjadi penyampai trofi untuk kemenangan album Justin iaitu Believe menerusi kategori Album Pop/Rock, Jenny mengaku tidak dapat menahan dirinya untuk menyentuh bahagian belakang penyanyi remaja berkenaan yang dirasakan seksi. 

“Memang saya ada menyentuh punggungnya kerana saya geram. Dia sangat mengghairahkan,” ujarnya tanpa berselindung sewaktu mengulas kejadian itu di belakang pentas.

Model berusia 40 tahun itu juga sempat mencium leher Bieber yang turut membawa pulang anugerah Artist of The Year itu sewaktu memberikan trofi berkenaan.

Komen Bieber sambil bergurau, dia rasa seperti dicabul!

Penyanyi lagu hit Boyfriend itu ditemani ibunya, Pattie Mallete pada acara itu.

Sementara itu, Bieber dilihat memegang tangan Selena Gomez sekalipun dikatakan sudah berpisah dengan penyanyi comel itu.

ps: teringat kata2 zizan..... makhluk apakah ini muka cantik tapi tiada kemaluan.... purrrr
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

21.11.12

Panggilan Jihad! Siapa Sani Araby Al-Kahery?


Assalamualaikum....
Ada khabar gembira buat anda rakyat Malaysia yang ingin sangat pergi berjihad ke Palestin. Sangat terharu hati ini bila mendapat tahu ada seorang anak muda rakyat Malaysia yakni Saudara Sani Araby  Al-kahery yang kini berada di Gaza dan melaporkan perkembangan di sana. Anda semua boleh ikuti berita detik2 cemas di sana dengan pergi ke fb beliau. Subhanallah...... mari kita doakan agar saudara kita ini selamat dan dilindungi Allah swt. 






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Paris Hilton dikecam buka butik di Mekah

Paris Hilton Dikecam Buka Butik Di Tanah Suci Mekah 

Mekah – Satu penghinaan kepada kota suci Mekah. Itu pandangan ramai gara-gara pembukaan butik mewah milik selebriti bermasalah yang pernah terlibat dengan rakaman seks, Paris Hilton.

Keadaan ini menyebabkan kemarahan umat Islam, seolah-olah tidak ada tempat lain untuknya membuka butik mewah tersebut.
Paris mengumumkan pembukaan butik berkenaan dalam twitternya pada Khamis lalu.
“Butik saya baru dibuka di Mekah Mall di Arab Saudi’’, itu bunyi twitternya.

Pengumuman berkenaan bagaimanapun terus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Salah seorang telah membalasnya `Biar betul?’’

Manakala yang lain pula membalas “Penting sangatkan sehingga Arab Saudi membenarkan Paris Hilton membuka butiknya di Mekah’’.

Ada juga yang mengecamnya kerana ia umpama memusnahkan tanah suci
“Bagaimana seorang yang sanggup merakamkan video seks membuka butik di tanah suci ini,’’ itu antara kecaman yang diterimanya.

Dengan pembukaan butik berkenaan, Paris berharap ia akan menjadi tumpuan terutama ketika umat Islam mengunjungi Mekah untuk menunaikan umrah atau ibadat haji.

Butik mewah yang kelima di Asia barat itu terletak di Jalan King Abdullah Bin Abdulaziz.
Asia Barat merupakan antara sasaran Paris dan setakat ini, terdapat 40 buah butik Paris Hilton dibuka di seluruh dunia.
Antara produk jenamanya ialah minyak wangi, beg tangan, jam dan kasut.

Paris dilaporkan memperolehi pendapatan lebih $10 juta dolar setahun hasil jualan butik berkenaan.
Jumlah asetnya pula dianggarkan sebanyak $100 juta dolar. 


sumber



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

20.11.12

tentera israel menangis ketakutan.....


jom lah tengok video di bawah....


nampak aje kejam tapi takut mati rupanya!


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Bila Pelakon Azhar Sulaiman mengaku sudah 'MURTAD' di fb, maka........


Salam......
kadang-kadang muka kacak pun tak guna kalau ilmu agama kureng......
belajo tinggi sampai jadi arkitek pun tak guna kalo agama rompong...... iman rapuh.... bila-bila boleh runtuh pegangan agama....
sedih jugak kan bila pelakon yang pernah menjadi pojaan hati suatu ketika dulu keluar kenyataan


Saya ni sebenarnya sudah Murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional..Jadi macam mana untuk saya pulang semula kepangkuan agama Islam.... Harap bantu... Tq
tak kira la ayat di atas tu berbentuk sarkastik, plastik, perli, sinis, sindir....  tetap bahaya!
senang2 aje mengaku murtad..... mak aihhh.....  mengucap banyak2 bang oiiii...... 





maaf ..... saya tak minat awak lagi!!!!
bukan sebab awak ahli umno tapi sebab awak memang dah tak kacak lagi di mata saya..... aptb.

ps: sejak baca ILUS dan ASST ni aku mcm dah tak berapa betul lah....... rama2 dalam perut sentiasa berkepak2 riang....  






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...