9.10.12

Wanita India berkahwin dengan mayat demi anak-anak



BIHAR - Seorang perempuan India terpaksa berkahwin dengan lelaki yang hidup bersamanya sejak 10 tahun dan memberinya zuriat. Namun pernikahan itu dilakukan selepas lelaki itu sudah meninggal dunia.

Chudki Hembram dan Mahalal Marandi tinggal bersama selama 10 tahun tanpa adanya ikatan perkahwinan, kerana tidak mampu untuk mengadakan majlis. Mereka terus tinggal bersama sehingga mendapat empat orang anak.

Mahalal telah meninggal dunia pada minggu lalu dan ini membuatkan Chudki merasa tertekan. Chudki khuatir dengan nasib anak-anaknya yang akan sengsara kerana orangtua mereka tidak memiliki status pernikahan. Seluruh warga desa di tempat tinggal Chudki akhirnya sepakat membantu Chudki menamatkan penderitaan ini.

Di saat, keluarga mempelai lelaki sibuk mengurus pemakaman Mahalal, penduduk kampung sepakat menceritakan penderitaan Chudki yang sudah lama tinggal bersama dengan Mahalal. Akhirnya keluarga Mahalal sepakat untuk membantu Chudki mengadakan upacara pernikahan.

Penduduk kampung akhirnya berkumpul dan mempersiapkan upacara pernikahan itu mengikut adat setempat. Seseorang ditugaskan untuk memegang tangan Mahalal Marandi yang sudah tidak bernyawa dan menempelkan telapak tangannya itu ke dahi Chudki. Sebaik selesai upacara perrnikahan itu, Chudki sah menjadi balu kepada Mahalal Marandi.

"Saya menerima pernikahan yang kami lakukan selepas kematian suami saya. Jadi selepas ini tidak akan ada orang yang menyebut anak-anak saya sebagai anak luar nikah," kata Chudki, seperti dilaporkan Gulf News, Isnin (8/10/2012).

Seluruh penduduk kampung menganggap peristiwa itu sebagai peristiwa paling aneh yang pernah terjadi di kampung mereka. Namun mereka turut bergembira menyaksikan upacara pernikahan itu.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Amy Search terkilan penampilan Nabila .... baca luahan hati si ayah

Nabila Huda
“memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu."

“Bagi saya 'designer' pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.

“Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu,”
"Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia,"

baca lagi SINI


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

8.10.12

Pelik! Beribu-ribu paku dalam badan


 


BANTUL (Indonesia): Seorang penduduk, Supiati, 25, di daerah Harjomulyo, 
Ogan Komering Ulu, selatan Sumatera, mengalami penyakit misteri.

Terdapat beribu-ribu paku di dalam tubuhnya menyebabkan dia kesakitan 
dan sukar untuk bergerak. “Saya telah bertemu dengan ramai doktor tetapi
 kesakitan ini masih berterusan,” kata Supiati, semalam.

 

Walaupun telah dibawa ke hospital dua kali oleh bapanya, doktor 

hanya menemui bukti paku di dalam tubuhnya selepas pemeriksaan 
kedua.

Pengarah Hospital Besar Nur Hidayah, Arrus Ferry berkata, Supiati 
akan menjalani pembedahan selepas imbasan X-ray kedua mengesan
paku di dalam tubuhnya.

Seorang jururawat, Evariyanti, mengaku dia dan beberapa jururawat lain 

mengeluarkan  56 paku dari tapak kaki Supiati.

“Setakat ini, lebih daripada 2,000 paku telah dikeluarkan dan saya 

rasa sedikit sihat,” kata Supiati dan tambahnya dia merasa resah 
kerana penyakitnya ini kini tersebar luas di kampung Dlinggo di mana 
bapanya mempunyai rumah di situ. - 
Jakarta Post



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Ya Allah.... Tolonglah... Beginikah Bakal Sultan Yang Akan Memayungi Rakyat?



ngeri  nak tulis n3 nih.... jadi silalah baca link kat bawah ni

Raja Pondan II - Malaysia Crisis


moga Allah beri taufiq dan hidayah dan dijauhkan kita daripada sifat begini










✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Lihat keberanian pemburu madu di Nepal....


Kehidupan Pengutip Madu Lebah di Nepal



Memburu Madu adalah salah satu daripada banyak aktiviti yang merupakan sebahagian daripada budaya peradapan kuno. Para saintis telah menganggarkan berdasarkan dokumentasi lukisan di batu bahawa memburu madu telah dipraktikkan dari dahulu 13.000 SM.

Di Nepal, memburu madu telah dipraktikkan selama beribu-ribu tahun dan menjadi bahagian penting dari budaya Nepal. Beberapa penduduk kampung di Nepal menggantungkan hidupnya dari hasil memburu madu, dan nepal adalah rumah bagi laboriosa Apis, yang merupakan jenis lebah madu terbesar di planet ini. lebah ini membina sarang mereka di kaki tebing bukit, dan menyaksikan para pemburu madu di tempat kerja adalah pemandangan yang wajib dilihat jika anda berkunjung di nepal.



Kerana sarang lebah berada di tebing maka para pemburu madu menggunakan tangga tali dan bakul untuk sampai ke sisi tebing. namun sebelum mengambil madu, mereka terlebih dahulu membakar ranting2 dibawah tebing dengan tujuan agar asap dari pembakaran tersebut membuat lebah2 itu pergi sementara dan tidak menggigit para pekerja.








Penuaian madu biasanya berlaku dua kali setahun. Untuk memetik satu koloni lebah biasanya para pemburu madu memerlukan masa dua hingga tiga jam, bergantung pada lokasi sarang dan ukurannya. Ritual tuai, bermula dengan doa dan pengorbanan dari bunga, buah, dan beras. Lalu api menyala di dasar tebing untuk menghalau lebah dari sarang mereka. Dari atas, pemburu madu menuruni tebing menggunakan tali. tugas pemburu yg lain menjaga tali dan tangga dari atas dan bakul kecil naik digunakan untuk menampung hasil buruan. pemburu madu bejuang melawan lebah saat ia memotong potongan madu dari sarang.









Ada beberapa biro perjalanan pelancongan yang menawarkan pelancongan untuk melihat perburuan madu, pengunjung dapat menikmati keindahan dan kemegahan pemandangan Nepal dan haiwan liar serta menyaksikan perburuan madu yg sangat menarik. Tujuan perburuan madu paling popular terletak di Bhujung, Nai Chi, Pasgaon, Naya Gaun, Ludhi dan Dare. Pelancong akan kagum pada kelajuan dan keberanian para pemburu madu, yang menggantung dari tebing untuk mencari nafkah, dan mengagumi teknik kuno yang masih digunakan sampai sekarang.










detik77.blogspot.com

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat




TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.

Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.

Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.

Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.

Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.

Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

“Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).

“Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi,” katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat.

“Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.

“Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat,” katanya.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri sebelum ini.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

7.10.12

SEDIH.... MAYAT KANAK-KANAK INI DIJADIKAN UMPAN!

Kanak-kanak berumur 5 tahun meninggal terdampar di atas jalan selama beberapa hari di Halab. Sniper tentera Assad menggunakan tubuhnya sebagai umpan untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba menghampiri untuk mengambilnya. Nama kanak-kanak ini Rabab.

Photo: Hanya di Syria.... Sunni dibunuh, bahkan sebelum lahir...
Hanya di Syria.... Sunni dibunuh, bahkan sebelum lahir...




ANJING-ANJING Syiah menahan seorang anak dan memaksanya untuk menjadi kafir.

- Siapa penciptamu?
* Basyar

- Menghadap kemana kamu sholat?
* Basyar
- Siapa yang kamu sembah?
* Basyar
- Sekarang kamu mengerti......

- Siapa Allah?
* Basyar
- Siapa Muhammad?
* Basyar
- Siapa lebih kuat, Allah atau Basyar?
* Basyar
- Siapa lebih baik, Allah atau Basyar?
* Basyar
Dan lain-lain.....

LAKNAT KE ATASMU ANJING2 BASYAR!


Jihad melawan musuh Allah boleh dilakukan dengan banyak cara...
Saudara kita di Syria melaksanakan bahagian mereka dengan kudrat tenaga...

Kita di sini jangan malas....kita mampu menulis dan publish sebanyak yang boleh dan sertakan iringan Do’a bersama
.




Bagi yang ingin menyumbang




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...