7.9.12

Bayi dijumpai mati dalam mangkuk tandas



KUANTAN — Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof berkata, berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.
“Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.
gambar hiasan
“Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu,” katanya.
Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.— BERNAMA


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

6.9.12

Najib dipuji kerana menaikkan harga minyak .....


klik gambar untuk besarkan


ehehehehe......


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

5.9.12

Ya Allah..... sedihnya






Ayah kepada anak yang Syahid itu berkata: “Maafkan ayah sayang..maafkan ayah anakku..maafkan ayah kerana tidak dapat melindungimu...Ampunilah diriku...Apalah dayaku Allah tidak menjemputku bersamamu...maafkan ayah, apa yang dapat ayah bantumu sekarang? Ya..Allah dia masih terlalu muda...kenapa kau memilihnya, Ya Allah?”.


Lelaki berdekatan dengannya berkata: “Berhentilah meraung seperti perempuan..ini adalah ujian dari Allah, kamu harus menerimanya...”

Ayah itu menjawab: “Ya...saya menerimanya. Ya Allah... La Ilaha Illa Allah”.

✿*~ sila kongsikan n3 ini dengan tekan LIKE ~*✿

4.9.12

Pelik!!! Imam solat dalam lubang




Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.



Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"

Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"

-Sheikh Ahmed Deedat-


memang pelik.... kenapa agaknya imam tu solat dalam lubang begitu.... baca   SINI




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Lapangan Terbang Ngeri




Lapangan terbang St Marteen merupakan lapangan yang paling berbahaya didunia. Lapangan terbang tersebut terletak di kepulauan Caribbean dan hanya mempunyai lapangan yang sempit berikutan geografi yang bergunung-ganang . Lebih teruk lagi apabila ia hanya mempunyai landasan yang pendek dan singkat bagi pesawat besar Boeing 747 mendarat. Bagi para juruterbang pesawat komersial, ini merupakan cabaran yang hebat bagi mereka untuk mendaratkan kapal terbang disana.oleh itu,pesawat mestilah terbang dengan altitude yang rendah sebelum mendarat.
Apa yang lebih menarik adalah lapangan ini hanya bersebelahan dengan pantai dimana penduduk awam berkelah. Boleh dilihat seolah-olah kapal terbang mendarat hanya beberapa kaki diatas kepala mereka.





Sumber: LAPANGAN TERBANG NGERI | melvister.com 


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

3.9.12

RITUAL ANEH : MENUKARGANTI PAKAIAN PADA MAYAT


Mumia puluhan tahun dipakaikan sut lengkap dan dipamerkan kepada sanak saudara.

JAKARTA - Setiap tiga tahun sekali iaitu pada September, sebuah kawasan perkuburan di daerah Toraja, wilayah Selatan Sulawesi, Indonesia dipenuhi keluarga si mati bagi melakukan upacara Ma'ene atau ritual menggantikan pakaian si mati termasuk menyolekkan mereka.


Upacara dilakukan dengan menggali semula kubur nenek moyang atau waris, lalu menggantikan pakaian baru.

Menurut penduduk tempatan, upacara ini adalah sebagai penghormatan kepada si mati dan tanda ingatan daripada keluarga mereka.

"Mumia yang siap berpakaian baru itu kemudian dibawa berjalan mengelilingi kampung dan pastinya kelihatan seperti zombi dan ia dilakukan dengan iringan muzik seperti sebuah pesta," katanya.

Beliau berkata, penduduk tempatan percaya bahawa upacara ini dapat mengeratkan 'hubungan' dengan si mati, walaupun telah meninggal dunia lebih ratusan tahun.










Ritual apa pelik-pelik diorang ni..nasib baik ALLAH tak tiupkan ruh,kalau tak,maunya lintang pukang semua lari...


AKAKDIBALIKPINTU

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

1.9.12

Isu bendera..... oooohh ini kisah sebenarnya. Baca!!!



Saya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.


Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.



Jauh sekali, ia
 tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini.


Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.



Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.



Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.



Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.



Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.



Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.



Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.



Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.



Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.



Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.



Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.





Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini.



ps: tadi kat berita tv3 ada sebut nak suruh polis siasat kes bendera nih.... sebelum ni ada terbaca sajak yang dideklamasikan oleh A Samad Said pun di minta polis siasat..... letih polis mcm nih!
Diharap dengan penjelasan ini org2 yang percaya dgn fitnah yang kononnya ada pihak nak tukar jalur gemilang la.... bawak bendera komunis la.... tak respek hari merdeka la... itu la ini la faham dan cerah sikit otak  tu.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...