29.8.12

Mati tertimbus dalam liang lahad

Beberapa penduduk melihat kubur yang meragut nyawa Zailan (gambar kecil) di Kampung Penak, Mentakab semalam



.TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira empat jam sebelum itu.

Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian, Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan jenazah Minah.

"Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur hingga menutupi badan Zailan," kata pemuda itu.

Bagaimanapun, Nasir bernasib baik kerana runtuhan tanah tersebut tidak menimpa badannya.

Nizri memberitahu, Zailan terkambus sedalam kira-kira setengah meter dan semasa itu hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar dari timbunan tanah.

"Melihat kejadian tersebut, saya menjerit meminta tolong kawan-kawan yang sedang berehat di kawasan kubur," kata Nizri.

Tambah Nizri, mereka kemudian beramai-ramai menggali kubur itu semula menggunakan tangan tanpa cangkul kerana takut akan mencederakan kepala dan badan mangsa yang tertimbus.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

28.8.12

Suasana Gangnam Raya - jelousnya tengok !!!


Dah tengok video kat bawah ni....?
Seronokkan tengok keluarga ni 
keluarga yang besar, sporting dan harmoni
nampak bahagia je......
sangat jelous ai tau.....

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Katak puru dalam lemang.......



Alahmakaiiii....... geliweiiiiii hikhikhik
maunya pasni 12 tahun tahun tak makan lemang.
kata pemilik gambar ni lemang ni dibeli di Lepar.
Sian kat ko katak oiiii mati katak dibakar dalam lemang.....hikhik
sumber-  aku anak pahang



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

27.8.12

Sedihnya melihat seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya




Kelu lidah untuk berkata-kata apabila melihat gambar ini, dan tanpa sedar mengalir air mata melihat gambar yang penuh tragis ini.



Gambar sebelah kiri menunjukkan seorang ibu meninggal dunia dalam keadaan memeluk anaknya. Mereka di antara syuhada' yang gugur syahid dibunuh dan disembelih oleh rejim Basyar dalam pembunuhan besar-besaran di Darayya, sekitar Dimasyq semalam.





Gambar kanan pula m
enunjukkan gambar yang hampir sama, tetapi ia berlaku ketika peritiwa Hama pada tahun 1982 yang dilakukan oleh ayah Basyar, Hafeez Asad. Peristiwa Hama merupakan di antara peristiwa paling tragis berlaku kepada rakyat Syria yang menyaksikan pembunuhan seramai 40 000 ribu Sunni di Syria.




Ya Allah, hancurkanlah mereka dan hinakanlah mereka di atas segala kezaliman yang telah dilakukan kepada umat Islam.








Lihatlah betapa mulianya akhlak seorang pejuang kebanggaan Rasulullah ini. Video ini menunjukkan seorang mujahidin Syria berusaha menyelamatkan seorang sahabatnya yang terkena tembakan ke tempat yang lebih selamat.



Dan dalam masa yang sama
 sahabatnya yang lain cuba menembak tentera rejim dari sudut yang lain.




Sehinggakan beliau sanggup menanggalkan baju kalis pelurunya untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Sehingga akhirnya, beliau juga ditembak oleh tentera rejim la'natullah.



Ya Allah, sesungguhnya video ini sudah cukup untuk kami mengatakan bahawa merekalah pemuda yang menjadi kebanggaan Rasulullah.



Allah dalam firmanNya:
 مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا 
 Berkmaksud: "Ada di antara orang-orang beriman itu para pejuang yang benar janji mereka dengan Allah, ada di kalangan mereka yang telah gugur syahid dan sebilangan yang lain pula sedang menunggu untuk mati syahid dan mereka sama sekali tidak akan menukar janji mereka dengan Allah".

Photo: Tergempar!

Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang.

Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut Basyar) dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.

Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak.

Lihat pautan ini : http://www.youtube.com/watch?v=mkbkheAZ7sI
Penyembelihan terbaru yang dilakukan oleh tentera rejim Basyar di bandar Darayya, sekitar Dimasyq semalam (25/8/2012) sehingga mengorbankan lebih 400 orang.
Pembunuhan terbesar tersebut dilakukan oleh para syabbihah (tali barut
 Basyar) dan juga tentera rejim dengan menyembelih dan menembak masyarakat awam di Darayya dari kalangan kanak-kanak, wanita, lelaki dan juga orang tua.
Semoga Allah melaknat mereka di atas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas umat Islam tanpa hak. sumber
✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tak kenal - Tun Dr Mahathir




Peribahasa baru ke nih..... (sambil garu-garu kepala) Ada ke syaitan yang baik...... betul ke malaikat pun buat silap? (tarik nafas dalam-dalam) then..... gelak sopan.... opppssss..... apa-apa je lah Tun ni.  ✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

'Rasa nak berbogel' - Sharbinee Allawee


BAWA KELUAR...detik mencemaskan skuad Terengganu apabila Mohd Sharbinee diserang kegatalan.
BAWA KELUAR...detik mencemaskan skuad Terengganu apabila Mohd Sharbinee diserang kegatalan.
KUALA TERENGGANU: “Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika Mohd Sharbinee beraksi bersama rakan sepasukan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Piala Malaysia kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar. 


pix_topright 


Mohd Sharbinee berkata, sebelum pengsan dia sempat menanggalkan sarung tangan serta jersinya saja dari badan untuk mengurangkan rasa gatal yang dialami.




“Selepas menerima rawatan di Hospital Selayang, saya dibenarkan keluar pada jam 2 pagi dan doktor mengatakan kegatalan teruk yang saya alami itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubat.





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

26.8.12

Neil Amstrong Berjaya Buktikan Kaabah adalah Pusat kepada Planet Bumi?


mekah1 Neil Amstrong Berjaya Buktikan Kaabah adalah Pusat kepada Planet Bumi?

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)



“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim. Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter. Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi. Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah). Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….
Sumber: Myberita.com
ps: nak minta tolong saudara saudari like page bawah ni...... tq...muahhh
https://www.facebook.com/pages/Aiyang-disayang/218136384875687


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...