6.6.12

Tip SEO; Cara Pasang Meta Tag - jom3!




n3 nih aku kopi pasta tau.... sebabnya tadi masa ping n3 kat busuk ada artikel hangat pasal SEO....sooooo aku pun belek2 la.... lalu aku pun menggoogle apa kebendanya META TAG....... errr....pada sesiapa yang dah tahu tu diam2 sudah ehhh..... ni untuk orang yang baru belajar macam aku je....ehehe

DEFINISI  
Meta tag ialah sebuah tag HTML yang istimewa di mana ia mengandungi maklumat tentang blog itu. Tidak seperti HTML yang biasa, meta tag tidak mempengaruhi appearance blog itu. Sebaliknya meta tag dapat menberitahu kepada enjin pencarian tentang siapa yang buat blog itu, berapa kerap blog itu di update, entri blog itu menceritakan tentang apa dan apa keyword yang berkaitan dengan content blog itu. 

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN META TAG
Meta tag ini tidak di pasang secara automatik dalam blog. Oleh itu anda sendiri yang harus  memasangnya untuk menikmati pelbagai manfaat dan kegunaan dari meta tag ini. Meta tag  berfungsi untuk mengambarkan tentang keseluruhan content di dalam blog. Ia sangat penting supaya dapat memudahkan blog anda untuk di-crawl atau di analisis oleh enjin pencarian.

Sebab itu anda haruslah meletakkan keyword yang sangat sesuai dalam meta tag ini supaya blog anda dapat di optimakan pada enjin pencarian. Keyword ialah kata kunci yang banyak dikatakan pada entri blog anda. Pendek cerita, meta tag penting di pasang supaya blog anda akan jadi mesra SEO dan senang untuk spider meng-index blog. Bila blog anda untuk untuk di index oleh enjin pencarian, maka lagi mudah untuk blog anda muncul di enjin pencarian.

CARA PASANG META TAG
Sebelum pasang meta tag, blog anda haruslah dioptimakan terlebih dahulu supaya mesra enjin pencarian. Saya sarankan supaya menggunakan peng-optimaan SEO Genarasi Baru. Berikut adalah langkah-langkahnya :

Langkah 1
Pada dashboard blogger, klik design > Edit HTML > Tick pada 'Expand Widget Template' > tekan CTRL+F > taip dan cari kod di bawah
<title><data:blog.title/></title>
Kalau tak jumpa, taip kod 
<title><data:blog.pageTitle/></title>

Langkah 2
Pada kod tadi, highlight, padam dan gantikan dengan kod dibawah :
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<title><data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
<b:else/>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Abstract'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName' name='Keywords'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Copyright'/>
<meta expr:content='data:blog.title' name='Author'/>
<meta content='ALL' name='ROBOTS'/>
<meta content='Global' name='Distribution'/>
<meta content='En' name='Language'/>
</b:if>
Langkah 3
 Save Template. Siap!

Eh! belum siap lagi! huhu.. kali ini, baru kita akan pasang meta tag.. kesian korang, penat buat tutorial ni.. hehe.. takpe, learning is fun rite?

Ok ikuti step by step macamana nak pasang meta tag kat bawah :

Langkah 1
Salin kod di bawah pada notepad. Edit pada tulisan yang berwarna
<meta name="description" content="MASUKKAN DESCRIPTION BLOG ANDA (tidak lebih dari 150 patah perkataan)" />
<meta name="keywords" content="MASUKKAN KEYWORD BLOG ANDA (tak lebih dari 20 keyword)" />
<meta name="Charset" content="ISO-8859-1" />
<meta name="copyright" content="Copyright © 2011 NAMA ANDA ATAU NAMA BLOG (bukan url blog)" />
<meta name="author" content="NAMA ANDA" />
<meta name="designer" content="NAMA ANDA" />
<meta name="robots" content="index, follow" />
<meta name="googlebot" content="index, follow" />
<meta name="distribution" content="Local" />
<link rel="icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
<link rel="shortcut icon" type="image/x-icon" href="/favicon.ico" />
Langkah 2
Pada dashboard klik design > Edit HTML > tick pada Expand Widget Template dan cari kod di bawah 
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Langkah 3
Copy and paste kod yang dah diedit tadi dibawah kod di atas. Ha?? tak faham! di bawah kod di atas? haha! Lihat contoh!




Langkah 4 
Save Template. Siap!

perhatian : anda juga boleh guna meta tag generator. Hanya isikan form dan dapatkan kod dia. Lepas tu tampal kt Edit HTML blog anda. Dapatkan disini.

laaaa.....napa la tak bagi tau awal2 ada meta tag generator....penat je aku pi tampal2 kod atas tu...wakakaka....dah la aku ni blur2 sikit. Guna yang ni lagi senang.....isi form je...menjadi ke tidak tak tau lerrr....aku try je...

ilmu nih aku curik dari blog bawah ni


Wajah ceria ditangkap khalwat



Empat remaja yang berjaya ditahan SRS Sungai Limau ketika disoal siasat oleh polis kerana disyaki melakukan maksiat di Jambatan Pulau Bunting.
SUNGAI LIMAU DALAM (Yan) – “Mereka tidak sedikit pun rasa gusar atau cuak setelah kami menahan mereka malah kelihatan ceria dan bersikap selamba,” demikian kata Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Sungai Limau Dalam, Shaharudin Abd Razak, 47, ketika menahan empat remaja di Jambatan Pulau Bunting, awal pagi semalam, kerana disyaki melakukan perbuatan maksiat.
Shaharudin berkata, sikap empat remaja terbabit yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan berumur antara 25 hingga 17 tahun itu membimbangkan pihaknya berikutan sikap remaja pada masa kini yang tidak takut dengan perbuatan mereka malah bersikap selamba selepas ditahan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan jam 12 tengah malam, pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat remaja yang berada di jambatan terbabit lewat tengah malam dan segera ke lokasi bagi meninjau keadaan.
“Setelah dalam perjalanan ke jambatan itu, kami dapati remaja terbabit dapat menghidu kehadiran kami dan cuba beredar dari lokasi dengan menaiki dua motosikal secara berasingan
lelaki dan perempuan.
“Namun kami berjaya menahan mereka sebelum dibawa ke Dewan Datuk Badruddin di sini, kira-kira jam 2.30 pagi tadi (semalam) untuk disoal siasat mengapa mereka berada di jambatan terbabit dalam keadaan mencurigakan,” katanya.
Shaharudin berkata, bagaimanapun empat remaja terbabit enggan memberikan kerjasama setelah diminta untuk memberikan nombor telefon ibu bapa atau ahli keluarga masing-masing.
Pihaknya kemudian menghubungi polis bagi menyerahkan empat remaja berkenaan kerana mereka tidak mempunyai lesen memandu dan dua remaja perempuan itu tidak membawa kad pengenalan bersama.
“Dua remaja perempuan itu berasal di daerah ini iaitu seorang dari Titi Serong dan seorang lagi dari Sungai Udang manakala dua remaja lelaki berkenaan berasal dari Pokok Sena.
“Setelah pihak polis menyoal siasat mereka, seorang daripada remaja perempuan itu mengatakan dia pernah ditangkap khalwat di kaki Gunung Jerai dan kesnya masih dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Shaharudin berkata, Jambatan Pulau Bunting selalu dijadikan lokasi pilihan remaja untuk melakukan maksiat atau terlibat masalah sosial lain khususnya pada waktu lewat tengah malam kerana keadaan jambatan itu yang gelap.
Tambahnya lagi, dia berharap ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan masing-masing dalam membendung anak mereka daripada keluar lewat malam untuk terlibat dalam
aktiviti tidak berfaedah seperti itu.
“Kami juga selalu melakukan rondaan bagi membendung gejala seperti ini khususnya di Jambatan Pulau Bunting ini.
“Selalunya mereka yang terlibat dan berjaya ditahan kami ialah mereka yang datang dari kawasan luar khususnya dari daerah lain,” katanya.
Sinar

Remaja Perempuan Kena Buli (video) - Jom Report Ramai-ramai!!! update




Ya Allah....anak-anak sapa la niiiii
perangai brutal macam s*t*n....
memalukan mak bapak sungguh.

kejadian dikatakan berlaku di Felda Adela Kota Tinggi
Sebarang maklumat, sila hubungi Balai Polis Kota Tinggi Johor di talian 07-8831222.

jom rakyat Malaysia kita ramai-ramai report.


Pendedahan Skandal UmnoBn - RM30 Bilion


Dalam pendedahan skandal spekulasi matawang asing semalam, Bekas Timbalan Pengurus Bank Negara, Dr Rosli Yaakop menamakan 4 orang orang golongan elit yang berkuasa sebagai pemain utama yang telah menyebabkan negara kita Malaysia kerugian secara besar-besaran sebanyak RM30 bilion dalam skandal antarabangsa spekulasi pertukaran asing kira-kira 20 tahun lalu.

Individu-individu elit pada masa itu yang mengakibatkan negara kita kerugian adalah :
  • Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed
  • Menteri kewangan, Daim Zainuddin
  • Gabenor Bank Negara, Jaffar Hussein dan
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop


Dr. Rosli berkata Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop telah melakukan spekulasi dan berjudi secara melulu dan tidak bertanggungjawab dengan tidak mengambil kira keselamatan aset Bank Negara.  Beliau mendedahkan bahawa mereka mahu menewaskan George Soros, mungkin untuk menarik perhatian ketua mereka bahawa mereka adalah pakar dalam urusan tukaran mata wang asing, dengan memperjudikan wang Rakyat.

Dr. Rosli mendedahkan perkara ini semasa dalam forum bertajuk: “Bank Negara Forex Scandal – When Government Becomes Speculator”

Negara Berjudi

Pada tahun 1992, Bank Negara telah berjudi dalam spekulasi matawang Pound British dan bersaing dengan George Soros, pemain utama dalam pasaran forex.  Akibatnya Bank Negara kehilangan USD5.5 bilion dan George Soros mendapat USD1.7 bilion.

Bank Negara kemudian mendakwa ia adalah hanya kerugian atas kertas sebanyak RM9.3 bilion.  Dr. Rosli berkata pakar-pakar kewangan menganggarkan Bank Negara telah kehilangan antara USD27 bilion sehingga USD33 bilion, yang lima kali ganda lebih tinggi daripada rizab luar negara dan aset keseluruhan USD20.7 bilion pada tahun 1992.

George Soros & Nor Mohamed Yakcop
Kemudian Ketua Pembangkang Lim Kit Siang menganggarkan Bank Negara kehilangan amat besar sebanyak RM30 bilion.  Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian hanya RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

Dr. Rosli berkata bahawa Bank Negara mendapat keuntungan yang munasabah sebelum 1992 - 1993 adalah sebagai dorongan bagi Bank Negara untuk berjudi lagi dalam tukaran matawang asing dengan jumlah yang lebih besar.

Walaupun norma pasaran matawang adalah untuk berdagang bagi 1 lot adalah dalam jumlah USD1 juta, USD5 juta atau USD10 juta, tetapi beliau berkata Bank Negara akan berdagang dalam USD50 juta untuk 1 lot dan mencecah sehingga USD1 bilion sehari, kerana mereka akan berdagang spekulasi matawang sehingga antara 5 dan 10 lot setiap panggilan.

"Itulah perjudian sebenar ... walaupun saingan terdekat, Pengurus Dana Jepun, berdagang hanya sebanyak USD50 juta, hanya sekali atau dua kali setahun," kata Dr. Rosli.


http://reformisanakmuda.blogspot.com

Sami Yusuf bakal mengadakan persembahan di Malaysia





Ada peminat Sami Yusuf kat sini?
Kalau ada boleh la stanby untuk konsert beliau yang akan di adakan pada 4 Julai depan yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

ni lagu feveret ai.....layannnn

KUALA LUMPUR: Tiupan seruling dan beberapa instrumen lain sentuhan Mohram dijangka mampu memberi kelainan dalam konsert Salaam Sami Yusuf yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, dekat sini pada 4 Julai depan.
Salah seorang anggota Mohram iaitu Ramli berkata, elemen tempatan akan disuntik sebagai muzik latar konsert berkenaan bagi memenuhi permintaan Sami.
“Sami seorang yang suka kepada budaya dan muzik tempatan terutama di lokasi yang dia lakukan persembahan. Sebab itulah kami akan pastikan ciri-ciri tempatan ini diberi keutamaan dalam konsertnya nanti,” katanya kepada mStar Online.
Selain Ramli, Mohram yang turut dianggotai oleh Mohar ini sebenarnya mempunyai pengalaman luas mengiringi persembahan penyanyi tersebut termasuklah di beberapa negara Timur Tengah dan Eropah.
Kata Ramli, atas faktor itu mereka yakin tidak berhadapan dengan masalah untuk melakukan kolaborasi dengan penyanyi tersebut.
“Sami adalah seorang yang benar-benar merendah diri dan amat mencintai muzik. Albumnya di Turki dan Mesir telah terjual melebihi 3 juta unit.
Sami Yusuf (kanan) bersama Ramli (Mohram).
“Dia memang menjadi kebanggaan masyarakat Islam di negara itu dan tentu sekali kedatangannya ke Malaysia mampu menarik perhatian peminat lagu-lagu beliau,” katanya.
Sementara itu, wakil agensi pengiklanan dan promosi Shu Ellis Communications, Shuhainie Shamsudin berkata, Sami tidak hanya akan membuat persembahan di negara ini sebaliknya terlebih dahulu akan menghiburkan peminatnya di Singapura.
Ia akan diadakan pada 8 Julai depan di Singapore Indoor Stadium.
Katanya, untuk kedua-dua konsert berkenaan, Sami akan turut bergandingan dengan Datuk Siti Nurhaliza bagi mempopularkan lagu duet mereka iaitu “You Come To Me.”
“Ramai yang beranggapan Sami Yusuf mungkin ada persamaan dengan Maher Zain tetapi sebenarnya muzik yang bakal beliau bawa adalah berbeza,” jelasnya.
Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual serendah RM55 sehingga RM295 dan boleh dibeli dengan melayari www.airasiaRedtix.com.
Bagi pelajar, diskaun sebanyak 15 peratus akan diberi dengan pembelian melaluiwww.unic.my
Untuk maklumat mengenai tiket konsert boleh hubungi talian 03-87754666.

5.6.12

PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel


Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
NONETinjauanMalaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."
Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.
Pinjaman 'ditangguhkan'

Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.
Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.
"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.
'Mangsa politik'
Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.

"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.

"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor.

Luka...... kanibal gay porno akhirnya ditangkap!



Fuhhh.....akhirnya pembunuh sadis Luka Rocco Magnotta berjaya ditahan pihak polis Berlin selepas dia dikesan di sebuah cafe.

Ketika n3 nih di taip, jari tak  ketar...tapi jantung tak habis berdebar sebab secara tak sengaja terjumpa video 1 Lunatic 1 Ice Pick kat internet. Tengok sikit je..... setakat intro...masa tu mangsa masih bergerak-gerak  lagi atas katil lagi tapi kaki dah ada tali ikat....muka ditutup....Luka dah naik duduk kat atas badan mangsa....muzik iringan pulak......arghhhh......stoppppp....takut nak tengok!!!! setakat tengok gambar  SINI boleh lagi.

Pihak polis yang melakukan serbuan berkata Luka tidak melawan ketika ditahan.
Luka dituduh membunuh dan memotong tubuh pelajar Jun Lin.
Beliau dipercayai telah melarikan diri dari Kanada ke Paris pada Mei 26 sebelum pergi ke Berlin menaiki Bas  pada petang Jumaat.

okey....jom tengok gambar2.

Under arrest: Suspected killer Luka Magnotta was finally tracked down to an internet cafe in Berlin
Under arrest: Suspected killer Luka Magnotta was finally tracked down to an internet cafe in Berlin

Internet Cafe: The Spatkauf cafe in Neukoelln, a suburb of Berlin, where Magnotta was arrested
Internet Cafe: The Spatkauf cafe in Neukoelln, a suburb of Berlin, where Magnotta was arrested

Terminal 25: Inside the internet cafe, at the cubicle where Magnotta was discovered by police. A cafe employee spotted him looking at stories about himself
Terminal 25: Inside the internet cafe, at the cubicle where Magnotta was discovered by police. A cafe employee spotted him looking at stories about himself


Witness: Kadir Anlayisli recognised Magnotta at the cafe and called police
Witness: Kadir Anlayisli recognised Magnotta at the cafe and called police

CCTV: Interpol issued this undated photo of Magnotta passing through an unnamed airport security checkpoint. After the unsuccessful raid on Saturday, police do not know his whereabouts
CCTV: Interpol issued this undated photo of Magnotta passing through an unnamed airport security checkpoint. After the unsuccessful raid on Saturday, police do not know his whereabouts



 

baca lagi kat http://www.dailymail.co.uk
tak ada semangat nak taip dah.

errrr....rasanya aku sedang alami trauma!






TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...