vavavavava.......nampaknya marah benar artis pojaan hatiku ni bila ada pihak yang mempermain-mainkan nama beliau.
kali ni nahhhh....hambikkkk tengok baik-baik yeee.... nama saya bukan mat haron tau. reti baca ke tak nih.... ekekekeke....
walau apa pun i tetap minat kat u tauuuu seth tan..... tiap-tiap pagi pukul 10.30 i dah duduk depan tv tengok ulang siaran nora elena.... tu la buktinya i memang miiiiiiinatttt sangat kat u....hiksss
5.4.12
Inilah Hantu Yang Dipakai Untuk Penglaris Makanan
haa.....n3 ni aku kopi dari blog negara jiran tau..... rasanya mesti ada yg biasa dah dengar ilmu pelaris nih kan. macam kat tempat aku nih.... ada la gerai mi sup....perghhh meletop abisss.....24 jam buka.... orang tak putus2.... kayo betul pokcik tuh.... pagi2 adalah keta merc dia kat situ....apa lagi kutip duit laa....cayalah....tapi yang kelakarnya suatu hari jiran-jiran aku kecoh .....dorang kata ada nampak makhluk berbulu duduk kat atas pokok kat gerai tu....tu la pelaris dia.....beria-ia sungguh dorang bercerita . hishh...memula meremang bulu roma aku...almaklum aku memang suka makan kat situ.... malam bila semua ahli keluarga aku berkumpul dengan tak sabar-sabarnya aku pun buka cerita..... suami aku diam je... tapi anak aku cakap.... 'ala buuuu.....makhluk berbulu tu udin (nama glamor) pun nampakkkkk..... udin hari2 pegi sekolah lalu situ....dah lama dah udin nampak kat atas pokok tuh.'..... suami aku angguk mengiyakan.... bior betul ni maknanya betul laaaa..... '.tu teady bear la buuuu....sapa punya ntah tersangkut kat situ'....huhuuuu....hampeh tul!
tapi aku lega..... taklah pobia aku nak makan kat situ...hikss
apa pun korang baca la pulak pasal hantu peludah dari negara jiran ni ekk......mungkin aja di sana pelarisnya lago top.....hehehe (layan je laa.....)
Hantu Peludah adalah hantu yang di pakai sebagai sarana penglaris makanan. Dikatakan peludah karena sebelum di sajikan kepada pelanggan, makanan ini di ludahi akan menjadi terasa nikmat dan pelanggan akan ketagihan untuk datang ke warung makan tersebut.
Hawa yang terbawa oleh lidah tersebut ternyata juga mampu menambah rasa makanan yang di sajikan itu, Bahkan kadang -kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut, Namun kadang tidak semua pemilik warung tahu tindakan apa yang sebetulnya dilakukan oleh hantu piaraannya dalam rangka membuat laris warungnya, yang mereka tau hanya bahwa mereka memagari warung tersebut dengan energi penglarisan yang diperolehnya entah dari orang pintar ataupun hasil dari dia melakukan kegiatan ritual tertentu di tempat-tempat yang di anggap keramat.
Efek dari tindakan hantu ini di samping membuat enak masakan yang di sajikan juga membuat energi negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di sisi lain kadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi itu kebetulan adalah orang baik-baik perilaku dan muatan spiritualnya, maka kadang setelah memakan makanan yang di ludahi, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah. Hal ini terjadi karena hawa yang masuk dari makanan tersebut bentrok dengan energi posistif yang dimiliki oleh orang itu karena perbuatan dan karakter baiknya. Jika hal itu terjadi maka otomatis, energi negatif yang masuk tadi akan keluar.
Hawa yang terbawa oleh lidah tersebut ternyata juga mampu menambah rasa makanan yang di sajikan itu, Bahkan kadang -kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut, Namun kadang tidak semua pemilik warung tahu tindakan apa yang sebetulnya dilakukan oleh hantu piaraannya dalam rangka membuat laris warungnya, yang mereka tau hanya bahwa mereka memagari warung tersebut dengan energi penglarisan yang diperolehnya entah dari orang pintar ataupun hasil dari dia melakukan kegiatan ritual tertentu di tempat-tempat yang di anggap keramat.
Efek dari tindakan hantu ini di samping membuat enak masakan yang di sajikan juga membuat energi negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di sisi lain kadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi itu kebetulan adalah orang baik-baik perilaku dan muatan spiritualnya, maka kadang setelah memakan makanan yang di ludahi, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah. Hal ini terjadi karena hawa yang masuk dari makanan tersebut bentrok dengan energi posistif yang dimiliki oleh orang itu karena perbuatan dan karakter baiknya. Jika hal itu terjadi maka otomatis, energi negatif yang masuk tadi akan keluar.
Sumber: kotakhitamdunia.blogspot.com
Sumber : http://www.jelajahunik.us/2012/04/inilah-hantu-yang-dipakai-untuk.html#ixzz1rDPHDKXJ
spidergirl

wow...hebatnya kanak-kanak nih..... baru 22 bulan tau....tak sampai pun 2 tahun lagi usianya tapi lihatlah aksinya memanjat ....amazinggggg.....menurut laporan dailymail...bapa kanak-kanak ini meletakkan permainan di atas setinggi 2 meter dan dia memanjat untuk mengambil permainan itu tanpa memakai sebarang alat keselamatan. Emmm...bahaya gak nih.... kalau terrrrjatuh macam mana?
Bayi 3 Tahun Menjadi Batu Dalam Rahim Ibu - gambar
Seorang wanita Cina yang mengandung selama 3 tahun tetapi tidak melahirkan dan doktor telah mendapati bahawa bayi tersebut menjadi batu di dalam rahim. Gambar di bawah menunjukkan bayi batu dikeluarkan dari rahim ibunya.
# 1
# 1
# 2
# 3
# 4
Fakta menarik filem "Titanic"
Sudah 14 tahun telah berlalu sejak filem romantik epik arahan James Cameron, "Titanic" menyentuh hati ramai penonton dan membolot begitu banyak anugerah dan jumlah kutipan tertinggi dunia.
Bakal ditayangkan semula di pawagam pada 5 April akan datang dalam bentuk tiga dimensi (3D), kami mengingatkan anda beberapa fakta menarik tentang filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet ini yang mungkin anda tidak pernah ketahui.
1. Pengarah "Titanic", James Cameron telah pergi melihat bangkai kapal Titanic yang sebenar sebanyak 12 kali dengan purata 16 jam sekali.
2. Kebanyakan syot kapal Titanic di lautan tidak benar tetapi penggambarannya dibuat di Baja, Mexico dan kebanyakan pelakon ekstra adalah orang Mexico.
3. Ketika babak Jack (DiCaprio) dan Rose (Winslet) 'terbang' di depan kapal dan bercium, matahari yang terbenam di belakang mereka memang benar. Mereka terpaksa melakonkan babak itu dalam beberapa minit sebelum matahari terbenam.
4. Leonardo DiCaprio bersetuju untuk membintangi filem ini kerana ia mengisahkan cinta dua darjat.
5. Sekalipun air yang naik di koridor tampak sejuk, sebenarnya suhu air ketika Rose terapung di atas papan untuk menyelamatkan diri adalah pada suhu 80 darjah.
6. Semua lakaran Rose dan lukisan Jack telah dilukis oleh James Cameron sendiri.
7. Setiap wanita di set memakai korset sekalipun mereka pelakon ekstra yang tidak kelihatan di kamera. Semua pelakon sokongan diwajibkan menghadiri kelas etika untuk mengetahui cara orang pada tahun 1912 bercakap dan bergerak. Semua pelayan juga perlu belajar cara untuk melakukan tugas mereka.
8. Ketika Jack menyebut "Sit over there on the bed. I mean, couch!", ia tidak ada dalam skrip dan DiCaprio telah tersalah menyebutnya. Namun semua orang menyukainya dan mereka memutuskan untuk mengekalkan kesilapan itu.
9. Babak di mana Rose meludah pada muka Cal (Billy Zane) telah diilhamkan sendiri oleh aktres tersebut.
10. Babak di mana ibu Rose, Ruth (Frances Fisher) mengikat korset Rose pada awalnya terbalik kerana Rose yang sepatutnya mengikat korset Ruth. Namun para pelakon dan pengarahnya sendiri merasakan mesej yang disampaikan lebih kuat sekiranya korset Rose yang diikat, untuk menunjukkan betapa si ibu mempunyai kuasa untuk 'mengikat' kebebasan anaknya.
11. Winslet bersungguh-sungguh 'melobi' peranan Rose kerana pada awalnya Cameron agak skeptikal dengan keupayaan yang ada padanya.
12. Cameron telah menyelam lebih dalam untuk melihat bangkai Titanic asal dengan menggunakan kamera khasnya. Sesetengah rakaman yang diambilnya tidak pernah dilihat sesiapa sejak tahun 1912.
13. Babak lakaran Jack dan Rose merupakan babak pertama yang dirakamkan antara DiCaprio dan Winslet. Aktres ini telah berbogel di hadapan DiCaprio pada hari pertama untuk membiasakan diri.
14. DiCaprio sensitif pada air, jadi dia tidak boleh masuk ke dalam air sejuk.
15. Replika Titanic dalam filem itu berukuran 775 kaki panjang dan terapung di dalam tangki 17 juta gelen. Sut paling mahal dalam Titanic bernilai AS$4,350 (RM13,336), sama dengan nilai hari ini sebanyak AS$75,000 (RM231,463). Hanya separuh daripada kapal tersebut adalah benar dan selebihnya dibuat menggunakan imej komputer.
16. Ikan lumba-lumba yang berenang di tepi kapal adalah benar.
17. Semua kostum tahun 1912 yang dihasilkan untuk filem ini bernilai AS$8.4 juta (RM25.7 juta). Filem ini sahaja memakan kos AS$200 juta (RM613 juta) – lebih mahal daripada menghantar orang ke bulan.
18. Kesilapan dalam filem – watak Jack mengatakan dia pernah pergi memancing di tasik ais di Tasik Wissota, berhampiran Air Terjun Chippewa, Wisconsin. Tasik Wissota merupakan tasik buatan manusia yang hanya diwujudkan pada tahun 1917, lima tahun selepas tenggelamnya Titanic.
19. DiCaprio dan Winslet mengakui mereka membuang air dalam tangki untuk terus kekal hangat dan kerana mereka terlalu malas hendak keluar dan menggunakan tandas.
20. Banyak jakuzi dibina di sekeliling set supaya semua pelakon boleh berehat dan memanaskan badan.
sumber: yahoo
Unta Gila Telan Doktor Wanita Yang Merawatnya

Kejadian ini terjadi di sebuah negara Arab yang telah dirahsiakan nama nya untuk menjaga nama baik negara tersebut..
Seekor unta yang mengalami sedikit gangguan mental telah menelan hidup- hidup seorang doktor haiwan yang ingin memeriksa kesihatan unta tersebut..
Unta sepeti diketahui orang' bukanlah haiwan karnivor yang menjadikan daging sebagai menu utama dalam setiap sajian nya..
Akibat daripada serangan unta itu, nasib doktor hewan itu sangatlah malang.. keadaan doktor tersebut telah dirahsiakan kepada umum..
sumber:borak kosong
Akhirnya Dira Abu Zahar Mohon Maaf
![]() |
KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2012: Awal minggu ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita panas mengenai hos wanita popular yang telah menendang dan memijak muka seorang wanita di sebuah kelab hiburan yang terletak di Jalan Sultan Ismail.
Pelbagai spekulasi dan cerita mengatakan bahawa individu yang diheret serta didakwa adalah Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira iaitu pengacara sebuah rancangan hiburan sensasi.
Namun dakwaan tersebut belum disahkan mana-mana pihak termasuk mangsa yang dipijak mahupun pihak berkuasa.
Pada Isnin lalu sebuah blog popular telah menyiarkan penafian Dira berhubung dakwaan yang mengatakan pengacara itu terlibat dalam insiden tersebut dan dia mengatakan dia tiada masa untuk ke tempat sedemikian.
Malah hari ini, melalui blog yang sama telah disiarkan pula laporan pihak polis daripada mangsa berkenaan insiden berkenaan.
Sementara itu menerusi laporan akhbar The Star hari ini, Dira turut menafikan dakwaan itu kerana pada hari kejadian dia telah keluar membeli-belah bersama-sama keluarganya.
Portal murai.com.my telah menghubungi Dira untuk mendapatkan penjelasannya setelah namanya diheret dan didakwa ke dalam isu ini.
"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa.
"Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira.
Semua pihak berkenaan masih berdiam diri dan pelbagai cerita serta spekulasi telah tercetus daripada insiden ini, namun belum ada individu yang tampil untuk mengesahkan semua gosip ini.
SUMBER|Murai
Subscribe to:
Posts (Atom)
TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA
Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan? Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...
-
Minggu lepas dalam rancangan Wanita Hari Ini, isu yang di bawa sangat menarik. Aku sempat la menonton rancangan tersebut (memang selalu sem...
-
B eberapa hari yang lepas jiran aku kasi teh ni....dia suruh aku try....dia kata bagus boleh turunkan kolesterol dan kawal gula dalam da...



