31.3.12

OUCHHH.... BEGINILAH BILA TANGAN TERMASUK KEDALAM MESIN PENCINCANG KERTAS


kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja
berhati-hati bila mengendalikan apa-apa sahaja mesin
Gambar di atas adalah tangan yang tanpa sengaja tersangkut di dalam mesin pencincang kertas pejabat. Orang tu  cuba untuk mengambil kertas yang terperangkap dalam mesin pencincang dan jarinya tertarik ke dalam sekali.

Jemaah haji bakal guna kereta kabel ke gua Hira'




MAKKAH: Institut Penyelidikan Haji dan Umrah di Universiti Umm al-Qura menyiapkan kajian untuk memperkenal sistem kereta kabel bagi membawa jemaah ke gua bersejarah Hira’ dan al-Thur di Makkah.

Dekan institut, Abdul Aziz Saroji berkata, rancangan itu bertujuan memberi kemudahan kepada jemaah haji dan umrah, selain pengunjung ke bandar raya suci itu yang ingin melawat gua yang terletak di atas Jabal Nur dan al-Thur. Terdapat laluan 12 kereta kabel yang akan menghubungkan kawasan lembah ke gua di atas bukit itu.

Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan universiti berkenaan, Adnan Qutb berkata, projek yang dirancang itu dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun. Menara dan tiang-tiang yang besar setinggi puncak gunung akan dibina untuk projek berkenaan, lapor akhbar Al-Madinah kelmarin.

Saroji pula berkata, institut itu menjalankan penyelidikan ekoran permintaan jabatan bertanggungjawab yang mendapati lawatan sedia ada ke tempat itu masa kini sangat berisiko dari segi keselamatan.

Beribu-ribu jemaah haji dan umrah termasuk warga tua dan wanita mengunjungi gua berkenaan apabila mereka datang untuk mengerjakan haji setiap tahun. Mereka melalui perjalanan sukar untuk mendaki gunung. Terdapat juga insiden terpencil apabila beberapa jemaah terjatuh dan meninggal akibat mendaki di masa lepas.

Gua Hira yang terletak di Jabl Al-Nour, 3.2 km dari Masjidil Haram, di mana al-Quran (wahyu) pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Gua Al-Thur terletak 4 km di selatan Masjidil Haram di mana Rasulullah dan sahabat baginda, Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan ke Madinah semasa Hijrah. Kedua-dua gua telah menjadi tarikan utama bagi jemaah Haji dan umrah serta pengunjung ke kota suci.

Sumber: Arabnews.com

Perhatikan apa yang keluar dari mulut lelaki ini -video

aaaaaaaahhhhh......
dah nampak dah..........?

Benarkah rakyat meluat dengan PR - lihat gambar


Alhamdulillah..... majlis yang senantiasa dapat sambutan.
rakyat berduyun-duyun datang menyertai solat hajat mendengar tazkirah dan seterusnya ceramah pemimpin. 
kalau rakyat dah menyampah dengan PR tak mungkin seramai ini yang hadir!

Majlis Solat hajat & Ceramah Perdana yang diadakan di Padang Perdana Kota Bharu ini dimulakan dengan kuliah maghrib oleh YB Ust Nasuruddin Daud,seterusnya solat isyak dan solat hajat oleh puluhan ribu rakyat Kelantan dengan diimamkan YB Ust Muhammad Mustafa.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Perdana 'PUTRAJAYA BERMULA DISINI' oleh YB Tan Seng Giaw, Hj Muhammad Sabu, YAB Tok Guru Nik Aziz dan YB DS Anwar Ibrahim. Turut berucap YB Datuk Husam Musa.

solat hajat

ceramah perdana















Gambar : Berbagai sumber di Facebook dan edit Ustream
ehsan: Tinta Hijau dari Kaki Bukit

Dirasuk 40 kali sehari

gambar hiasan


KOTA BHARU: “Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah,” kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.

Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua.
 
Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

“Sejak disihir, apabila ada ‘benda’ memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.

Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada ‘benda’ misteri yang akan memasuki tubuhnya.

Wanita Potong Zakar Perogol


MUMBAI: Seorang wanita India di pinggir bandar Delhi, memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya.
Menurut laporan polis, wanita kematian suami yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bakhtawarpur, mempertahankan dirinya daripada diperkosa
. 
Suami mangsa meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dia hidup bersendirian sejak itu. Wanita itu juga jarang keluar rumah.

Seorang anggota polis berkata, mangsa mendakwa, suspek, Jeevat, menyerbu masuk ke dalam rumahnya malam semalam dan cuba merogolnya,

Mangsa melawan dan apabila lelaki itu terjatuh, wanita itu meluru ke dapur dan mengambil pisau sambil menjerit meminta tolong sebelum memotong kemaluan penyerangnya.

Beberapa jiran meluru ke rumah mangsa dan seorang daripada mereka menelefon polis.

Jeevat dikejarkan ke hospital Maharaja Harischandra dan keadaannya disahkan stabil.

Bagaimanapun doktor berkata, mereka tidak dapat menyambung semula kemaluan lelaki itu. - Agensi

Pagar Parlimen Indonesia Diroboh Dalam Demonstrasi Pagar


Beginilah keadaan pagar Parlimen Indonesia yang musnah akibat perbuatan penunjuk perasaan.
JAKARTA: Penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi di luar kawasan Parlimen Indonesia bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi telah bertindak merobohkan sebahagian pagar kawasan itu petang Jumaat.
Mereka merobohkan pagar sebelah kiri dan kanan pintu gerbang utama Parlimen Indonesia, ketika para wakil rakyat sedang bersidang untuk membuat keputusansama ada meluluskan atau menolak rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak Rp1,500 (55 sen) mulai bulan depan.
Kejadian itu memaksa anggota pasukan keselamatan membentuk sekatan bagi menghalang penunjuk perasaan daripada menyerbu masuk ke bangunan Parlimen.
Beberapa kumpulan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen sejak pagi ini, dalam tindakan demonstrasi secara besar-besaran hari ini bagi membantah rancangan kenaikan harga minyak itu.
Polis menyediakan 22,000 anggota pasukan keselamatan termasuk 8,000 anggota tentera bagi mengawal keselamatan dan memelihara ketenteraman awam di ibu negara serta bandar-bandar di sekitar Jakarta. Pasukan keselamatan telah membuat persediaan untuk mengawal keadaan terhadap demonstrasi besar-besaran yang mereka jangka akan disertai 81,000 orang di seluruh negara pada Jumaat.
Di Jakarta, penunjuk perasaan menumpukan demonstrasi di tiga tempat iaitu di luar Parlimen, di Bulatan Hotel Indonesia dan di luar Istana Merdeka, iaitupejabat Presiden Indonesia.
Demonstrasi sama turut diadakan di sejumlah bandar di seluruh negara. Sehingga berita ini ditulis malam Jumaat, persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) belum membuat keputusan mengenai cadangan kerajaan itu kerana dua parti gabungan dalam kerajaan mengambil pendirian untuk tidak menyokong rancangan tersebut.
Parti-parti pembangkang telah sejak awal menolaknya.
Ketua DPR Marzuki Alie menangguhkan sementara persidangan pada petang ini bagi sesi melobi sokongan untuk undian.
"Kerana masih ada perbezaan pandangan di antara parti-parti, kita harus mencari formula dalam forum lobi, tidak mungkin dalam persidangan," kata Marzuki. Antara kumpulan yang berdemonstrasi di Jakarta ialah 1,000 penunjuk perasaan yang mewakili beberapa pertubuhan Islam dan mereka telah berarak dari Bulatan Hotel Indonesia menuju Istana Merdeka.
Mereka membawa sepanduk bertulis bantahan terhadap kenaikan harga minyakyang mereka sifatkan sebagai satu bentuk kemaksiatan.
Pertubuhan-pertubuhan yang bergabung dalam sebuah badan bernama Forum Umat Islam itu termasuklah Nahdlatul Ulama, Front Pembela Islam (FPI) dan Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII).
Sementara itu, akibat tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasimenyekat laluan kereta api Purwokerto-Yogyakarta di beberapa lintasan kereta apitengah hari ini, jadual dua perkhidmatan kereta api tergendala. - BERNAMA

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...