3.3.12

GAMBAR-GAMBAR LUCU - HANYA DI VIETNAM















BAHAYANYA FAHAMAN HEDONISME!!:Lambakan Pertandingan Hiburan Antara Punca Utama Pelajar Sekolah Tidak Minat Masuk Aliran Matematik dan Sains

copy n pasta



"Saya masih ingat kata-kata pensyarah saya. Semasa beliau berada di Amerika Syarikat, ternyata pelajar-pelajar di Amerika Syarikat lebih cenderung ke arah bidang hiburan dan muzik. Kelas-kelas kuliah bagi bidang Matematik, Sains dan Kejuruteraan pada masa itu ternyata didominasi oleh pelajar-pelajar dari Asia.

Kini budaya dan fahaman hedonisme mula menular di Malaysia. Rata-rata muda-mudi di negara ini berpendapat, tidak perlu belajar Matematik dan Sains untuk hidup senang. Cuma perlu tahu menyanyi, berlawak dan menghiburkan orang, sudah boleh jadi kaya. Janji perlu kreatif dan tahu kehendak masyarakat, maka semua penghibur pun boleh hidup senang.

Cuba lihat ganjaran dan hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang pertandinganh hiburan, semuanya bernilai lebih daripada empat digit, malah ada yang mencecah ke angka juta. Pengaruh pertandingan hiburan sebagai pencetus fahaman hedonisme di Malaysia memang kuat, sehingga ramai orang mula menyertai pertandingan berunsur hiburan. Tidak kira penganggur, pelajar universiti, golongan bekerja, suri rumah, malahan nenek turut beraksi di gelanggang pertandingan hiburan. Pertandingan berunsur hiburan seperti nyanyian kini dianggap sebagai pencetus inspirasi untuk berjuang. Berjuang dalam bidang hiburan, untuk meraih kesenangan atau kepuasan dalam kehidupan, atau kedua-duanya sekali.

 BAHAYANYA FAHAMAN HEDONISME!!:Lambakan Pertandingan Hiburan Antara Punca Utama Pelajar Sekolah Tidak Minat Masuk Aliran Matematik dan Sains
 

Hedonisme menguasai pemikiran masyarakat Malaysia kini. Setiap bulan, setiap minggu, ada saja program-program berunsur hedonis. Bukan sahaja di pasaraya, kompleks membeli belah, malah juga di pentas universiti, sekolah dan juga tadika. Perkembangan fahaman hedonisme di Malaysia menyebabkan Matematik dan Sains yang menjadi teras pembangunan teknologi negara dianggap tidak lagi penting. Buat apa memenatkan otak, menebalkan kaca mata, menggugurkan helaian rambut untuk mempelajari konsep Sains dan Matematik yang menyakitkan otak kiri, jika dengan menyanyi sahaja pun sudah boleh jadi kaya, sudah boleh jadi popular, sudah boleh mengumpul peminat dan menjadi pusat tarikan.

Sokongan media massa dan elektronik terhadap perkembangan pemikiran hedonisme ternyata positif. Kerjasama dan sokongan antara media dan hedonisme bagaikan isi dengan kuku, saling lengkap-melengkapi, saling memberi keuntungan bagi kedua-dua pihak. Pihak media untung dengan menjual cerita tentang bintang-bintang hiburan, manakala rancangan-rancangan hiburan untung besar kerana dipromosikan oleh pihak media. Duit dan keuntungan mengalir masuk ke simpanan kedua-dua pihak, makin kaya, makin mewah, makin senang, maka makin hebat persembahan yang dapat dibuat.

Akhirnya, keyakinan sesetengah rakyat Malaysia mengenai betapa untungnya jika boleh menyanyi, bermain muzik berbanding betapa pentingnya Sains dan Matematik. Jika mahu menyambung pengajian dalam bidang Sains dan Matematik di universiti, mesti ada wang yang banyak, tetapi jika mahu masuk pertandingan hiburan atau akademi hiburan seperti rancangan realiti, pasti ada sponsor, tambahan lagi sudah boleh cepat popular, mengumpul peminat, dan lagi dapat duit yang banyak jika menang. Kemudian laku dalam industri hiburan, boleh jadi bintang filem, boleh jadi duta, dan boleh dijemput untuk menyaksikan konsert atau persembahan rancangan teleivisyen atau rancangan realiti tertentu secara percuma. Malah disanjung oleh para peminat, bagaikan dewa yang disembah manusia!

Bagaimana fahaman hedonisme berjaya menarik minat masyarakat kita?

1- Menggunakan Teknik Menyentuh Emosi sama ada Peserta Mahupun Penonton
Menerusi rancangan realiti yang jelas memberi ruang kepada seberapa ramai rakyat Malaysia untuk sama-sama melibatkan diri, merasai dan mengalami sendiri keseronokan, kemanisan dan kenangan dalam dunia hiburan. Tidak kira sama ada sebagai peserta, atau penyokong, kesemua individu yang terlibat akan mendapat sentuhan emosi, kepuasan, perasaan berjuang, kesedihan, keseronokan, dan pelbagai jenis perasaan lagi yang menyebabkan mereka rasa begitu mesra dengan hiburan. Apa lagi dengan ganjaran-ganjaran lumayan sama ada berbentuk fizikal seperti wang tunai, kereta mewah, rumah banglo, unit kondominium atau berbentuk moral seperti populariti, disanjungi, diminati dan diangkat sebagai orang penting, menyebabkan betapa mudahnya fahaman hedonisme menyerap masuk ke lubuk jiwa rakyat Malaysia. Hedonisme dilihat sebagai satu bentuk pelarian daripada kesusahan mencapai kejayaan menerusi ilmu Sains dan Matematik yang dianggap abstrak dan mencabar imaginasi manusia. Hedonisme dianggap sebagai satu bentuk pujukan untuk setiap manusia yang gagal dalam menguasai Matematik dan Sains, serta satu cara untuk hidup senang dengan cara yang lebih mesra terhadap jeritan emosi dan kepuasan hidup, menjadi raja dan dihargai dari satu sudut yang luar biasa.

2-Menampilkan Harapan Peserta dari Seorang Yang kurang bernasib baik Kemudiannya bangkit berjuang mencipta Kejayaan.
Rancangan realiti hiburan biasanya akan menampilkan harapan peserta, dengan latar belakang yang miskin, datang dari keluarga yang tidak bernasib baik, terabai, tetapi mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang seni, lalu mereka ini mencuba nasib, meraih simpati sama ada dengan sengaja atau pun tidak, dengan kisah sedih masa lampau, lalu berjaya menitiskan air mata simpat ribuan rakyat Malaysia. Dari satu sudut yang lain, perjuangan mereka, kesungguhan mereka untuk mengubah nasib hidup mereka berjaya memikat hati ratusan ribu rakyat Malaysia untuk bersimpati dan menjadikan mereka sebagai inspirasi, orang yang berjaya mengubah nasib. Terasnya, hedonisme. Terasnya budaya berhibur. Jika tidak pandai Sains dan Matematik, tidak dapat masuk ke universiti pun tidak apa asalkan memiliki kesungguhan untuk menjadi penghibur yang baik.

Kesan BUDAYA HEDONISME pada Masyarakat Malaysia Kini
Apa yang dapat saya saksikan kini, bagaimana akibatnya apabila budaya hedonisme dibiarkan berleluasa, maka manusia kini tertarik pada dua perkara. Pertama, hiburan, dan yang kedua, wang. Menyedari betapa kroniknya minat pelajar kini terhadap Sains dan Matematik, maka ada organisasi yang mencadangkan agar setiap pelajar yang mengambil jurusan Sains dan Matematik diberikan elaun sebagai ganjaran. Budaya memberi ganjaran kini terpaksa ditegaskan, lantaran sukarnya untuk mewujudkan kesedaran para pelajar terhadap kepentingan Matematik dan Sains dalam kehidupan dan masa depan manusia. Sesetengah pelajar tidak lagi nampak betapa pentingnya Matematik dan Sains dalam membantu meneruskan kelangsungan tamadun manusia, kini, mereka lebih tertarik terhadap jaminan kesenangan hidup yang boleh diperolehi jauh lebih mudah melalui hiburan, khususnya pertandingan berunsurkan hiburan seperti rancangan realiti dan pertandingan nyanyian.

Mari Rakyat Malaysia Kita PERANGI Fahaman HEDONISME ini
Bersediakah kita, rakyat Malaysia, berusaha untuk memerangi budaya dan fahaman hedonisme yang menular di Malaysia? Bagaimana masa depan Malaysia, sekitar 10 tahun lagi? Negara kita memerlukan ramai jurutera dan saintis untuk meneruskan kelangsungan tamadun rakyat Malaysia. Membangkitkan semula semangat cintakan Sains dan Matematik demi memajukan tamadun bangsa Malaysia adalah usaha yang amat penting. Mari kita semai semula rasa prihatin dan tanggungjawab rakyat Malaysia terhadap pentingnya menguasai ilmu Matematik dan Sains.


**Pada masa akan datang saya dedahkan kepada anda apa itu sebenarnya Hedonisme yang sedang menular dikalangan masyarakt Malaysia bukan lagi secara halus,tetapi sudah menjadi terang-terangan.

Inilah Jambatan Gantung Paling Bahaya Di Dunia

Inilah dia jambatan Tasik Hussaini - Borit yang terdapat di Utara Pakistan.
Ia merupakan jambatan gantung yang sangat mengerikan untuk di lalui.
Kelihatan sudah uzur dan banyak papan pemijak yang sudah tiada.
Cuba bayangkan andai angin bertiup.....iskkk
Bagi penduduk di sini yang ingin ke bandar berhampiran, inilah saja jalan penghubung yang ada.


most_dangerous_bridge_1

most_dangerous_bridge_2

most_dangerous_bridge_3


most_dangerous_bridge_5

most_dangerous_bridge_6
errrrr..... ada berani?

2.3.12

HUKUM ONANI LELAKI DAN PEREMPUAN


Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?
Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
  1. Karena takut berbuat zina.
  2. Karena tidak mampu kawin.
Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

gelora nafsu memamah umat Islam kini

KISAH GADIS REMAJA CINA MALAYSIA MEMELUK ISLAM -VIDEO

Loo Jo Yee (kanan) ketika ditemubual TV AlHijrah.


Loo Jo Yee adalah seorang gadis berbangsa Cina berusia 18 tahun. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama Kristian yang taat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah sehingga menganggap masuk Islam adalah suatu yang hina bagi keluarganya.

[Tonton sedutan video Loo Jo Yee di bawah artikel]

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber’binti’kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar! -wowberita.org

Video kisah seorang remaja Cina berumur 17 tahun memeluk agama Islam



Lelaki Curang Miliki IQ Rendah!!!

OHLALA......
JANGAN MARAH YE KAUM LELAKI YANG BACA NIH....

''Satu kajian terbaru mendapati lelaki yang gemar menipu isteri untuk menjalinkan hubungan sulit didapati memiliki tahap kepintaran (IQ) yang rendah.

Pakar psikologi evolusi dari sekolah ekonomi dan sains politik London yang mengetuai kajian itu, Dr. Satoshi Kanazawa berkata, teori evolusi mendapati bahawa lelaki yang bijak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan normal kehidupan masa kini yang menghargai kesetiaan dalam hubungan.

Menurutnya, sepanjang sejarah evolusi, golongan lelaki memang diketahui mahu mengamalkan poligami tetapi semua itu telah berubah kerana lelaki sekarang menganggap kesetiaan sebagai sebahagian daripada pembangunan sahsiah diri mereka.
dia berkata, lelaki yang memiliki IQ rendah tidak dapat mengawal nafsu sekali gus menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal 'Social Psychology Quaterly' semasa dunia digemparkan dengan berita kecurangan beberapa selebriti terutamanya bintang golf no.1 didunia, Tiger Woods dan bekas ketua pasukan bola sepak England, John Terry yang mempunyai hunbungan sulit dengan seorang model.

Seorang lagi selebriti iaitu, Aktor mendiang Paul Newman yang meninggal dunia pada 2006 pula dianggap sebagai suami paling setia di Hollywood.

Ramai saintis menganggap cara hidup Newman merupakan teladan evolusi lelaki zaman moden. selain setia, kata Kanazawa lelaki bijak yang rata-rata memiliki purata IQ 106, bersikap terbuka manakala lelaki konservatif memiliki purata IQ 95. Skala ujian IQ menyatakan lelaki normal memiliki purata IQ 90 dan keatas- agensi.''

 memang lah.... lelaki curang nih sememangnya stupidoss...  ;) ERKKKK.... LARIIIIIIIIII

Bakteria Punca Wanita Ini Ada Dua Wajah - video

 Ngeri ada dan sangat kasihan pun ada melihat wanita ini. Separuh dari wajahnya telah habis dimakan oleh sejenis bakteria- Necrotizing Fasciitis (Flesh-Eating Bacteria Syndrome).

Melihat penderitaan insan lain kita harus bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik dan tidak di uji dengan dugaan yang sebegini.

Necrotizing fasciitis (NF) adalah jangkitan bakteria. Bakteria ini menyerang tisu lembut dan fascia, yang merupakan sarung tisu yang meliputi otot. Disebut juga bakteria pemakan daging.





TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...