14.2.11

DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH

PETANDA AWAL KEWAFATAN


Setelah Dakwah al-Islamiah sempurna dan Islam menguasai suasana maka tanda-tanda dan bahasa-bahasa pengucapan selamat tinggal kepada dunia dan manusia mula tertera di dalam ungkapan-ungkapan dan ucapan-ucapan Rasulullah SAW melalui perbualan dan perbuatan Baginda.


Di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh Hijrah Baginda beriktikaf di masjid selama dua puluh hari, sedang sebelum ini hanya sepuluh hari sahaja, di dalam tempoh ini Jibrail (a.s) mendatangi Baginda untuk membuat ulangan dan tadarus al-Quran sebanyak dua kali.

 Di dalam Hajjah al-Wada' Baginda telah menyebut: "Sebenarnya berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu lag! selepas pertemuan kita di tahun ini".

Semasa di Jamrah al-Aqabah Baginda berkata : "Ambillah peribadatan haji ini dariku, boleh jadi aku tidak akan mengerjakan haji lagi selepas tahun ini".

Surah al-Nasr turun di pertengahan hari-hari tasyrik, darinya Baginda mengetahui bahawa itu adalah ucapan selamat tinggal dan pemberitahuan tentang kematiannya.

Dipermulaan Safar tahun sebelas (11) Hijrah Rasulullah telah keluar ke Uhud, Baginda bersembahyang dan berdoa untuk para syuhada' sebagai mengucap selamat tinggal kepada sekalian yang hidup dan yang mati, dari situ Rasulullah kembali ke masjid menaiki mimbar dan berucap dengan sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku telah berkeras dengan kamu, sesungguhnya daku adalah penyaksi ke atas kamu semua, demi Allah di masa ini daku sedang menyaksikan kolam airku (kurniaan kepada Rasulullah di hari perkiraan), daku ini telah diberi kunci khazanah kekayaan bumi atau kunci-kunci bumi, dan sesungguhnya daku tidak takut kamu menyekutui Allah selepas kematian ku ini, tetapi yang ku takut ialah kamu lumba-lumba kerana dunia".

Di suatu malam Rasulullah keluar ke kawasan perkuburan al-Baqi', di sana Rasulullah memohon keampunan untuk penghuni di kubur berkenaan dengan doanya yang bermaksud:

"Assalamualaikum wahai penghuni kubur, bermudahlah kamu ke atas apa yang berlaku pada kamu, dengan apa yang berlaku ke atas orang lain, kini fitnah telah mula tiba, bak sebidang malam yang gelap pekat, hujungnnya terus menyusul selepas permulaannya, hujungnya lebih buruk dari permulaannya".

Di sini Rasulullah menyampaikan berita gembira kepada mereka, dengan sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya kami menyusul datang selepas kamu"

(harap dapat bersabar...kerana n3 ini agak panjang)

PERMULAAN SAKIT.

Runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul SAW di rumah Sayyidah Khadidah  




















Di hari kedua puluh sembilan (29) bulan Safar tahun kesebelas (11) hijrah, pada han Isnin, Rasulullah berkesempatan menghadiri pengkebumian jenazah di al-Baqi'. Dipertengahan jalan sekembalinya Baginda dari al-Baqi', Baginda terasa sakit kepala, panasnya terlalu menjadi-jadi, orang yang disekeliling Baginda turut merasai kepanasannya terutama di atas kain balutan di kepala Baginda yang mulia itu.



Namun demikian Rasulullah terus bersolat dengan sekalian kaum muslimin dalam keadaan Baginda mengalami kesakitan untuk selama sebelas hari, sedang keseluruhan hari sakit Baginda tiga belas atau empat belas (13 atau 14) hari.



MINGGU TERAKHIR

Sakit semakin memberat, membawa Rasulullah bertanya isteri-isterinya; "Di mana giliran ku besok? Di mana giliranku besok?".

Semua mereka memahami tujuan Rasulullah SAW itu, justeru itu Baginda dibenarkan untuk duduk di mana-mana sahaja, dengan itu Baginda berpindah ke rumah Aisyah, Baginda berjalan di antara al-Fadl bin al-Abbas dan Ali bin Abi Talib, sedang kepala Baginda berbungkus dengan kain, meletak kakinya selangkah demi selangkah hinggalah Baginda memasuki rumahnya, di situ Baginda menghabiskan baki umurnya yang seminggu itu.

Aisyah (r.a) terus membaca surah-surah al-Muawwizah, dan doa-doa yang lain yang beliau terima dari Rasulullah SAW. Beliau meniup ke atas badan Rasulullah SAW dan menyapu dengan tangan Baginda untuk memperolehi keberkatan.

LIMA HARI SEBELUM KEWAFATAN

mangkuk minum Nabi.






























Pada hari Rabu iaitu lima hari sebelum kewafatan, kepanasan badan Rasulullah semakin meningkat, di mana Rasulullah SAW semakin bertambah sakit dan pening-pening menyebabkan Baginda menyuruh dengan sabdanya yang bermaksud: "Curahkan ke atas ku tujuh uncang air dari berbagai telaga supaya dapat ku keluar menemui orang ramai dan aku boleh bertemu dengan mereka".

Dengan itu maka yang hadir di situ membiarkan Rasuiullah duduk di atas tilam kemudian mereka mencucuri air ke atas seluruh badan Rasuiullah, hingga Rasuiullah SAW berkata: "cukup, cukup".

Di ketika itu Rasuiullah terasa sakitnya berkurangan, dengan itu Baginda memasuki Masjid sedang kepalanya masih berbalut dengan kain, terus Rasuiullah duduk di atas minbar dan memberi ucapan kepada orang ramai. Di masa itu khalayak ramai pun melingkunginya, lantas Baginda bersabda yang bermaksud:

"Laknat Allah ke atas kaum Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan kubur-kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid" Dalam riwayat yang lain "Allah mengutuk bangsa Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur nabi-nabi mereka masjid" dan sabdanya: "Jangan sekali-kali kamu menjadikan kubur ku sebagai berhala yang disembah "

Tidak lupa Rasulullah menawar untuk orang ramai menuntut bela ke atas dirinya dengan berkata: "Siapa di antara kamu yang telah ku sebat belakangnya nah ini dia belakang ku untuk beliau menyebatnya sebagai menuntut bela, dan sesiapa yang telah ku hamun maruahnya, nah ini dia maruahku untuk beliau menuntut bela".

Antara serban  dan pakaian Nabi





















Kemudian Rasulullah SAW turun dari minbar dan menunaikan solat Zohor dan kembali duduk di atas mimbar semula dengan mengulangi soal perbalahan dan yang lain-lain hingga salah seorang yang hadir berkata: "Rasulullah SAW telah berhutang dari ku sebanyak tiga dirham yang belum jelas"

Maka kata Rasulullah (s.a.w): "Fadhl! Jelaskan kepadanya".

Kemudian Baginda mewasiatkan dan berpesan terhadap orang-orang Ansar dengan sabdanya yang bermaksud:

"Daku berpesan kepada kamu sekalian, bersikap baiklah terhadap al-Ansar, mereka itu perut dan bekalan bagiku, mereka telah pun melaksanakan kewajipan mereka yang belum terlaksana ialah hak mereka. Untuk itu terimalah kebaikan mereka dan beri maaflah kesalahan mereka"

Katanya pula: "Sesungguhnya aku ini seorang hamba Allah yang telah diberi pilihan untuk menerima kemewahan dunia secukupnya atau memilih kedudukan di sampingNya, di sini ku telah memilih kedudukan di sisiNya"

Kata Abu Said al-Khudri: Di masa itu Abu Bakr menangis, dan katanya demi bapa kami dan ibu kami, kami korbankan. Kami yang hadir di ketika itu kehairanan dengan keadaan orang tua ini (yakni Abu Bakr), apa ceritanya?. Rasulullah menceritakan tawaran Allah SWT kepada RasulNya dua pilihan samada dunia atau pun kematian, tiba-tiba beliau menjawab "Kami korbankan bapa kami dan ibu kami", Rasulullah yang ditawarkan, bukan beliau, walau macam mana pun Abu Bakr adalah orang yang terlebih mengetahui di kalangan kami.

Kemudian Rasulullah pun berkata pula: Sesungguhnya orang yang paling selamat untuk ku bersahabat dan juga hartaku ialah Abu Bakr, seandainya harus ku mengambil teman selain dari Allah nescaya ku pilih Abu Bakr tetapi beliau adalah saudara, dan perhubungan mesra dalam Islam, mana-mana pintu dari rumah ke masjid semua harus ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakr sahaja.

EMPAT HARI SEBELUM KEWAFATAN

Bendera Rasulullah SAW
































Di hari Khamis iaitu empat hari sebelum kewafatan, sakit Baginda semakin berat, Baginda telah meminta dengan katanya: "Tolong bawa ke mari untuk ku tulis buat kamu semua bingkisan, di mana kamu tidak akan sesat lepas itu".

Di dalam rumah di masa itu terdapat beberapa orang di antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, dan beliau berkata: "Kini Rasulullah mengalami kesakitan yang teruk, kan kami sudah ada al-Quran, sudah cukup untuk kamu kitab Allah itu".

Ahli keluarga Rasulullah berselisih pendapat dan berbalah, di antara mereka mengatakan: "Ayuh berikan sesuatu untuk Baginda tulis". Dan di antara mereka juga mengatakan seperti pendapat Umar tadi.

Hingga dengan itu berlaku kesibukan dan percanggahan, menyebabkan Rasulullah berkata: "Ayuh! Kamu semua beredar dari sini".

Di hari itu Baginda membuat tiga wasiat iaitu Baginda berpesan supaya
1. Di halau keluar kaum Yahudi, Nasrani dan Musyrikin dari Semenanjung Tanah Arab,
2. Seterusnya Baginda berpesan supaya membenarkan kedatangan para perwakilan sebagaimana yang pernah Baginda lakukan.
3. Adapun wasiat yang ketiga perawi hadith terlupa, boleh jadi pesanan supaya berpegang dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah atau meneruskan penghantaran tentera Islam pimpinan Usamah,'atau ianya perintah untuk bersembahyang dan membuat hubungan baik dengan hamba-hamba yang dimiliki.

Cop surat Rasulullah SAW

Walau pun nabi dalam keadaan sakit namun Baginda terus bersembahyang mengimami sidang jemaah sekalian, hingga ke hari Khamis empat hari sebelum Baginda wafat. Di hari itu Baginda bersembahyang maghrib dengan membaca surah "al-Mursalat ".

Semasa sembahyang Isya' sakit Baginda bertambah berat, menyebabkan Baginda tidak terdaya untuk keluar ke masjid, kata Aisyah: Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apakah orang ramai sudah sembahyang?".

Kata kami: "Tidak wahai Rasulullah, mereka semua sedang menunggu Rasulullah". Kata Baginda lagi: Sediakan air di dalam talam itu". Kami pun berbuat mengikut seperti suruhan Baginda, dengan itu Baginda pun bersuci, dan bangun namun Baginda telah pitam di situ kemudian sedai bertanya pula: "Apakah orang ramai sudah bersembahyang.

Kejadian pitam ini berulang kali berlaku seperti yang pertama iaitu selepas Baginda bersuci, akhirnya Baginda suruh Abu Bakr bersembahyang mengimami orang ramai. Abu Bakr pun melaksanakan perintah Baginda mengimami orang ramai untuk hari-hari itu sebanyak tujuh belas (17) waktu semasa hayat Rasulullah SAW.

Dalam hal ini Aisyah telah meminta Rasulullah mengubah arahannya itu, bertujuan memberi orang lain menjadi imam, supaya orang ramai tidak beranggapan tak elok, namun Rasulullah tetap menolak dan berkata: "Kamu semua adalah wanita-wanita pencinta Yusof, banyak berdalih, ayuh suruh Abu Bakr bersembahyang mengimami orang."


SEHARI ATAU DUA HARI SEBELUM WAFAT

Surat Rasulullah SAW kepada Raja Rom




































Di hari Sabtu atau Ahad Nabi SAW merasa dirinya ringan sedikit, justeru itu Baginda keluar dengan dibantu oleh dua orang untuk bersembahyang Zohor, sedang Abu Bakr mengimami orang ramai.

Sebaik sahaja Abu Bakr terlihat Baginda beliau pun berundur ke belakang, tetapi Rasulullah SAW memberi isyarat supaya jangan beliau berundur, Rasulullah menyuruh dua orang yang membantu Baginda supaya mendudukkan Baginda sebelah Abu Bakr, mereka berdua pun mendudukkan Rasulullah SAW di sebelah kiri Abu Bakr, dan Abu Bakr mengikuti (beriqtida') dengan Rasulullah di dalam sembahyangnya, di samping memperdengarkan takbir-takbir kepada sekalian jemaah.


SEHARI SEBELUM WAFAT

Pada hari Ahad iaitu sehari sebelum wafat, Rasulullah SAW memerdekakan kesemua hamba sahaya, bersedekah dengan tujuh dinar yang Baginda miliki pada ketika itu, semua senjata-senjatanya diberikan kepada kaum muslimin. Di malam berkenaan Aisyah meminjam minyak untuk menghidupkan lampu dari jirannya, baju besi Rasulullah tergadai pada seorang Yahudi dengan tiga puluh (30) cupak beras bali.

Surat Rasulullah kepada Raja Najasyi

HARI TERAKHIR DALAM HAYAT BAGINDA

Anas bin Malik meriwayatkan katanya: Sekalian kaum muslimin yang sedang bersolat Subuh di belakang Abu Bakr di hari Isnin itu dikejut oleh kemunculan Rasulullah dari sebelah tabir bilik Aisyah sedang jemaah bersembahyang.

Baginda melihat dan memberi senyumannya, Abu Bakr pun berundur ke belakang untuk menyertai saf di belakang, kerana beliau menyangka Rasulullah hendak keluar bersembahyang.

Kata Anas lagi: Hampir-hampir sidang jemaah terpesona dengan solat mereka kerana gembira melihat Rasulullah SAW namun Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya meneruskan sembahyang. Lepas itu Baginda melepaskan tabir dan masuk ke dalam. Selepas itu Rasulullah SAW tidak berkesempatan lagi untuk bersembahyang lima waktu yang lain.

Semasa siang semakin cerah Rasulullah SAW menjemput Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu, menyebabkan beliau menangis, lepas itu Baginda memanggil Fatimah dan membisik kepadanya sesuatu menyebabkan Fatimah tersenyum, kemudian Aisyah berkata: Kami pun bertanya apa ceritanya?.

Jawab Fatimah: "Baginda membisik bahawa Allah akan menjemputnya melalui sakit yang Baginda alami ini, itulah yang membawa aku menangis, pada kali kedua Rasulullah SAW membisikkan bahawa daku ahli keluarganya yang diwafatkan Allah selepas Baginda, itulah yang menyebabkan daku tersenyum".

Selain dari itu Rasulullah SAW juga memberi khabar gembira (tabsyir) kepada Fatimah bahawa beliau adalah Syayyidah Nisa' al-'Alamin (Penghulu Wanita Dunia). Fatimah melihat beban kesakitan terlalu berat dialami oleh Rasulullah SAW. Beliau berkata: "Alangkah berat siksa bapa". Jawab Rasulullah SAW: "Tiada siksa lagi bagi bapamu selepas hari ini".

Di saat ini Rasulullah SAW memanggil al-Hasan dan al-Husain dan Baginda mencium kedua-duanya sambil berwasiat kepada mereka berdua dengan kebaikan, kemudian Rasulullah menjemput isteri-isterinya, menasihati dan memperingatkan mereka.

Kesakitan semakin bertambah, dan kesan racun yang Baginda termakan di hari Khaibar boleh dilihat, menyebabkan Rasulullah berkata: "Wahai Aisyah kini aku masih terasa sakit kesan makanan di hari Khaibar dahulu, inilah masanya aku mendapati nafas ku sesak terputus-putus kerana kesan racun itu". Rasulullah mewasiatkan orang ramai dengan sabdanya: "Solat, solat dan berbuat baiklah kepada hamba sahaya milik kamu". Baginda mengulangi ungkapan ini berkali-kali.

SAAT-SAAT NAZAK

Sandal Nabi












































Saat nazak mendatangi Rasulullah SAW, dan Aisyah bertindak membiarkan Rasulullah SAW bersandar kepadanya. Hal ini beliau ceritakan dengan katanya: "Sebenarnya di antara nikmat anugerah Allah ke atas ku di mana Rasulullah meninggal di rumahku, di hari giliran ku di antara dada dan leherku, dan mencantumkan di antara liur ku dan liur Baginda semasa kewafatan Baginda.

Sebelum itu Abdul al-Rahman bin Abu Bakr telah masuk ke bilik beliau dengan memegang kayu suginya, dan aku membiarkan Rasulullah SAW bersandar, kulihat Rasulullah SAW memerhati ke arahnya, ku sedar bahawa Rasulullah SAW suka dan hendakkan siwak SAW tersebut.

Justeru aku bertanya: Mahukah ku ambil untukmu Rasulullah? Rasulullah SAW pun mengangguk kepalanya, kemudian ku berikan siwak kepada Baginda, tetapi ianya keras sedikit dan ku berkata: Biarkan ku lembutkannya? Baginda menganguk kepalanya, dengan itu ku pun melembutkannya, maka Rasulullah SAW pun bersugi dengannya".

Dalam satu riwayat lain bahawa Baginda bersugi dengan sepuas-puasnya, pada masa itu terdapat sebuah bijana di hadapan Rasulullah berisi air di mana Baginda memasukkan tangannya untuk menyapukan air ke mukanya sambil berkata yang bermaksud: "Sebenar kematian ini ada sakarahnya" - al-Hadith.

Tidak berapa lama selepas Baginda selesai menyugi giginya, Rasulullah pun mengangkat tangannya ke langit atau jarinya diikuti dengan renungan matanya ke atas, disusuli dengan gerakan bibirnya. Aisyah telah mendengar ungkapan terakhir yang dilafazkan oleh Rasulullah (s.a.w) seperti berikut :

Bersama-sama dengan mereka yang telah Engkau kurniakan dan golongan para nabi, siddiqin, syuhada' dan salihin, Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah daku dan kasihanilah daku, letakkanlah daku dengan Kekasih yang Tertinggi, Ya Allah Ya Tuhanku Kekasih yang Tertinggi.

Baginda mengulangi lafaz yang terakhir sebanyak tiga kali dan tangan Baginda pun layu turun ke bawah, maka Baginda pun terus bersama Kekasih Yang Tertinggi. "Sesungguhnya kita ini bagi Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita semua kembali".

Peristiwa kewafatan Rasulullah ini berlaku ketika pagi sudah meningkat di hari Isnin dua belas (12) Rabiulawwal tahun kesebelas (11) Hijrah di waktu usia Rasulullah genap enam puluh tiga (63) tahun dan empat (4) hari.

Mihrab tempat Baginda Rasulullah SAW selalu solat di rumah Khadijah rha

Dalam episod yang sama, dari riwayat yang lain..

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah SAW melihat kepada orang ramai dan berkhutbah: "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah SWT, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Dengan suara terbatas Rasulullah SAW bersabda, "Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Pesanan ringkas itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah SAW yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar RA menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar RA dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman RA menghela nafas panjang dan Ali RA menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah SAW akan meninggalkan kita semua."

Keluh hati semua sahabat RA kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. Tatkala Ali RA dan Fadhal RA dengan cergas menangkap Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar, kalau mampu, seluruh sahabat RA yang hadir pasti akan menahan detik-detik dari terus berlalu.

Setelah itu Rasulullah SAW pun pulang ke rumah baginda. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaKu."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah RA tidak mengizinkannya masuk, "Wahai Abdullah (Hamba Allah), maaflah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah RA yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian Fatimah RA kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata. Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengari oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW bertanya pada Fatimah RA, "Siapakah itu wahai anakku?"

Fatimah RA menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayahanda, saya katakan kepadanya yang ayahanda dalam keadaan sakit. Ia memanggil dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW lantas berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah RA, "Tidak ayahanda."

"Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur."

Fatimah RA tidak dapat menahan air matanya lagi. Setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan bermula, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Fatimah RA maka Baginda SAWpun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan daku."

Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?"

Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan aku adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau dikau izinkan, kalau dikau tidak izinkan maka aku akan kembali." Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikulmaut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibrail? "Aku tinggalkan ia di langit dunia?" Jawab malaikat Izrail.

Baru sahaja malaikat Izrail selesai bicara, tiba-tiba malaikat Jibrail datang dan duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibrail, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?" Jibrail menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."

Rasulullah SAW bertanya lagi: "Wahai Jibrail, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah SWT" Berkata malaikat Jibrail, "Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti."

Berkata Jibrail: "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."

Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu malaikat lzrail pun memulai tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

Apabila ruh baginda SAW sampai ke pusat, dengan perlahan Rasulullah SAW mengaduh "Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini." Fatimah RA terpejam, Ali RA yang di sampingnya menunduk semakin mendalam dan Jibrail mengalihkan pandangannya dari Rasulullah SAW. Melihatkan telatah Jibrail itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibrail berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah SAW merintih kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali RA segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat RA saling berpelukan. Fatimah RA menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali RA kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW yang mulai kebiruan.

Ali RA berkata: "Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga, aku dengan Rasulullah berkata: "Umatku, umatku." Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal.

Berkata Anas RA: "Ketika aku lalu di depan pintu Aishah, ku dengar dia sedang menangis sambil mengatakan: "Wahai orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang yang keluar dari dunia dari perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'iir"


 KEPILUAN MENYELUBUNGI PARA SAHABAT

Rambut Nabi
Kini berita kewafatan Rasulullah SAW yang memilukan itu tersebar luas, suasana muram menyelubungi persada Madinah dan cerok daerahnya, kata Anas: "Tidak pernah ku melihat satu hari lebih ceria dan bercahaya dari hari kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah dan tidak pernah pula ku lihat satu hari yang lebih buruk dan muram dari hari kewafatan Rasulullah SAW".

Selepas wafatnya Rasulullah SAW puteri Baginda, Fatimah (r.a) telah mengucapkan suatu ungkapan: "Duhai ayahku, kau menyahut seruan Tuhamu, duhai ayahku, syurga al-Firdaus kesudahanmu, duhai ayahku, kepada Jibril jua kami bertakziah mengenai kewafatanmu"

SIKAP UMAR

Di hari itu Umar telah berdiri di hadapan khalayak ramai dan mengikut riwayat menceritakan bahawa beliau telah terkeluar dari kewarasannya dengan berkata:

"Sebenarnya terdapat beberapa orang munafiqin telah menyebut bahawa Rasulullah telah wafat, sesungguhnya Rasulullah SAW tidak wafat, cuma beliau pergi menemui Tuhannya seperti Musa bin Amran pergi menemui Tuhannya, Musa menghilang diri untuk selama empat puloh malam, kemudian Baginda pulang semula setelah orang berkata, yang Musa telah mati. Demi Allah, Rasulullah SAW pasti akan pulang semula, sesiapa yang menyangka bahawa Rasulullah SAW telah wafat mesti dipotong tangan dan kaki-kaki mereka.


PENDIRIAN ABU BAKR

Abu Bakr memecut kudanya, berlari dari rumahnya di al-Sanh, sesampainya ke perkarangan masjid beliau terus masuk ke dalam masjid. Tanpa bercakap sepatah pun dengan orang ramai beliau memasuki bilik Aisyah menuju ke tempat Rasulullah yang sedang berbaring ditutupi dengan kain.

Beliau membuka tutupan muka Rasulullah SAW, terus memeluk dan mencium muka Rasulullah sambil menangis dan berkata: "Demi dikaulah ibu ayahku, Allah tidak akan mengenakan kau dua kematian, adapun kematian yang ditulis ke atas mu ini sudah kau hadapinya".

Setelah itu Abu Bakr dan Umar keluar menemui orang ramai, di mana Abu Bakr berkata: "Wahai Umar sila duduk" Namun Umar enggan untuk duduk. Orang ramai pun melingkungi Abu Bakr dan membiarkan Umar di situ. Abu Bakr berucap kepada sidang hadirin dengan katanya:

"Adapun selepas tahmid dan syukur maka ingin ku menyebut di sini, sesiapa di antara kamu yang menyembah Muhammad sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati ".

Kemudian beliau membaca ayat Allah:

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur". (ali-Imran : 144)

Kata Ibn Abas: Demi Allah, di masa itu manusia ramai bagaikan tidak mengetahui bahawa Allah telahpun menurunkan ayat ini kecuali setelah Abu Bakr membacanya, dengan itu orang ramai pun menerima dan membacanya.

Kata Ibn al-Musaiyab: Umar telah menyebut: "Demi Allah, sebaik sahaja aku terdengar apa yang diunggapkan oleh Abu Bakr itu aku terasa kakiku sudah tidak berdaya lagi untuk berdiri, memanglah aku terus terhumban ke tanah sebaik sahaja mendengar apa yang dibaca oleh Abu Bakr itu, kerana aku sudah dipastikan dengan kewafatan Rasulullah".


KAFAN DAN PERSEMADIAN JASAD MULIA BAGINDA KE PEMBARINGAN TERAKHIR

Telah timbul perselisihan pendapat di antara para sahabat sebelum urusan perkafanan mengenai persoalan khalifah. Berlakulah perbahasan dan perdebatan di antara kaum Muhajirin dan al-Ansar di halaman rumah Banu Sa'adah yang mana akhirnya mereka semua bersetuju melantik Abu Bakr sebagai khalifah Rasulullah.

Perbahasan ini memakan masa hingga ke akhir hari Isnin, malah hingga masuk ke malam berikut menyebabkan orang ramai turut sibuk. Pengkembumian jasad Baginda tertangguh hingga ke malam Selasa malah hingga menjelang subuh hari berikut, di mana jasad Rasulullah yang penuh berkat itu terletak di tempat tidurnya, tertutup dengan kain menyebabkan ahli keluarga Baginda menutup pintu rumah.

Di hari Selasa barulah diuruskan mandi jasad Rasulullah SAW tanpa membuka bajunya, mereka yang bertugas memandikan Baginda ialah al-Abbas, Ali, al-Fadhl dan Qatham(kedua-dua anak al-Abbas), Syaqran (hamba Rasulullah), Usamah bin Zaid dan Aws bin Khawli. Abbas, al-Fadhl dan Qatham membalikkan badan Rasulullah, Usamah dan Syaqran menjiruskan air, Ali menggosoknya sedang Aws pula menyandarkan Rasulullah ke dadanya.

Kemudian mereka semua mengkafankan jasad Rasulullah SAW di dalam tiga lapis kain kafan berwarna putih tenunan dari al-Yaman, tidak berbaju atau berserban. Dikafannya jasad Rasulullah SAW ke dalam ketiga-tiga lapisan kain kafan tadi dengan cermat dan penuh hemat.

Di saat pekebumian sekali lagi kaum muslimin berikhtilaf tempat persemadiannya, namun kesudahannya Abu Bakr bangun dan berkata: "Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW pernah berkata: Tidak dimatikan mana-mana nabi kecuali di tempat itulah ia disemadikan".

Justeru itu maka Abu Talhah pun mengangkat tempat tidur Rasulullah SAW dan digalinya lubang sebagai kubur berliang lahad.

Sebelum itu kaum muslimin masuk membanjiri bilik Rasulullah SAW dengan bertali arus sepuluh selepas sepuluh, menunaikan solat jenazah, masing-masing tanpa imam. Mula-mula sekali Baginda disembahyangi oleh keluarga Baginda, kemudian Muhajirin diikuti oleh al-Ansar. Kaum wanita bersembahyang selepas kaum lelaki diakhiri oleh lapisan kanak-kanak.

Kesemuanya ini diselenggarakan pada hari selasa sehari suntuk, malah hingga ke malam Rabu. Kata Aisyah: "Kami bagaikan tidak menyedari pengkebumian kecuali setelah kami terdengar suara cangkul menggali tanah di tengah malam yakni malam Rabu.

TAMAT

~~terima kasih Ustaz Fadli Yusuf atas perkongsian ilmu ini~~

Kisah Jibril A.S. ,Kerbau,Kelawar dan Cacing

 Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, “hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelelawar. 

Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya”.

~~AKU TIDAK MAHU SUAMI KU BERDOSA~~

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sesempurna auratku


Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang haq dan batil


Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku


Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah fatamorgana


Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Kerana aku cintakan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku


Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku


Aku tak mahu suamiku berdosa...


" YA ALLAH, YA RABBI,
ampunkanlah segala dosa-dosaku & suamiku "


AMEEN YA RABBAL`ALAMIN

- 'edit' dari Artikel iluvislam.com


Wallahu`alam.

12.2.11

MESIR : Malaikat hadir bersama rakyat

Apabila orang-orang beriman memperjuangkan Islam sampai ke tahap bulat tekad dan keyakinan, maksima usaha dan teguh tanpa mereda, Allah swt sering mengutuskan malaikatNya untuk membantu menguatkan lagi jiwa dan kekuatan mereka, terutama ketika berhadapan dengan orang-orang kafir atau golongan yanag memusuhi agamaNya. Firman Allah swt bermaksud,


 “Sesungguhnya orang-orang yang berkata,’Tuhan kami adalah Allah’, kemudian mereka istiqamah, turun Malaikat kepada mereka (seraya berkata),’Jangan sekali-kali kamu takut dan jangan bersedih hati. Gembiralah dengan berita Syurga yang dijanjikan kepada kamu’. Kami adalah wali-wali (teman dan pelindung) kamu didalam kehidupan di dunia dan Akhirat. Kamu mendapat apa yang diinginkan oleh jiwa-jiwa kamu … “(Surah Fussilat : 30-31).




Cahaya berbentuk seekor kuda dan penunggangnya, yang dipercayai adalah Malaikat yang turun untuk meneguhkan lagi orang-orang beriman dalam perjuangan mereka. Setelah bergerak ditengah-tengah Rakyat yang membuat penentangan keatas regim boneka Zionis, cahaya tersebut beredar dengan naik ke langit. Jika ada pihak yang cuba merasional objek tersebut sebagai cahaya lampu kebetulan, atau foto superimpose dan sebagainya, ia tidak menafikan hakikat bahawa sejarah dan Al-Quran telah menyebut bahawa ia adalah suatu perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Itu sudah memadai sebagai pengajaran dan peneguh jiwa untuk kita.
Intifadhah Mesir 25 Januari 2011.
Dalam Perang Badar, bukan sahaja kewujudan para Malaikat telah sabit (pasti) melalui seerah Rasulullah saw, bahkan Allah swt sendiri telah menyebutnya di dalam Al-Quran. FirmanNya bermaksud, 


“Ketika Tuhan kamu mewahyukan kepada malaikat (pergilah kamu untuk bersama orang-orang beriman berjihad, dan katakan kepada mereka), ‘Sesungguhnya aku bersama kamu’, dan kamu (malaikat) teguhkanlah (jiwa dan semangat) orang-orang beriman. Aku (Tuhan) akan mencampakkan ketakutan kedalam hati-hati orang -orang kafir. Kamu (malaikat) pukullah diatas leher-leher mereka. Pukullah seluruh ubuh-ubun dari kalangan mereka. Ini adalah disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang menderhaka kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan balasNya” (Surah Al-Anfaal).


Semasa tentera Rusia masuk menceroboh Afghanistan (1978 – 1992) dan meletusnya Jihad Islami zaman moden Abad ke20, banyak kisah-kisah penglibatan para Malaikat diceritakan yang sampai kepada saya. Diantaranya ketika sekumpulan para Mujahideen hampir ditawan oleh tentera Rusia lalu mereka bertakbir beramai-ramai. Tiba-tiba semua tentera Rusia mengangkat tangan tanda menyerah diri, lalu para Mujahideen segera merampas senjata-senjata mereka yang dicampakkan ke atas tanah. Apabila ditanya, tentera Rusia mengatakan mereka lihat ramai tentera berpakaian putih datang untuk menyerang mereka. 

Yang menarik dan membangkitkan semangat luar biasa kepada saya ialah kisah-kisah pertolongan Malaikat ini diselang seli dengan kisah-kisah Karamah yang terlalu banyak untuk diceritakan disini, diantaranya sedang sekumpulan para Mujahideen melalaui satu tempat, mereka ditembak bertubi-tubi tanpa henti lantas mereka segera berbaring kerana terlalu banyaknya tembakan musuh kearah mereka. Selepas berbalas tembakan dan mengalahkan musuh, mereka membuka serban mereka dan mendapati puluhan atau ratusan peluru musuh bersarang terkumpul di dalam serban-serban mereka sedang kepala dan badan mereka sedikitpun tidak cedera.



Medan Tahrir, kini dipanggil Medan Syuhadak adalah tempat meletusnya Revolusi 25 Januari 2011. Seramai 300 orang syahid.
Jihad Islam di  Bosnia Herzegovina tidak kurang kaya dengan kisah-kisah pertolongan Malaikat. Antara yang saya dengar ialah diantara tentera musuh (Serbia) yang ditawan bertanya kepada tentera Mujahideen, 


“Siapakah tentera-tentera yang menolong kamu tu, saya lihat tinggi mereka 5 meter !”.


Dalam satu kisah yang lain sekumpulan Mujahideen bertembung dengan musuh dan berlaku tembak menembak diantara mereka. Setelah beberapa ketika tidak ada kedengaran tembakan dari pihak musuh. Mereka senyap. Mujahideen menyangka musuh hendak membuat tipu helah lalu mereka terus menunggu dan berhati-hati. Setelah sekian lama menunggu akhinya mereka pergi mendapatkan musuh dan mendapati kesemua mereka telah mati tanpa ada sebarang kesan tembakan mengena anggota badan mereka.
Berusaha menjaga anggota dari terkena peluru, batu atau objek-objek yang merbahaya.
Berundur jauh sekali.
Kekuatan senjata melawan kekuatan jiwa dan keyakinan.
“Kamu tidak menunggu dari kami melainkan salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid)” (Al-Quran).
“Ketahuilah bahawa kemenangan dari Allah itu dekat” (Al-Quran).
Samada hidup mulia atau mati syahid. Adapun hidup ditindas regim boneka Zionis adalah hidup dalam penyerahan diri dan kehinaan. Ia mesti berakhir atau diakhirkan oleh orang-orang yang mengejar kemuliaan.
Jika dilihat dari kisah-kisah diatas, lebih-lebih lagi dari ayat-ayat Al-Quran itu sendiri, Allah swt menghantar pertolonganNya kepada orang-orang beriman berupa apa sahaja termasuk para Malaikat adalah ketika dan setelah berlakunya jihad dan usaha yang bersungguh-sungguh dari diri para pejuang itu sendiri. Ia jarang datang sebelum ianya berlaku, apatah lagi jika sekiranya manusia itu leka, lalai dan meninggalkan tanggungjawab berjuang untuk agama Allah swt. Dalam ayat pertama di atas, Allah menurunkan Malaikat hanya selepas orang-orang itu berkata, 
“Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka istiqamah (tetap teguh) dalam perjuangan Islam. 


Memahami hakikat ini juga boleh mengelakkan seseorang dari hanya sekadar mengharap sesuatu kekuatan luar biasa sahaja untuk mendapat kemenangan dalam perjuangannya, tanpa dia sendiri berusaha bersungguh-sungguh kearah mencapainya. Dalam masa yang sama jika Allah swt mengutuskan para MalaikatNya dalam sesuatu perjuangan menunjukkan ia adalah perjuangan yang diberkati dan restui oleh Allah swt.
“Allahumma nasruka allazi wa’adtana” (Ya Allah, kami memohon kemenangan yang Engkau telah janjikan kepada kami). (Doa Nabi saw sebelum Perang Badar bermula).
Ya Allah, berkatilah perjuangan kami. Bantulah kami dengan pertolongan para MalaikatMu. “Ya Allah, teguhkanlah pendirian kami. Menangkanlah kami dalam berhadapan orang-orang kafir” (Al-Quran).
Ustaz Halim   www.inijalanku.wp.com

Ilhal Mubarak! Ilhal Mubarak! Laungan yang bermakna 'Berambus, Mubarak, Barambus!' bergema seluruh Mesir~~~MUBARAK LETAK JAWATAN

Sumber Malaysiakini
Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir
Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

KBerita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.
NONEPresiden dan keluarnya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.
NONEEnam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.


Mubarak undur, tentera ambil alih Mesir

11.2.11

say NO to Valentine's Day...

segan nak tunjuk gambar remaja ISLAM...yg ni pun ok la kot

Alhamdulillah bersyukur  ke hadrat illahi kerana diberi keizinan untuk meneruskan kehidupan dan merayap di alam maya ini. Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari je lagi kita akan sampai ke tarikh 14 Febuari....tarikh yang memang ditunggu2 oleh setiap pasangan kekasih. Apalagi kalau bukan Hari Valentine.... Sebenarnya bukan tak ada Ulama, Ustaz, Ustazah yang mengingatkan kita hukum merayakan hari valentine ni......tapi manusia ni cam biasalah apa yang dilarang, apa yang haram itulah yang seronok nak buat...
haaaa...ni la hasil malam 14 FEB


Kalau rajin merayap dengan bantuan encik google banyak je en3 pasal larangan bagi UMAT ISLAM merayakannya......siap dengan klip video yang menunjukkan hasil di perolehi 9 bulan kemudiannya lagi....grrrrrr tapi tak juga insaf dan sedar diri...nak kata buta IT kang nanti marah tapiiiii.....
NI sekali lagi cikpuan aiyang nak kongsikan apa kebendanya Hari Valentine yang anda sibuk sangat nak bagi kad lah, bungalah, hadiahlah, bagi kisslah...dan yang paaaaaaaling best nak bagi dara pun ada sebagai bukti betapa sayangnya anda kepada kekasih anda.......(dah tak sabar nak tunggu malam pertama kot....huhhhhh)
AWAS JAKIM nak buat operasi!!!!
CERRR BACA...CERRR BACA lagi.........
Tahukah anda jika anda menyambut hari valentine, anda secara tidak langsung menyembah anak kepada tuhan Venus dan Mars (mengikut kepercayaan Roman) yang bernama Cupid. Cupid merupakan tuhan/dewa kepada kasih sayang atau cinta. Bukankah akidah kita sudah terpesong jika menduakan Allah?.
Terdapat 3 peristiwa atau pendapat yang membuktikan kewujudan Valentine iaitu.
Peristiwa 1 :
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Peristiwa 2:
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Peristiwa 3 :
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.
Terkedu sebentar ketika aku membaca sejarah valentine pada peristiwa ketiga. Ianya hampir sama dengan peristiwa 1 April iaitu April Fool. Bayangkan, selama hari ini pemuda Islam menyambut hari kejatuhan Islam di Cardova dengan riangnya. =.=’
Hari Valentine tiada langsung berkaitan dengan budaya Islam. Jadi tak perlulah korang membazirkan harta atau duit korang untuk menghadiahkan apa-apa barangan kepada kekasih haram. Biarlah kita dimurkai oleh manusia kerana mencari redha Allah, tapi jangan sampai kita dimurkai oleh Allah kerana mencari redha manusia.
Kesimpulannya, aku malas nak tulis panjang-panjang nanti korang akan bosan. Daripada celebrate Hari Kekasih Haram tu, korang manfaatkan dengan melakukan sebarang aktiviti berfaedah bersama keluarga ke, mengeratkan hubungan ukhwah dengan rakan-rakan ke.
PALING PENTING PADA ESOKNYA 15 FEB. TU BERSAMAAN 12 R'AWAL ADALAH HARI MAULIDUR RASUL.....JOM KITA MERAYAKANNYA...CINTAI RASUL ANDA...ANDA PASTI TIDAK AKAN KUCIWA
Wallahuallam


TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...