IMBASAN: TRAGEDI PESAWAT JAL TERHEMPAS DI SUNGAI BULOH

By
Advertisement
Cerita yang selalu aku dengar dari mulut mak  masa aku kecik2 dulu   sebab mak antara penduduk kampung yang turut serta pergi ke tempat kejadian. Tapi sebab aku masih kecik aku cuma mendengar cerita emak tanpa perasaan  walaupun emak bercerita penuh perasaan. Tak sangka bila di google ada rupanya kisah ini di alam maya. Sekadar perkongsian....



KETIKA hujan lebat melanda sekitar Subang pada petang 28 September 1977, tiada siapa menyangka ia membawa petanda buruk.

Bahkan, ketika pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) terhempas di Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur, sehingga mengorbankan 33 penumpang dan anak kapal, pekerja ladang yang tinggal di situ langsung tidak mendengar sebarang letupan akibat cuaca terlalu buruk.


Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pasukan polis tiba bertanyakan mereka sama ada melihat pesawat terhempas atau tidak. Penduduk kampung turut membantu pihak berkuasa menjejak bangkai pesawat tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan atas faktor keselamatan.

Kebiasaannya, amat jarang berlaku penumpang terselamat dalam mana-mana nahas pesawat, tetapi kejadian kali ini dianggap sesetengah pihak sebagai ajaib kerana 45 daripada 79 penumpang termasuk 10 anak kapal terselamat.

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke Singapura melalu Hong Kong dan Malaysia. Berdasarkan jam tangan seorang mangsa yang mati, ia dikatakan detik terakhir jam itu berdetik ialah pada 6.55 petang dan pihak berkuasa percaya itu adalah waktu terhempas




Berdasarkan cara pesawat itu terjatuh dan patah tiga selepas merempuh pokok getah dan batu besar, ramai yang tidak percaya begitu ramai yang terselamat.

Daripada 69 penumpang, lapan daripadanya adalah rakyat Malaysia membabitkan lima terkorban dan tiga selamat. Mangsa lain ialah rakyat Jepun (29), Amerika Syarikat (lima), Belgium (lima), Jerman (tiga), Hong Kong (tiga), masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan.

Hanya seorang daripada 10 anak kapal itu terselamat iaitu pramugari Seiko Mano. Kapten pesawat, T Moriski, 36, yang mempunyai pengalaman melakukan 6,500 jam penerbangan dan berkhidmat dengan JAL sejak 1965 turut terkorban.

Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk. 



Sebaik saja pesawat itu terbang rendah ia dikatakan mencecah ladang getah dan memotong pokok sehingga ranap kawasan berkenaan menjadikan ladang itu sebagai padang besar. Bagaimanapun, tiada pihak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian.

Pasukan penyelamat mengatakan bahagian pesawat bertaburan di merata tempat dan cebisan mayat mangsa juga ditemui berkecai dan hancur.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie memuji kecekapan juruterbang ketika mendarat cemas kerana berjaya menyelamatkan nyawa ramai penumpang.

"Sebagai seorang juruterbang, saya kagum dengan kecekapannya. Pasukan penyelamat juga berusaha gigih menyelamat mangsa yang parah, jika tidak mungkin ramai lagi yang terkorban," katanya.

Masalah hujan lebat mengganggu kerja menyelamat yang terpaksa menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang menimpa pesawat. Penyelamat menemui beberapa bahagian kepala, tangan, kaki dan tubuh mangsa melekat pada pokok dan serpihan badan pesawat.

Mayat dihantar ke Hospital Universiti (HU) tetapi bilik mayat hanya mampu menampung 12 mayat dan bakinya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) menggunakan lori.

Naib Presiden Eksekutif JAL, Y Takagi, yang tiba di Malaysia sebaik dimaklumkan mengenai kejadian mengumumkan pihaknya menawarkan kemudahan penuh membawa pulang mereka yang terselamat dan mangsa terkorban serta bersedia membayar pampasan mengikut peraturan antarabangsa.


INFO: Kejadian pesawat terhempas di Sungai Buloh

Kotak hitam ditemui di dalam bangkai pesawat dan dibuka di depan semua pihak berkuasa Malaysia, Jepun dan Australia untuk mencari punca nahas.

Pasukan pakar JAL dan Syarikat Mac Donnel Duoglas (Amerika Syarikat turut menyiasat tempat kejadian).

200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka.

Kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat.

Pasukan penyelamat menemui beberapa nota menyedihkan di tempat kejadian iaitu kad bertulis, "Selamat tinggal dan mudah-mudahan selamat. Andainya kau mesti pergi, pergilah".



sumber: sini


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.