4.7.12

Tengok je, jangan komen lebih-lebih, kang kena murka.... :)




Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar. "Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini. "Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker. Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. ~malaysiakini


terdahulu TM juga pernah mentwitt :

tengok lagi di sini

ps: sesiapa yang sering melawat blog uncle seekers (pakcik) tu memang dah 'lali' dan macam seronok baca tulisan beliau yang menghentam kerabat Johor ni dan takde sapa pun peduli hinggalah kecoh isu plat www 1 gara2 twit YB Nizar..... kemudian selepas itu ada blogger pr cabar supaya orang2 umno pegi buat laporan polis sebab blog dia nih lagi menghina sultan.
Bagi aku itu satu kesilapan lah....... biar je lah pakcik tu dedahkan apa yang berlaku... biar rakyat tahu...  lainlah kalau apa yang pakcik tu tulis adalah merapu dan fitnah semata2.
betul tak pakcik?



✿*~ kalau suka jangan lupa tekan 'like' ye ~*✿

3 comments:

Athirah said...

hai aiyang :D singgah sini, xnak kome, takut T.T

Sari said...

ehee.... tq sebab singgah ye

yusuflaili(Goku) said...

rasanya macam kita diperhatikan je..apa2pun raja pun manusia yang lemah jugak..mesti berdosa dan berbuat salah juga,tegur menegurkan ajaran Islam tak kiralah orang tu siapa..dulu lain sekarang lain rakyat dah bijak2 semuanya kalau ada yang bodohpun cuma lembu,kambing,ayam atau itek.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...