20.2.11

HUDUD BUKAN PAS PUNYA


ini bukan sajak provokasi
ini bukan sajak politik
ini sajak akidah

1

Hudud
kata jamak
Had

2

Al Quran kalam Allah
qadim

3

Semua syariat
relevan
untuk umat zaman
rasul yang diutus

Nabi Muhammad saw
Rasul akhir zaman
semua syariat
setelah kedatangan Islam
terbatal

4

Pada hari ini
Aku sempurnakan agama kamu - al ayah

5

Apa yang ternakal dalam Al Quran
adalah decree
"Hendaklah kamu menghukum di kalangan mereka
dengan apa yang diturunkan oleh Allah" - al ayah

6

Jika PAS gagal mensohorkan HUDUD
sebab di Malaysia masyarakat majmuk
jangan mencebik bibir
jangan seronok
sebab HUDUD BUKAN PAS PUNYA
HUDUD ALLAH PUNYA

7

Apakah HUDUD akan bisa direalisaikan
dengan bahtera demokrasi?

8

Mungkin Arab Saudi mudah
sebab semua penghuninya orang Islam

9

Apakah alasan yang akan diberikan semasa bertemu Allah di Yaumli Mahsyar
kerana tidak melaksanakan HUDUD
maka akan ada manusia yang bercakap depan Allah
O ALLAH
HUDUD IS NOT EVERYTHING IN ISLAM
emmmmmmm............
berani cakap macam itu depan Allah????????

10

"Kalau kita laksanakan HUDUD
nanti jadi kacau
sebab orang tak faham
akan berlaku kekacauan"

Ini minda pilihanraya
pilihanraya akan datang
parti yang memperjuangkan HUDUD akan kalah
sebab ramai orang kena potong tangan

11

Minda dunia
ingat dunia
minda akhirat
ingat akhirat


12

Di dunia kita boleh membuat macam-macam alasan
di Yaumil Mahsyar
"Pada hari ini kami kunci mulut mereka
dan kami jadikan tangan mereka berkata-kata
dan kaki mereka menjadi saksi
akan apa yang mereka lakukan semasa di dunia"- surah Yassin

13

HUDUD ALLAH PUNYA
sokong tak sokong
ALLAH YANG AKAN MENILAI DI AKHIRAT.


Ramli Abdul Rahim

2 comments:

alexayussida said...

tapi negara kita pmerintahan liberal dan sanggup mengasingkan islam dr politik sdangkan mereka tahu islam itu wajib dalam smua aspek..n mentaliti masyarakat juga perlu di ubah..kenapa hudud dikaitkan dgn politik sdangkan jelas n nyata dlm quran Allah bgtaw..sbb tuh la bnyak sangat malaun n penjenayah kat msia tu..awal2 mncuri2 lama2 mmbunuh..kalau awal2 dah kena ptg tgn,takdela org nk curik n bunuh lagi..haih..

Sari said...

yupp..setuju ngan anda!!

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...