Mesti Baca dan Share: Kalam | Tarbiyyah Penjara bagi seorang Ulama

By // No comments:



Salah seorang ulama besar di Mesir Dr Solah Sultan telah dipenjarakan di Mesir/ sejak rampasan kuasa oleh tentera di sana pada tahun 2013. Baru-baru ini beliau ada menulis sebuah surat berkenaan pengalaman beliau di dalam penjara:

Allah SWT telah memberi hidayah kepada ku serta aku berasa gembira dengannya hingga akhirnya aku dikurniakan nikmat-nikmat berikut disini (penjara):

1-Aku telah khatam Al-Quran lebih daripada seratus kali di dalam bacaan Solat, bacaan yang banyak mempengaruhi akal aku, memandu hari aku serta merubah tindakan aku.

2- Aku telah mendapat ijazah dalam periawayatan Hadis Bukhari, ini adalah cita-cita aku sejak sekian lama.

3- Aku telah membaca ratusan kitab berkenaan tafsir, fiqh, usul fiqh, bahasa dll yang mana bacaan tersebut kebiasaannya aku memerlukan tempoh 5 tahun untuk baca.

4- Aku telah menulis buku berkenaan manhaj alquran dan tafsir, iman dan akhlak, fiqh dan fatwa serta 50 kisah daie qudwah di seluruh dunia.

5- Aku telah mengenali perlbagai kelompok pemuda yang beriman serta teguh keazaman dan cita-citanya. Liqa bersama-sama mereka adalah syurga kedua disini setelah syurga berkhalwat bersama Allah SWT.

6- Aku telah dikurniakan mereka yang berada disekeliling aku yang aku merasakan mereka seperti adik beradik, saudara kandung aku.

7- Aku bernazar untuk berpuasa pada siang hari sepanjang aku disini kerana aku yakin doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak serta sentiasa mustajab.

8- Aku berdoa setiap malam sebelum aku tidur supaya Allah SWT tidak mengharamkan di dalam mimpi aku apa yang dihalang untuk besi penjara ini. Lalu Allah SWT menerima doa aku ini sehingga aku bermimpi menunaikan solat di masjid, menziarahi persatuan Islam di serata dunia timur dan barat, menghadiri perbincangan syara serta ilmiah di pelusuk dunia.

9- Aku menjaga kesihatan makan minum aku serta aku melakukan riadah harian hinggakan aku yakin sebahagian rutin riadah aku tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan mereka yang berumur 20-an.

Tidaklah penjara bagiku melainkan aku berasa ianya memberi kebaikan pada kami dan keburukan pada mereka (orang-orang zalim), mengangkat darjat kami dan terus menghina kedudukan mereka.

Penjara bagi aku telah mengurniakan dua cahaya bagiku iaitu: Cahaya kesabaran itu suatu perkara yang indah serta cahaya kesabaran itu dengan terus teguh istiqamah.

Bergembiralah wahai saudaraku, ahli keluargaku, sesungguhnya cita-cita mendahului perbuatan maka sesungguhnya kemenangan itu hampir. Demi Allah, aku tidak pernah berdoa untuk kamu siang dan malam sebanyak mana seperti yang aku doakan di dalam penjara ini, aku merasakan tempoh bilangan doa sebegini adalah seperti 10 tahun jika aku di luar sana. Lalu janganlah kamu lupa doa untuk kami yang dizalimi disini.

16 November 2014
Syeikh Dr Solahuddin Sultan



KALAKATAR & KACANG POOL DI MAHA 2014

By // No comments:

Akhirnyaaaaa......dapat juga merasa bagaimana rasanya kuih kalakatar.
Semangat ai nak pergi MAHA 2014 sebab ada ternampak seseorang post  kat fb ada gerai jual kuih ni kat sana. Alhamdulillah..... pergi pagi dapat park kereta kat atas sekali dekat dewan makan. Masuk pintu je dah jumpa.
Kalakatar ni kuih tradisional orang banjar (kulaan nireng jangan tak  kuriheng). Rasanya seperti kuih bingka.
Oooooh...... macam ni je kuihnya ye....
Nama lain bagi kalakatar bingka nyiur anum.... nyiur anum tu kelapa muda.

Masa nak balik singgah makan lagi..... pusing2 tengok juadah apa yang belum pernah makan.
Jumpa gerai jual kacang pool.
Tengok ramai yang beli ...ai pun beli jugak la... tak pernah rasa la katakan.
Lagi pun tengok roti bakar dengan telur tak berapa masak tu macam mengancam je.
Rasanya...... hurmmmm..... tak tau nak cakap sedap ke apa ye.
Roti dan telur tu sedap....kuah kacang tu yang tak biasa ...
mungkin sebab first time.....
jadi sesiapa yang belum pernah rasa  dua jenis makanan di atas boleh cuba. 
Kacang pool tu memang  terkenal  di Johor Bahru je kan. 





Tudung Denim Chiffon Adriana M

By // No comments:












HARGA RM 55 TIDAK TERMASUK POS. 
(POS RM 6 SEMENANJUNG DAN RM 9 SABAH/SARAWAK)
WHATSAPP /SMS -> NAMA - ALAMAT - NO HP- KOD TUDUNG KE 012 311 7349
HARD awning
Material:
Body: Denim + Chiffon
Awning: Denim
Size: M
Design for body:
1. Denim
2. Printed chiffon (top layer)
3. Denim with printed chiffon border (bottom layer)
Measurements:
Labuh depan: 16-17.5"
Labuh belakang: 25-27"
Lebar bawah: 33-35"
Saiz muka: 10.5-11.5"
Please expect some differences from the measurements given
Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings

JUBAH SWEETMUSLIMAH

By // 2 comments:

Assalamualaikum... adik dan kakak manis...
jemput cuci mata dan shopping di sweetmuslimah.com....  hanya klik mana2 gambar di bawah ye.




Baju Muslimah


Baju Muslimah



Koleksi Jubah Cotton



SHOCKING VIDEO - LIHAT DAN TONTON SENDIRI

By // 2 comments:




Salam Jumaat yang barakoh. Sekadar perkongsian.... jom rawat diri dengan ayat-ayat Alquran. Baca pada komen2 di fb ada yang muntah bila mendengar ayat-ayat ini walau hanya menonton video ini. 
Dipenghujung video ada ditunjukkan bagaimana mengunci jin dan menyiksanya. 
Betapa lemahnya jiwa anak Adam hingga syaiton bisa duduk bertahta di dalamnya. 
Teringat dulu ketika di pusat rawatan Ustaz Ismail Kamus di Gombak.... beginilah keadaan sesetengah pesakit bila di bacakan ayat-ayat Ruqyah. Ada yang muntah berterusan ada yang menjerit kerasukan. Allah... Allah.... 

Semoga Allah melindungi kita...aamiin.

Minyak Ikan Terbaik Tentulah Omega Guard!

By // 1 comment:
Assalamualaikum....
promo Omega Guard datang lagi
alhamdulillah 3x
dibawah disertakan lagi testimoni pengguna 
rupanya ramai yang sembuh athma dengan pengambilan omega.
Yeppp.... anak saya pun dah jarang athma sejak amalkan chew c shaklee.... nak suruh telan omega memang dia tak mau... 
jom baca testimoni mereka





Kelebihan Omega Guard Yang perlu anda ketahui selain menurunkan kolesterol sebenarnya ia juga merawat penyakit gout.
Omega juga boleh kempiskan perut !!!!


Promosi beli 6 free 1 adalah sepanjang bulan november ni... jadi jangan lepaskan peluang
Hubungi saya 012 3117347 untuk pertanyaan dan pembelian.

HARGA RM 136 = 90 CAPS


Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.