#DRUG-FREE - SEJAUH MANA SHAKLEE BERKESAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT

By // 2 comments:

DRUG-FREE LIVING 

Hasil dari perkongsian group shaklee yang saya sertai..... ramai rupanya yang berjaya menghentikan pengambilan ubat-ubatan (drug-based) sejak mengamalkan shaklee.

Macam saya .... tak pernah ambil ubat kolesterol statin (lovastatin) walaupun tinggi pernah jejak angka 13. 
Saya kawal dengan supplemnent walaupun belum kenal shaklee. Dah kenal shaklee lagi rasa bersyukur sebab memang nampak kesan perubahan pada kesihatan saya. Gout berkurang dan semakin hilang.... kadang2 je ada kalau makan seafood berlebih-lebih... hehe. Tapi saya tak pernah lagi sampai kena telan ponstan.
Jom baca testimoni sahabat-sahabat dari geng shaklee iReach.... semoga memberi panduan kepada anda yang membaca entri ini untuk memilih supplement yang sesuai dengan anda.










Ohsem! Kad Undangan Perkahwinan Yang Buat Orang Tersengih

By // 1 comment:

Kreatif pasangan pengantin ni kan.... 
mesti sesiapa yang dapat akan tergelak ...tersengeh semasa membacanya.
Mungkin terinspirasi dari kertas soalan UPSR yang bocor hari tu maka kad undang perkahwinan ala-ala kertas soalan peperiksaan ini terhasil.
Tahniah bakal pengantin .....
semoga kekal bahagia ke anak cucu.





SHAWL BUTTERFLY 2 LAYER BERCORAK & PLAIN

By // 1 comment:
Shawl Butterfly 2 Layer (Bercorak)

RM 65 TIDAK TERMASUK POS
Material:

Body: Chiffon georgette
Awning: Cotton

Instant shawl with soft awning

Measurements:
Labuh depan: 19-21"

Labuh mungkin berbeza bergantung pada cara pemakaian

Please expect some differences from the measurements given

Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings


































Assalamualaikum 
kepada semua pengunjung blog yang pernah bertanya tentang shawl butterfly dan lain2 tudung dan tidak mendapat respon sy minta maaf krn stok tudung adalah  terhad sementara pasaran pula luas (secara online). Saya harap sista2 semua dapat memberi kod tudung nama alamat dan no hp terus semasa urusan pertanyaan stok. kalau ada senang nak booking terus....
jika stok habis saya minta maaf banyak2 ye...
sila sms/wassap ke 012 3117349. Terima kasih.

Gout: Penawar Mudah Dan Murah

By // 1 comment:


Bagi penderita gout, masih ramai lagi yang tak sedar akan penawar yang pantas dan berkesan untuk merawat kesakitan boleh diperolehi dengan harga yang murah dan lebih mengejutkan, ia boleh dibeli di kedai-kedai runcit, bukan saja dari farmasi atau klinik.

Pesakit gout menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Segalanya bergerak perlahan. Sebahagian aktiviti yang dilakukan selama ini terpaksa dikurangkan atau dihentikan terus. Lebih-lebih lagi mereka yang menerima serangan gout di bahagian kaki. Ia menyebabkan segala aktiviti seharian mereka terbatas. Ada yang tidak boleh berjalan atau terpaksa menggunakan tongkat. Ada pula yang menggunakan kerusi roda.

Jika pergi ke klinik atau hospital, sudah tentu doktor akan berikan ubat ibuprofen atau colchicine atau yang seangkatan dengannya untuk mengurangkan gejala kesakitan pada anggota tubuh yang diserang. Ibuprofen boleh mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya seperti serangan jantung dan strok jika digunakan dalam jangka masa yang panjang. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman di dalam perut. Keadaan seperti ini semuanya boleh membawa maut.

Colchicine berfungsi mengurangkan bengkak dan kesakitan akibat pengumpulan asid urik yang berlebihan. Perlu diketahui hanya jenama Colcrys sahaja yang mendapat kelulusan FDA untuk ubat colchicine ini. Jika anda menggunakan colchicine dalam tempoh yang lama, darah anda perlu diperiksa selalu. Ubat ini tidak sesuai untuk penderita penyakit buah pinggang dan hati.

Maka untuk mengelak dari mendapat semua kesan sampingan di atas, TSM ingin memberikan panduan kepada penderita gout untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik dan tiada kesan sampingan dalam merawat atau mengurangkan kesakitan gout.

Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat gout dari rumah dan ia boleh disediakan sendiri oleh penderita gout:
1. air alkali seperti jenama ECPI (TSM tidak menerima sebarang imbuhan dengan mempromosi jenama ini)
2. cuka epal
3. madu lebah
4. air bertapis

Air Alkali 
Kesakitan gout disebabkan pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam darah dan akhirnya ia berkumpul dan membentuk kristal tajam yang menyebabakan penderita merasa sakit yang amat sangat pada bahagian sendi yang diserang. Oleh itu, tubuh pesakit memerlukan bahan yang bersifat alkali untuk membantu memberi keseimbangan asid-alkali dalam tubuh.

Cuka Epal (Apple Cider Vinegar) 
Cuka epal terhasil dari proses fermentasi (penapaian) buah epal. Cuka epal membantu meleraikan makanan di dalam tubuh dan mengelak bakteria merbahaya dari berkembang biak, membantu mempertahankan dari jangkitan dan membersihkan darah serta melancarkan peredaran darah. Ia juga memastikan kesihatan buah pinggang. Ia memecahkan kristal yang terbentuk dalam buah pinggang akibat pengumpulan asid berlebihan dan melarutkannya. Cuka epal ini tinggi kandungan pectin dan pelbagai mineral, vitamin serta beta-kerotina (yang melawan radikal bebas dan membantu pertumbuhan sel-sel baru), ketones potassium (membuang toksin dan mengawal tekanan darah), asid malic dan asid asetik (melawan jangkitan kulat dan melegakan dari kesakitan sendi). Asid malic juga meleraikan asid urik dan mebantu mengeluarkan ia dari tubuh. Asid amino pula bertindak sebagai antibiotik dan antiseptik yang mengurangkan tahap toksik dalam tubuh.

Berikut ialah resepi untuk mengurangkan kesakitan gout pada kadar segera:
a. 1/2 liter air alkali - diminum terus
b. 1 sudu teh madu lebah
c. 2 sudu makan cuka epal
d. 1 gelas air masak bertapis

Mula-mula sekali, minum air alkali sebanyak setengah liter. Selepas habis minum, mulakan dengan resepi merawat gout. Campurkan kesemua bahan b, c,  dan d di atas (seeloknya gunakan air suam untuk melarutkan campuran). Minum setiap pagi, petang dan sebelum tidur, insyaallah anda tidak lagi akan diserang kesakitan dan jika diamalkan secara berterusan, anda akan dijauhkan dari penyakit gout dan arthritis.

(perlu diketahui bahawa cuka epal mempunyai tahap keasidan yang tinggi dan menghakis gigi, maka sebaiknya gosok gigi sebelum tidur dan selepas meminum resepi di atas.)  

Kesannya mungkin berbeza mengikut individu tetapi bukti yang diperolehi oleh TSM, ia mula menunjukkan kesan positif selepas 20 minit meminumnya dan penderita gout yang mengamalkan cara ini memakan udang pada malamnya tetapi tiada serangan gout pada esok paginya.Inilah sebahagian keajaiban dari alam semulajadi yang masih belum ramai orang memperakuinya.

Anda tidak perlukan ibuprofen atau colchicine dan bebas dari kesan sampingan.Buah pinggang anda juga selamat dari kerosakan. - Artikel oleh The Secret Medicines


 Sumber dari http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/02/gout-penawar-mudah-dan-murah.html

TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN PHYTOCOL-ST

By // 1 comment:

Bismillah...... malam ni mula ambil phytocol-st. 
Dua biji setiap kali selepas makan dua kali sehari,
Phytocol-st ni supplement terbaru Shaklee ... baru tahun ni 2014 di keluarkan. 
Fungsi utamanya adalah untuk menurunkan kolesterol.
Nak tau tentang kolesterol ku dan usaha-usaha yang telah ku lakukan untuk menurunkannya.... baca SINI.

Setakat ni kolesterol telah turun dari belas-belas tu tau..... sekarang ni sejak amalkan set shaklee omega guard dan alfalfa dah banyak perubahan. Tapi tetap masih ada lagi sikit... huhuuhh degil noooo....sedegil tuannya yang tak reti2 jaga pemakanan dan malas bersenam.


Jom tengok testimoni lagi





APAKAH KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?

  • Diperbuat daripada campuran bahan semulajadi yg mengandungi sterols & stanols tumbuhan yg dikenali sebagai 'phytosterols'. 
  • Penagmbilan 4 biji Phytocol-ST dalam sehari, adalah memenuhi keperluan 2000mg phytosterols yg diperlukan untuk menurunkan paras kolesterol manusia dewasa.
  • Kandungan phytosterols di dalam Phytocol-ST telah diperakui oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) untuk membantu menurunkan paras kolesterol.
  • Tidak mengandungi pewarna mahupun perisa tiruan.
  • Dijamin halal, selamat & berkesan. Tidak mempunyai kesan sampingan yg buruk.



HARGA RETAIL: RM197 sebotol
Kuantiti: 120biji
Durasi pengambilan: 1 bulan

*Dapatkan dsikaun 20% apabila anda mendaftar sebagai Ahli Shaklee.

sms/whatsapp 012 3117349

Promosi Oktober vs Tragedi Oktober

By // 2 comments:
Mana satu nak cerita dulu ni.... promosi ke tragedi?
Promosi dulu la ye...



PROMOSI OKTOBER -----> ESP

Sejak join ahli Shaklee tahun lepas dah berapa kali bertemu dengan Promo ESP ni. Baru bulan Mac yang lepas promo dah promo lagi bulan ni. Apa best sangat ESP ni?
Ingat tak cerita tentang kawan saya AS ? Pasal kutil tu....(klik SINI)
Saya sambung lagi.....
disebabkan dia ambil ESP berterusan maka satu kejadian yang tak diingini telah berlaku kepada kawan saya ni. As jadi kurus! Sangat kurus! Sampai kan ramai yang tegur terutama  jiran-jiran kat sini. Tapi kurus2 pun makan ya rabbi.... macam bela hantu raya. Selalu panggil dia telaga buruk. Dia pulak selamba aje cakap ni saka As ni yang makan kak..... haha. Maaaakannnn aje kerja dia.
Hingga lah suatu hari dapat wassap dari dia....

 

Satu minggu je stop ESP ... dia diserang gastrik semula. As memang ada gastrik... selalu migrain jugak. Patutlah dia tak boleh stop ESP. Jadi kesimpulannya..... Orang yang ada gastrik boleh cuba ambil ESP. 
Camne nak kurus dengan ESP pun boleh tanya As. Wassap je dia 019 3145494. 
Kenapa tanya dia.... sebab dia lebih banyak jual ESP dari saya. Kawan2 yg kenal dia semua tak percaya itu dia.... jadi sila tanya dia sendiri hihi.


Abis promosi sambung TRAGEDI Oktober pulak.
Boleh agak tak apa agaknya...kakaka
Sensitip ni.... ramai yang naik minyak sejak malam semalam.
Apapun syukurlah Malaysia masih aman.... boleh hidup... boleh kerja lagi....
dan positifkan diri.
 Rajin-rajinlah jenguk page pakar motivasi supaya kenyang dengan cas2 positif.
Bayangkan yang positif sahaja!!!

"Fikir positif. Kalau dulu buat 2 kerja, kini buat 9 kerja," - Pakar Motivasi.

"Ini semua ketentuan Illahi. Tetap taat pada pemerintah," Ulama Umno.

"Biar minyak naik. Janji tanah melayu tak digadai Anwar," Brahim Ali.

"Orang miskin pakai RON95 lah," Menteri Jaga Duit.

"Tukar kereta kepada motor," Menteri Jaga Jalan.

"Minyak dinaikkan sebab nak rakyat berjalan supaya lebih sihat," Menteri Jaga Kesihatan.

"Minyak kita lagi murah berbanding kutub utara," Menteri Jaga Bisnes.

"Rakyat masih ke stesen minyak, maknanya rakyat sokong kenaikan harga minyak," Menteri yang pergi tengok Maharaja Lawak.

"Halal darahnya bagi sesiapa yang bantah harga minyak naik," Mufti.

"Tak suka minyak naik, sila keluar negara," Wanita Umno.

"Kami tak naikkan harga minyak, kami tarik subsidi saja," Jibby.

"Minyak naik? Ada aku kesah?" Mama.

 "Minyak naik cina tepuk tangan," Macai.

----copy paste-----


*yang pasti cas penghantaran Shaklee tak naik...menten rm 10 utk semenanjung dan rm 20 utk sabah sarawak. Sapa beli VIVIX takde cas penghantaran. Sapa beli barang lebih RM600 dalam satu resit pun free jugak.... haaaaa.... untungkan join Shaklee. Berminat ke berminat? Boleh wassap As atau tuan tanah ni.... muah2.

** sat lagi kita upload tudung saiz M pulak ye. Terima kasih kepada pembeli2 semua....

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.