22.7.14

Kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee?

Kenapa saya jatuh cinta dengan Shaklee?
Maaf mungkin ada yang menyampah nak membaca tentang Shaklee ni.... hehe
Saya susah sikit nak jatuh cinta dengan orang.... tapi tak dengan produk. Tak kira la apa produk pun kalau saya dah suka maka wajib masuk ahli.

Ringkasnya seumur hidup saya tak pernah dengar langsung nama Shaklee hinggalah pada setahun yang lalu saya terlihat gambar di bawah lalu di newsfeed  saya.

Teruja!!!
Terus tanya jiran dekat sini sapa jual shaklee kat area sini.
Kesannya .... ???
Berjaya atau tidak boleh baca di SINI.

Kemudian ..... masalah tak selesai lagi.
Masalah ni berat bagi saya....
orang nampak saya sihat tapi orang tak rasa apa yang saya rasa....
penyakit yang malu untuk saya akui
ye laaa...saya belum la tua lagi nak menghidap penyakit sebegini
tapi apakan daya....
salah sendiri
saya malas bersukan!
saya tak kawal makan!
akibatnya .....
saya mendapat penyakit ini.... baca di SINI

Dan yang akhir....
tentulah INI  
hehehe..... 
(tutup muka maluuuuu)
suatu hari nanti saya mahu angka itu akan bertambah lagi disebelahnya.
insyaallah.

ORDER SHAKLEE  SECARA ONLINE DI SINI : KLIK BELI SHAKLEE
 

Teruskan berdoa untuk saudara kita di Gaza, Syria, Rohingya dan dimana sahaja di dunia ini.

19.7.14

MH17: HUJAN MAYAT DI UKRAINE




Bermula dengan bunyi letupan kuat yang membuat bangunan bergegar; kemudian disusuli dengan hujan tubuh manusia.

Salah satu mayat jatuh mengenai bumbung rumah usang Irina Tipunova di sebuah perkampungan terpencil di timur Ukraine, seketika selepas pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 meletup di udara di kawasan di mana pemisah pro Russia dan tentera kerajaan Ukraine sering bertempur.


"Ada bunyi lolongan dan segala-galanya mula bergegar. Kemudian objek mula jatuh dari langit," kata pesara berusia 65 tahun di depan rumah beliau.

"Kemudian saya mendengar raungan dan dia (perempuan) jatuh di dapur, sehingga bumbung rosak," katanya, menunjukkan lubang ternganga akibat tubuh manusia.




Tubuh terlanjang itu terbujur kaku di dalam rumahnya, berhampiran katil.

Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova ini, berdozen-dozen tubuh manusia jatuh di kawasan ladang gandum berselerakkan di antara serpihan pesawat malang tersebut.

Jelas masih terkejut dengan pengalaman beliau, Tipunova berkata: "Mayat masih di sini (rumah beliau) kerana mereka memberitahu saya perlu menunggu pakar untuk datang dan mengambilnya."

Seorang pemuda awal 20-an yang enggan memberikan namanya berkata dia berlari keluar selepas mendengar pesawat itu meletup.

"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh. Satu jatuh di kebun sayur saya," katanya.

Bukan sahaja tubuh manusia yang jatuh dari langit. Ketulan logam, bagasi dan serpihan lain bertaburan ke tanah di kawasan pertanian ini kira-kira 40 km dari sempadan dengan Rusia.

Bahagian hadapan pesawat itu jatuh dalam kebun bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova ini. Manakala serpihan, jasad dan bahagian-bahagian badan bertaburan di kawasan yang luas.




Penyelamat berkata, mereka telah mengumpulkan sebahagian besar mayat-mayat tersebut, sesetengah daripadanya adalah bahagian tubuh yang telah terpisah, ada yang remuk, ada yang bertimbun-timbun, yang mana telah dikenalpasti, ditandakan dengan kayu dan ditutup kain putih tanpa dialihkan.

Manakala beberapa mayat lagi, dibungkus beg plastik yang lut sinar, sepasang kaki terkeluar dari bungkusan.

Antara yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak, termasuk kanak-kanak lelaki kira-kira 10 tahun masih berbaring di sebelah kokpit, badan kecil beliau dilindungi oleh lembaran plastik.

Keadaan masih kelam-kabut di banyak tempat kejadian selepas 24 jam pesawat tersebut terhempas. Kasut tanpa tuan berada di merata-rata tempat, bersama kepingan ubat-ubatan yang terkeluar dari kotak ubat, bagasi kosong dan pakaian yang berselerak di kawasan ladang.

Dalam usaha untuk memadamkan kebakaran, ada jasad-jasad yang turut disiram air di tempat mereka jatuh ke bumi. Bersama-sama dengan serpihan pesawat dan sayap kapal terbang berwarna merah dan biru dengan logo Malaysia Airlines.




Petugas kecemasan, hanya beberapa orang pada hari Khamis, kini bertambah dengan jumlah yang besar pada Jumaat, telah membina pusat kawalan menggunakan dua khemah besar.

Wartawan dan penduduk tempatan merayau tanpa halangan melalui abu dan serpihan hangus.

Pejuang pemberontak dengan pakaian seragam menonton semua ini dengan cemas. 

Kiev telah menuduh mereka menembak jatuh pesawat itu, tetapi mereka menafikan dan berikrar untuk tidak akan menghalang siasatan antarabangsa yang akan dilakukan.

Bunyi berterusan serangan mortar dan tembakan pada jarak agak jauh kedengaran mungkin sebagai peringatan bahawa konflik antara pemisah dan kerajaan sejak tiga bulan lalu tidak akan padam. --19/7/2014


SUMBER

ORDER SHAKLEE  SECARA ONLINE DI SINI : KLIK BELI SHAKLEE

8.7.14

TUDUNG LYCRA CHIFFON NAURAH M - RM 55 (TIDAK TERMASUK POS)










SOLD OUT

Tudung Lycra Chiffon Naurah M
HARD awning
Material:
Body: Lycra + Chiffon
Awning: Corduroy
Size: M
Design for body:
1. Plain Lycra
2. Printed & plain chiffon (top & middle layer)
3. Plain Lycra (bottom layer)
Measurements:
Labuh depan: 15-16"
Labuh belakang: 24-25"
Lebar bawah: 31-32"
Saiz muka: 11-11.5"
Please expect some differences from the measurements given
Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings

SMS/WHATSAPP 012 3117349
SILA BERIKAN NAMA - ALAMAT - NO HP DAN KOD TUDUNG SEMASA MEMBUAT PESANAN.
TUJUAN ADALAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STOK DAN BOOKING.
BAYARAN PERLU DIJELASKAN DALAM MASA 2 HARI DAN SELEPAS ITU JIKA BAYARAN TIDAK DITERIMA TEMPAHAN ANDA AKAN DIBATALKAN.
SEKIAN..... TQ
*HARGA BELUM TERMASUK POSTAGE


GEMPAR AYAT SUCI ALQURAN HILANG



TUMPAT - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.

"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.

"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya.

Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan.

Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting.

Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998
.

7.7.14

Wasiat Allahyarham Sharifah Aini - Jangan Keluarkan Gambar Tidak Berhijab!

'saya ada permintaan kepada station TV,kpd kawan-kawan di media..kalau nak keluarkan gambar,tolonglah JANGAN keluarkan yang dulu..yang tidak berhijab'......

PEMERGIAN biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini, 61, awal pagi semalam sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati para peminatnya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah telah meninggalkan tiga pesanan iaitu jangan mengambil gambar jenazahnya, jangan membuka tutup muka dan juga mahukan anak tunggalnya, Aliff Omar, 32, mengimamkan solat jenazah.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai satu lagi ‘wasiat’ Allahyarhamah yang pernah diungkapkannya sewaktu program ‘Celik Hati Prof Muhaya’ pada Jun tahun lalu.

Pada minit ke 12:16 rakaman tersebut, beliau telah memberi pesanan kepada stesen televisyen dan rakan media agar tidak mengeluarkan video atau gambar-gambar lamanya yang tidak berhijab.

“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Allahyarhamah turut berpesan agar tidak melengah-lengahkan waktu solat kepada para penonton dan juga rakan-rakan artis.

“Bila masuk saja waktu, saya memang dah siap dah dengan wudhu’. Saya tak nak tinggal, saya tak nak lambat. Saya takut in between, kalau saya mati? Lima minit can make a lot of differences,” katanya.

Diharap dengan perkongsian ini, orang ramai di luar sana termasuklah pihak media akan berusaha untuk menghormati permintaan beliau agar rohnya sentiasa tenang di sana.

Jadikan juga setiap pesanannya sebagai peringatan untuk kita lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya selepas ini.

Al-Fatihah… copypaste dr link


#hidayahkenaminta



5.7.14

SALE sepanjang Ramadhan




https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=748c5881461367ab9eed5af82966a480

Alhamdulillah bulan Ramadhan ni ada berita baik kepada pengguna vivix shaklee. Promosi beli 6 Free 1 kembali lagi. Bukan itu sahaja, free keahlian lagi  dan juga  free penghantaran di samping bonus yang menunggu. Jadi jangan lepaskan peluang!

Ada lagi yang best sekarang anda boleh buat pembelian sendiri terus dari web shaklee walaupun anda bukan ahli shaklee. Klik imej di atas ye.... sebarang pertanyaan boleh sms/wsapp saya. 

3.7.14

Tudung soft awning saiz M

Harga RM 40 tidak termasuk pos.

Material soft denim.

Cutting lebih slim di bahagian bahu.

Untuk pembelian sila SMS/wsapp 012 3117349.

Berikan butiran kod Tudung nama alamat Dan no phone.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...