PENGASAS SENDAYU TINGGI DEDAHKAN PUNCA BELIAU TANGGAL PURDAH

By // 5 comments:

Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.
Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam,  Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik. Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!

Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari  rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi.  Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah
  • Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
  • Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..
  •  Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..
Masalah saya semasa berpurdah,
  • Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.
  • Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.
Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan
Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??
Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam”  itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..
Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang  polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..
Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka..Terpaksa..Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..
Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.
Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan fitnah.
sumber http://rozitaibrahim.com/purdah-kenapa-pakai-dan-kenapa-buka-3/

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

Peliknya kutil pun tanggal?

By // No comments:








Abaikan jika ada perkataan yang agak ganjil dan tak difahami pada screenshot di atas kerana hanya insan2 terpilih sahaja yang memahaminya hehehe.
Dah lama nak buat entri pasal sahabat sy ni.... tapi sebab tak reti buat screenshot maka segala chat2 berkaitan isu hot tak dapat nak di kongsi. 
Baru malam ni pandai buat screenshot.... tu pun selepas bertanya kat anak sedara... alahaiiii.... terasa diri makcik ni dah tua..ngeee!

Sahabat saya ni kalau tak silap dah dua canister habiskan ESP. Pada mulanyanya dia minum sebab dia ada gastrik  Pastu sebab nak kurus. Tapi yg kurus tu lambat nampak hasil. Gastrik memang ok... sangat ok dah takde la pedih perut kalo lambat makan. Cer bayang... boleh ke berdiet kalo perut tak leh lapar. 
Yang ketara berubah kulit muka dia... bersih dan cerah. Ok... cerah di sini bukan lah cerah seperti emma maembong ye! Cerah sebab jeragat yang hilang...ehhh bukan ke wanita sgt anti dengan jeragat?

Beza kan dengan gambar kat bawah tu....
dari segi berat... memang turun! Tapi tulah... dah malas nak kelebet wasap yg lama2 tu.... jadi segala cerita tentang itu tak dapat nak dikongsi.
Jadi wanita-wanita di luar sana yang ada masalah jeragat marilah cuba produk ni ye....
tak mau lah jadi macam dayang senangdung..
eeiiiiii... muka je putih tangan hitammm!!!
kekekeke
(sambil membayangkan iklan dherbs)
Bukan jeragat jekkk... kutil pun tanggal... wahhh.dasattt. Kak ana ni pun sy kenal juga. Orangnya berkulit cerah jadi jeragat beliau memang la nampak ketara berbanding orang berwajah kurang cerah.

Sesiapa yang nak bertanya kat As ni cara dia ambil ESP dan gabungan produk lain yang dia ambil sila mesej/wassap beliau - 019 3145494 sebab saya percaya dia bukan ambil ESP semata2 tapi ada tambah produk lain lagi. Beliau juga pengedar yang sah maka boleh berurusan dengan beliau terus.

bersama ayahanda terchenta







✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ Disclaimer Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyaki

PELIKNYA CARA YAHUDI BERSUNAT

By // No comments:


Ritual sunat orang Yahudi  di mana tukang sunat menghisap darah dari kemaluan anak yang baru lahir. 
Memang rare la kan kaedah begini dan menurut laporan terdapat kes kematian akibat jangkitan herpes  akibat dari perlakuan ini. 



baca lagi KLIK


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Madah Cinta Berdarah

By // 2 comments:

Pengkid cemburu! Ganas gak ehh bila pengkid cemburu. Mujur saya sempat tepis, jika tidak mungkin pisau itu singgah di kepala,” kata Urni, 24, yang hampir kehilangan jari kelengkeng tangan kirinya akibat diserang rakan pengkid yang cemburu buta di Dataran Segamat di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, Urni mendakwa bertemu seorang lagi pengkid, Ila 20-an di Jalan Aji berhampiran Dataran Segamat, kira-kira jam 9 malam untuk menyerahkan telefon bimbit yang sudah diperbaiki.
Menurutnya, selepas bertemu Ila, dia duduk atas pentas utama dataran berkenaan sebelum didatangi seorang lagi kenalan pengkid dikenali sebagai Nor, 38.

“Ketika berada di atas pentas itu, Nor memanggil dan meminta saya bertemunya di padang berhampiran kononnya mahu berbincang sesuatu dan saya tanpa syak wasangka menghampirinya.
Menurutnya, selepas bertemu Ila, dia duduk atas pentas utama dataran berkenaan sebelum didatangi seorang lagi kenalan pengkid dikenali sebagai Nor, 38.

“Ketika berada di atas pentas itu, Nor memanggil dan meminta saya bertemunya di padang berhampiran kononnya mahu berbincang sesuatu dan saya tanpa syak wasangka menghampirinya. 


baca selanjutnya klik

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Supplement Untuk Kesuburan Lelaki & Wanita

By // No comments:
NASIHAT DARI PAKAR DR HAMID ARSHAT - PENTINGNYA PENGAMBILAN SUPPLEMENT UNTUK MEMBANTU KESUBURAN BAGI MENDAPAT ZURIAT. APA PUN KITA HAMBA CUMA BERUSAHA YANG MEMBERI KEIZINAN ALLAH SWT.



SET SUBUR SHAKLEE MEMBANTU UNTUK HAMIL DENGAN:

Membaiki kitaran haid lebih teratur dan boleh merancang wakts subur dengan tepat
Meningkatkan kesuburan
Membina sel darah merah
Meningkatkan bilangan & kuantiti sperma
Membekalkan NUTRISI kepada sistem peranakan
mengatasi masalah KEPUTIHAN
Melegakan STRESS

4 jenis suplemen wajib

GLA & Alfalfa ----- ♡ ISTERI



ALFALFA RM RM 53.75
GLA COMPLEX RM 91.25


VITA E & ZINC -----♡ SUAMI



ZINC COMPLEX RM 33.75
VITA-E COMPLEX RM 149


ORDER: SMS/WASSAP - 012 3117349 


+++++++++++++++++++


✪ GLA COMPLEX SHAKLEE

[✔] Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
# Wanita PERIOD TAK TERATUR
# Wanita yang PERIOD HEAVY FLOW atau SEDIKIT
# Wanita yang PUTUS HAID
# Wanita yang sering LEWAT DATANG HAID
# Wanita yang SENGGUGUT

[✔] Membantu meningkatkan kesuburan (menghasilkan cecair serviks)– trying to conceive baby!
[✔] Membantu sperma hidup lebih lama (5hari)dalam tiub fallopio & memudahkan berenang terus ke fallopio
[✔] Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) – abdominal pain, breast pain
[✔] Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran
[✔] Menguatkan imuniti tubuh
[✔] Untuk fungsi saraf

✪ VITAMIN E

[✔] meningkatkan kualiti sperma
[✔] meningkatkan "sperm count"
[✔] digunakan secara meluas terutamanya dalam rawatan kesuburan
[✔] membantu dalam masalah "mati pucuk"

[✔] membantu meningkatkan libido (keinginan seks)
[✔] Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
[✔] Mengurangkan risiko keguguran ketika hamil bagi wanita.
[✔] Menyelesaikan masalah kelesuan.
[✔] Merendahkan kadar kolesterol.
[✔] Membantu mencegah kanser.

✪ ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

[✔] Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
[✔] Melegakan sakit sendi dan belakang
[✔] Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
[✔] Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
[✔] Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
[✔] Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
[✔] Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
[✔] Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
[✔] Meningkatkan stamina seorang suami

✪ ZINC COMPLEX

[✔] Menghasilkan sperma yang lebih berkualiti & sihat
[✔] Membantu memekatkan air mani
[✔] Meningkatkan jumlah sperma
[✔] Meningkatkan keaktifan sperma (motility sperm)
[✔]Membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vagina.
[✔] Mencegah dari kemandulan
[✔] Meningkatkan fungsi organ seksual



TESTIMONI 




SUMBER


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ Disclaimer Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyaki

TUDUNG DENIM SULAM CHIFFON SAIZ L & XL

By // No comments:
Saiz XL rm64,       saiz L rm59 ---> tidak termasuk pos


SOFT awning

Material:
Body: Denim plain + Denim sulam + Chiffon
Awning: Denim



Size: L

Measurements:
Labuh depan: 19-21"
(except ZSSL26 length approx 22")
Labuh belakang: 27-28.5"
Lebar bawah: 34-37"
Saiz muka: 10.5-11" (stretchable)



Size: XL

Measurements:

Labuh depan: 21-23"

(except ZSSX25 length 20-21")
Labuh belakang: 29-31"
Lebar bawah: 37-39.5"
Saiz muka: 10.5-11" (stretchable)

Please expect some differences from the measurements given

Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings












Assalamualaikum
kepada yg berhajat utk memiliki tudung Sofia ini sila beri kod tudung - saiz - nama - alamat - no tel - dan sms/wassap ke 012 3117349


ada sapa2 berkenan dengan baju ni?
Saiz XL 
harga Rm 59 tapi kwn nak jual rm50 je sbb besar sgt katanya
jadi total rm56 dengan pos
fabric cotton
sms 019 7542021 



✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

PROMOSI APRIL: OSTEMATRIX Penawar Sakit Tulang atau Malas!

By // No comments:

Assalam...
Betul ke ada penawar untuk penyakit malas? hehehe....
Apa pun baca testimoni dorang yang makan ostematrix ni....



Sekiranya anda mempunyai simptom seperti di bawah ini, anda mungkin individu yang memerlukan OSTEMATRIX
- kerap keletihan
- sentiasa kebas dan cramp anggota badan
- sering sakit pinggang, sakit belakang, lutut dan sendi
- mengalamai sembelit dan buasir
- migrain atau kerap sakit kepala
- susah bangun tidur
- mempunyai masalah gigi atau kuku yang rapuh dan mudah patah
- tumit kaki pecah dan kasar

selain itu
- ibu berpantang yg ada masalah sembelit dan buasir
- ibu hamil yang sering cramp dan kebas kaki
- ibu yang menyusukan bayi

malas ada???
ohh.... bila dah sakit badan, sakit tulang maka tentulah rasa malas nak bangun pagi.... malas nak buat kerja itu ini.... kan...kan.... heheh jadi sesiapa yang ada penyakit malas tu boleh  try makan oste ye...  
Oste ni sebenarnya supplement kalsium.

ps: nmpknya tuan blog ni pun perlu ambil oste jugak!!!

sesiapa yang nak boleh sms/wassap 012 3117349

Sepanjang bulan April ni promo OSTE... buy 6 FREE 1
harga retail rm 61







✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

PERGHHH.... LELAKI REBUS DIRI SENDIRI - VIDEO

By // 4 comments:


Hebak.... hebakkkk
lelaki tua ini bernama Kenzo Koya berumur 71 tahun dan perkara merebus diri sendiri ni dah jadi ritual biasa bagi beliau hingga beliau kebal. Wow... tinggi ilmu orang tua ni....huhu
Sila lihat video di bawah n don't try this at home dehhh





A video showing an elderly man “cooking himself" in a pot filled with boiling water has been reported by a Russian TV channel.
The man in the YouTube video looks like he is making a big dish of soup with vegetables and people gather around him waiting for a taste.
The TV channel discloses that is a ritual held every year in the town of Yamaga, Thailand.
The 71-year-old man, identified as Kenzo Koya, has been doing this ritual for several years.
He says in the beginning he was affected by the heat which left burns on his body, but with the passage of time and the power of concentration he can now him sit in the pot without scalding or burning his skin.

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ i

Hadiah Hari Jadi - Anak Pungut

By // 1 comment:

Kesian.....
masa tengah beratur nak bayar kat kedai speed mart tiba-tiba seekor anak kucing masuk.... cepat-cepat pekerja kedai tangkap dan letak kat dalam kotak.
Dah siap bayar keluar intai dalam kotak.... alahaiii ciannya dia ..meow2
Ada orang buang anak kucing ni tadi kat sini kak......
emmm.... ciannn...kecik2 dah kena buang
terus berlalu ke kedai sebelah pulak...
tiba-tiba nampak adik tadi bawa anak kucing tu...
ehhh.... adik nak buang kat mana tuu...
bukan nak buang kak.... letak jauh sikit nnt dia masuk dalam kedai...
laaa...ciannya meow2
tak pe lah dik... masuklah dalam plastik biar akak bawa balik.
nnt kena langgar kereta pulak kalau biarkan dia merayau.

Sepanjang perjalanan yang tak berapa jauh sangat berjalan tu aku semat dalam hati anggap sahaja ini hadiah harijadi untuk diri sendiri.... kekekeke
selama ini hari-hari pergi speedmart tu tak de pulak jumpa anak kucing
hari ini boleh pulak ada.... kan bertuah tu... kalau tak si meow yang bertuah sebab ada mama yang jaga tentulah aku yang bertuah..... kan... kan...ngeeee


kecik2 saya memang comot.... nnt dah besar pasti saya kacak macam abang2 saya




aiiiyakkk... abang2 ku gangster rupanya!!!




✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Menyayat hati - video: Tentara Syiah bashar Assad mengubur ahlus sunnah hidup-hidup.

By // No comments:





✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

15 April 2014, Bulan berdarah merah: Jangan percaya sebagai petanda kiamat!

By // No comments:

Fenomena ini akan berlaku 2 kali tahun ini dan 2 kali tahun hadapan dan akan diselangkan dengan satu gerhana matahari ditengah-tengah peristiwa ini nanti. Blood Moon yang pertama dijangka akan berlaku pada 14/15hb April 2014. Sama ada kita di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dapat menyaksikan fenomena ini belum dapat dipastikan lagi (perlu rujukkan ahli falak). Akan tetapi, fenomena ini telah disahkan oleh NASA
(The National Aeronautics and Space Administration of United States) akan dapat dilihat diseluruh kawasan barat bumi termasuk di Jazirah Arab..

 Akan ada jumlah gerhana bulan pada hari Selasa bahawa akan bertukar bulan kemerahan oren dibakar, NASA berkata.
Ia dipanggil bulan darah, dan yang satu ini hanya yang pertama dalam siri empat gerhana berturut-turut .
Dalam tempoh setahun setengah, Amerika Utara akan dapat melihat bulan darah sebanyak empat kali. Bulan mengambil pada warna ini semasa gerhana kerana ia melalui bayang-bayang Bumi, yang adalah warna matahari terbenam yang padang pasir.
Empat bulan darah akan berlaku dalam jangka masa lebih kurang enam bulan pada tarikh berikut : April 15, 2014 8 Oktober, 2014 ; April 4, 2015 , dan 28 September 2015.
Dengan kekerapan itu, seseorang mungkin tersalah anggap bahawa mereka adalah perkara biasa.

Terdapat kira-kira dua gerhana bulan setiap tahun , NASA berkata. Sebahagian daripada mereka - gerhana penumbra - begitu halus , mereka samar-samar kelihatan dan pergi sangat tanpa disedari.
Fenomena bulan berwarna merah yang seakan-akan berdarah ini sebenarnya adalah satu fenomena yang biasa berlaku. (Kali terakhir aku melihat bulan penuh berwarna merah darah ini adalah sekitar tahun 2012 di Pulau Besar, Melaka ketika sedang berjalan kaki pulang dari beruzlah di Batu Belah). CUMA kali ini apa yang luar biasanya tentang fenomena ini ialah ianya bakal berlaku 4 kali berturut-turut dalam dua tahun ini DAN akan berlaku satu gerhana matahari di tengah-tengahnya.
Persoalan yang mungkin sedang bermain di dalam minda pembaca artikel ini sekarang kemungkinannya ialah; “Pernahkah fenomena seperti ini berlaku dalam sejarah peradaban manusia..?” Jawabannya; “Iya pernah! Tetapi (sehingga setakat kemampuan pengetahuan dari pakar falak dan sejarah) ianya BUKAN diselang dengan gerhana matahari di tengah-tengah peristiwanya.” Jadi fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini agak pelik sedikit kerana akan berlaku gerhana matahari ditengah-tengah antara 2 kali bulan berdarah tu.. Dalam 500 tahun kebelakangan ini, ianya baru berlaku sebanyak tiga kali. Dan setiap kali berlakunya fenomena ini, ianya disusuli dengan peperangan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Peperangan antara haq dan bathil..!

  • 2hb April 1493-1494 – Kejatuhan Empayar Islam Moro di Andalusia dan Granada, Sepanyol. Tarikh ini juga merupakan penanda kebangkitan Kristian di seluruh Eropah. Kemunculan kuasa-kuasa besar baru di bawah hukum perintah Vaticcan seperti Portugal yang akhirnya menyerang Melaka (sayap kiri pemerintahan Khalifah Uthmaniah) pada tahun 1511. Sekitar tahun yang sama itu juga Christopher Columbus telah menemui Amerika Syarikat bagi MENCARI PENEMPATAN BARU (New World Establishment) untuk kaum-kaum Yahudi yang dihalau keluar dari Eropah.

  • 15hb Mei 1948-1949 – Pembentukkan negara haram Israel selepas berjaya memecah-belahkan negara-negara kesatuan Arab dengan bantuan dan gerakkan ketenteraan dari ‘New World Establisment’ mereka iaitu Amerika Syarikat.
  • 5hb Jun 1967-1968 – Berlaku peperangan yang berlangsung selama enam hari yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Jerusalem ke tangan Israel laknatullah sehingga ke hari ini.

Kesemua kejadian dan peristiwa di atas ini berlaku dalam tempoh 500 tahun sebelum ini ketika berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ dan kesemuanya keputusan yang terbit dari peristiwa di atas adalah amat merugikan kita umat Islam di seluruh dunia. AKAN TETAPI, harus kita ketahui juga, bukan semua peristiwa Four Blood Moons yang memihak kepada bukan Islam. Jika dirujuk di dalam lipatan sejarah dunia, kita anjakkan sedikit ‘timeline’ lebih dari 500 tahun dahulu, maka kita akan jumpa iaitu pada 2hb October 1187, Salahuddin Al Ayubi dan angkatan Islam telah berjaya merampas Jerusalem dari penguasaan Kristian dan menguasai tanah keramat itu beratus tahun lamanya sebelum jatuh semula ke pihak Yahudi pada tahun 1967. Kejadian peperangan tentera Islam Salahuddin Al Ayubi ini juga berlaku saat fenomena ‘Four Blood Moons’ (mengikut sumber rujukkan sejarah falak). Jadi bukanlah setiap kali berlakunya fenomena ini keputusan akan memihak kepada kumpulan penentang Islam (jika berlaku peperangan).
Walaubagaimanapun, kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi dan Kristian (US & Eropah – Bukan Kristian dunia yang lain) atau aku secara peribadi memanggil kumpulan ini sebagai penggerak Illuminati (ingat makcik jual nasi lemak 3 segi..? hahaha) menganggap fenomena yang bakal berlangsung ini adalah sesuatu yang mereka nanti-nantikan.. Sebab terdapat GERHANA MATAHARI DITENGAH-TENGAHNYA. Mereka menganggapnya sebagai salah satu ‘prophecy’ atau ramalan yang bakal melengkapkan aturan NWO – New World Order mereka melalui ayat yang dipetik;
“The sun shall be turned into darkness, and the moon into blood, before the great and terrible day of the Lord come.” / “Matahari akan berwarna hitam dan bulan akan berdarah, sebelum hari kedatangan Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Dasyat.”
Joel 2:31 (Kitab Injil)

Jadi ‘Tuhan’ yang dimaksudkan disini ialah Tuhan mana..? Adakah Allah Taala seperti kepercayaan kita atau pun al-Dajjal kepercayaan Yahudi ataupun Isa al-Masih pegangan Islam dan Kristian..? Perlu kita ingat bahawasanya kandungan kitab Injil hari ini bukanlah seperti Injil di zaman Nabi Isa Alay’hi Salam lagi. Ianya telah banyak diubah-ubah oleh manusia dengan membentuk satu kepercayaan berkonsep ‘triniti’ yang karut-marut dan haru-biru..! Dan lebih parah lagi, Amerika Syarikat (yang mengaku Kristian tapi sebenarnya bukan) menjadi hub penyebaran agama Katholik ini dan bersekongkol dengan Israel dalam penerbitan siri-siri kitab Bible (Injil) yang mengikut aturan dan acuan jahat Illuminati dan Mason.. Jadi potongan ayat kat atas tu aku ambil dari kandungan Injil yang ada zaman sekarang ni atau dikenali sebagai ‘New Testament’.. Bab ni rasanya aku tak perlu hurai panjang sebab akal dan hati orang-orang Islam yang sihat dan waras lagi beriman akan dapat menilai sendiri.. Inshaallah!
Yang bakal lebih memeriahkan fenomena ‘Four Blood Moons’ tahun ini dan tahun hadapan juga ialah ianya akan jatuh tepat pada tarikh-tarikh sambutan hari perayaan di dalam kalendar Yahudi iaitu hari yang dikenali sebagai:
  • Passover” – Hari memperingati kebebasan kaum Yahudi selepas dijadikan hamba abdi sejak 3,300 tahun lampau ketika era Dinasti Firaun di Mesir.
  • Feast of Tabernacles” atau dikenali juga dengan gelaran “Sukkot” – Ini adalah hari dimana sambutan penganut agama Yahudi lama diperintahkan melakukan hijrah ke Jarusalem atau lebih tepat lagi ‘kuil’ Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam (The Temples of Solomon) di sana. Dan di atas kepercayaan mereka terhadap ‘Sukkot’ ini jugalah yang menggerakkan mereka memasuki dan menakluk Jerusalem terus sehingga ke hari ini.
seamless-mathematical-pattern-vector-978207
Jadi dipendekkan cerita, selepas sesi-sesi pengiraan dan kalkulus oleh ahli-ahli falak, ahli-ahli ramalan seluruh dunia, fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini BAKAL mencorakkan satu lagi perubahan dunia secara umum.. Perubahan ini akan bersifat global dan akan terpalit pada setiap umat manusia di seluruh dunia.. Israel dan Amerika Syarikat akan terlibat sama dalam percaturan mereka secara besar-besaran DAN secara tak langsung umat Islam Akhir Zaman akan diuji secukupnya.. Banyak ramalan dan andaian serta spekulasi mengenai fenomena ini telah dibuat oleh pihak-pihak dari sebelah Yahudi dan Kristian, akan tetapi HAMPIR TIADA mana-mana ‘prophecy’ dari kalangan umat Islam dunia. Barangkali umat Islam masih lena diulit mimpi-mimpi indah atau barangkali, kekita masih tidak peka dengan persekitaran perlakuan dunia.. Atau mungkin kita belum faham lagi tentang BAHASA DAN ISYARAT ALAM yang Allah Taala kirim dan tunjuk dalam sejarah.. Yang Allah Taala dah aturkan pada kita hari ini menghadap hari esok-esok secara sendiri..

Seperti yang kerap aku nukilkan dan ucapkan pada sahabat-sahabat sekalian; “Jika kita sedang dicaturkan, bergeraklah keluar dari papan catur..” Banyak-banyakkan lah bacaan doa mengelak fitnah Dajjal untuk diri dan keluarga.. Amalkan lah surah-surah berkaitan dan ayat-ayat amalan masing-masing.. Tak rugi beramal sebab kita tak tahu bila waktu kita dijemput pulang menghadap Maha Pencipta.. Di saat Yahudi dan Illuminatis sibuk menggali-gali ‘King Solomon Mine’ di Jerusalem, mungkin kini mereka dah tahu yang ‘Gedung Penyimpanan Harta Nabi Allah Sulaiman Alay’hi Salam’ sebenarnya di sebelah timur sini.. Tak jauh dari Solomon Islands di bawah ‘Kepulauan Bugis’.. Oleh itu, jaga-jaga jugalah kerana kalau terjadi apa-apa, Tanah Melayu kita ini Tanah Pusaka.. Bakal menjadi perhatian dunia.. Banyak menyimpan harta-harta untuk buat jadi mahar Akhir Zaman dan Imam mulia.. Tengok-tengok sama di Pahang, di Hulu Terengganu, di Gunung Ledang dan juga di Danau Tok Uban juga Banjaran Titiwangsa.. Jaga-jaga kekita semua segala yang pusaka pustaka dan bersaka..
Akhir sekali sebelum menutup posting ni, simpanlah tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak NASA dalam ramalan perihal akan berlakunya fenomena ‘Four Blood Moons’ kali ini iaitu:
15hb April 2014 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah

8hb Oktober 2014 (Hari Sukkot Yahudi) – Bulan berdarah

20hb Mac 2015 (Hari Adar Yahudi) – Gerhana matahari

4hb April 2015 (Hari Passover Yahudi) - Bulan berdarah


28hb September 2015 (Hari Sukkot Yahudi) - Bulan berdarah

Apa yang bakal berlaku kali ini adalah diluar bidang pengetahuan kita semua.. Prophecy dan ramalan berbagai-bagai.. Teori konspirasi juga bermacam-macam.. Mungkin.. Mungkin iya-Mungkin tidak.. Mungkin ada kejadian-Mungkin tak ada langsung.. Kalau tiada, Alhamdulillah.. Kalau ada, mungkin ianya lebih besar atau lebih kecil dari isu MH370..? Mungkin.. Mungkin ada gempa bumi / tsunami / meletupnya gunung berapi / atau hujan meteor..? Mungkin ianya lebih besar dari isu Russia-Ukraine-Crimea..? Mungkin ianya lebih besar dari pergolakkan Korea Utara-Korea Selatan..? Mungkin juga perang dunia global ke-3 bakal meletus..? Sebab bunga-bunga perang dah ada.. Atau mungkin Imam Mahdi akan muncul..? Jazirah Arab dah terbakar.. Dah keluar ‘asap’ di Syam-Syria dan Mesir sekarang sedang Arab Saudi dan Qatar pula menjadi ‘hijau-hijauan’ tidak disentuh langsung golongan Illuminatis dengan pembangunan mencakar langit menutupi Kaabah di sini sana..
INGAT! Ini adalah pandangan sempit aku sahaja.. Aku tak paksa sesiapa pun faham apatah lagi untuk percaya.. Segalanya atas ketentuanNya juga.. Wallahu’alam Bis’sawab Wa’ilayhi Marji’ul Walma’ab.. Persiapkanlah dan kumpulkanlah segala kekuatan yang ada.. Takut-takut Nuclear Holocaust menanti kekita.. Apa yang terdaya..? Takkan tunggu dan lihat sahaja..?sumber


Credit to :
313.99.33.13.9
Tun Farul Azri
Kuala Lumpur  
di copy dari blog farul azri : http://blog.farulazri.com/
sekadar perkongsian yang manafaat


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

TUDUNG COTTON SOFT AWNING L

By // No comments:

RM 55 --> TIDAK TERMASUK POS

Material:
Body: Printed Lycra
Awning & Border: Cotton


SOFT AWNING
Size: L

Measurements:
Labuh depan: 19.5-21"
Labuh belakang: 29-30"
Lebar bawah: 32-34"
Saiz muka: 11-11.5"

Please expect some differences from the measurements given

Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings




















Berkenan ???
Sila SMS @ WASSAP KOD TUDUNG , NAMA, ALAMAT DAN HP NO KE 012 311 7349

- tujuan supaya dpt book tudung dgn cepat....lambat2 nnt abis. TQ

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.