#MH370 'CANTIK FITNAH KAMU'

By // 1 comment:

“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.
Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.
Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.
Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.
Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.
Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.
Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.

Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.
Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.
Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.
Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.
Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.
Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.

Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.
Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.
Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.
Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu. sumber

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

#MH370: Pendedahan mengejutkan isteri Kapten Zaharie kepada media asing

By // No comments:

Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail.

Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Menurut Daily Mail:

Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.



Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya,

“dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”

Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.



“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”

Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.

Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga.

Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.

Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau.

Sumber




✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Kelebihan ESP bukan sekadar untuk kurus

By // 1 comment:

ESP merupakan protein soya (tumbuhan) yang lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan. Merupakan protein yang lengkap yang mengandungi 8 asid amino perlu yang penting untuk badan.
Dihasilkan daripada soya ‘NON-GMO’(selamat daripada risiko toksin)
TAHUKAH ANDA? Sel yang terbentuk daripada protein? Maka adalah penting untuk mendapatkan protein yang berkualiti tinggi bagi sel baru tumbuh untuk menggantikan sel lama atau sel mati. Sel yang sihat lebih mudah menyerap ZAT & VITAMIN



Kebaikan ESP
  1. Awet Muda
  2. Membekalkan Tenaga
  3. Baik Untuk Hormon
  4. Merangsang Pembentukan semula kulit dan otot
  5. Mempercepatkan Sembuhan luka & mengurangkan kesan parut
  6. Membaiki Masalah rambut daripada beruban
  7. Membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain
  8. Mencegah insomnia
  9. Membaiki masalah pigmentasi kedutan dan kesan tua
  10. Mencegah tekanan
  11. Baik untuk prostat
  12. Mencegah miragane
  13. Sebagai anti-penuaan
  14. Mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
  15. Membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  16. Membaiki masalah keguguran rambut
esp istimewa


ESP sebagai Milkbooster 
Cadangan vitamin : ESP + Alfalfa 
Tujuan:
  1. Merangsang Pengahasilan Susu
  2. Breast Cepat Penuh
  3. Membantu menambah stok EBM
  4. Memberi Tenaga Kepada Ibu
ESP Untuk Kuruskan Badan 
Cadangan vitamin: ESP + Lecithin 
Tujuan:
  1. Member Rasa kenyang Berpanjangan
  2. Membakar lemak Dalam Tubuh & Pembuluh darah
  3. Merendahkan Kolestrol

ESP untuk Kesuburan 
Cadanga vitamin: ESP + GLA Comlex 
Tujuan:
  1. Menstabilkan Hormon
  2. Mewujudkan kitaran haid yang teratur untuk memudahkan perancangan untuk hamil
  3. Mengecutkan Cyst

ESP untuk Hamil/ Bayi Bijak
Cadangan vitamin: ESP + Omega Guard 
Tujuan
  1. Memberi Tenaga Kepada Ibu
  2. Memberi Rasa kenyang berpanjangan
  3. DHA & Omega-3 untuk perkembangan otak bayi

ESP untuk Selepas Bersaling/Pembedahan
Cadangan Vitamin : ESP + Zink 
Tujuan:
  1. Menghilangkan Kesan stretch marks dan luka akibat pembedahan
  2. Menganjalkan Perut & Tubuh menggeleber selepas kehamilan
  3. Mempercepatkan pembaikan luka

ESP untuk Kulit Cantik 
Cadangan vitamin : ESP + Vitamin C 
Tujuan:
  1. Kandungan protein untuk membantu sel kulit baru
  2. Menghilangkan parut jerawat dan luka
  3. Mempercepatkan pembaikan luka
  4. Anti-Penuaan

ESP untuk Tambah Berat Badan 
Cadangan Vitamin : ESP + Mealshake 
Tujuan:
  1. Memberi Rasa kenyang
  2. Kandungan protein & vitamin yang lengkap untuk tubuh
  3. Protein Membantu Membetuk Otot & Tulang


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Supplement Untuk Ahli Sukan : Performance Drink Shaklee

By // 1 comment:
Salam.... 
Dah pernah try minum isotonik nih? Belum? Hohoho.... ruginya....sangat menyegarkan ai tell yuuu.....
Ni minuman ahli sukan sebenarnya tapi orang yang tak besukan macam kita ni yang ada gout macam kita nih pun boleh ambik tau.... minum sejuk2 ditengah2 cuaca panas melampau2 nih fuhhhh.... nyaman!!!
Bukan sahaja nyaman dan menyegarkan yang penting kebaikan dan fungsi minuman.
Nak try? Sila SMS atau Wassap 012 3117349.
Harga RM 82.50 - 539g




Betulkah Performance Drink ini minuman isotonik? Ramai yang tidak mempercayai bahawa Shaklee juga mampu menghasilkan minuman isotonik. Tapi pelu diingatkan bahawa minuman isotonik Shaklee ini berbeza dengan minuman isotonik lain yang terdapat di pasaran. Apakah perbezaannya?

Ciri-ciri utama Performance Drink ini adalah:
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes

Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah atau bersukan
  • melakukan kerja berat seperti buruh binaan dan nelayan
Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:
  1. Mereka yang aktif bersukan .
  2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  3. Mereka yang menghidap gout.
  4. Ibu yang menyusukan anak.
  5. Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  6. Mereka yang kurang minum air.
  7. Mereka yang kerap sakit kepala.
  8. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  9. Kanak-kanak yang demam.
  10. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)

Antara testimoni yang diperolehi dari google





sumber - KLIK SINI


Jaminan Ketulenan Shaklee


Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿

MISTERI MH370 - 'hilang' kerana kuasa tuhan (video)

By // No comments:
Rakaman Video Kapten Norudin Pada 11 Mac 2014 Jam 8.30 Pagi





SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga. 

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan.


"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara,"katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya,"
 katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002. -SH





✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

IMBASAN: TRAGEDI PESAWAT JAL TERHEMPAS DI SUNGAI BULOH

By // No comments:
Cerita yang selalu aku dengar dari mulut mak  masa aku kecik2 dulu   sebab mak antara penduduk kampung yang turut serta pergi ke tempat kejadian. Tapi sebab aku masih kecik aku cuma mendengar cerita emak tanpa perasaan  walaupun emak bercerita penuh perasaan. Tak sangka bila di google ada rupanya kisah ini di alam maya. Sekadar perkongsian....



KETIKA hujan lebat melanda sekitar Subang pada petang 28 September 1977, tiada siapa menyangka ia membawa petanda buruk.

Bahkan, ketika pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) terhempas di Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur, sehingga mengorbankan 33 penumpang dan anak kapal, pekerja ladang yang tinggal di situ langsung tidak mendengar sebarang letupan akibat cuaca terlalu buruk.


Mereka hanya menyedari kejadian itu apabila pasukan polis tiba bertanyakan mereka sama ada melihat pesawat terhempas atau tidak. Penduduk kampung turut membantu pihak berkuasa menjejak bangkai pesawat tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan atas faktor keselamatan.

Kebiasaannya, amat jarang berlaku penumpang terselamat dalam mana-mana nahas pesawat, tetapi kejadian kali ini dianggap sesetengah pihak sebagai ajaib kerana 45 daripada 79 penumpang termasuk 10 anak kapal terselamat.

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke Singapura melalu Hong Kong dan Malaysia. Berdasarkan jam tangan seorang mangsa yang mati, ia dikatakan detik terakhir jam itu berdetik ialah pada 6.55 petang dan pihak berkuasa percaya itu adalah waktu terhempas




Berdasarkan cara pesawat itu terjatuh dan patah tiga selepas merempuh pokok getah dan batu besar, ramai yang tidak percaya begitu ramai yang terselamat.

Daripada 69 penumpang, lapan daripadanya adalah rakyat Malaysia membabitkan lima terkorban dan tiga selamat. Mangsa lain ialah rakyat Jepun (29), Amerika Syarikat (lima), Belgium (lima), Jerman (tiga), Hong Kong (tiga), masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan.

Hanya seorang daripada 10 anak kapal itu terselamat iaitu pramugari Seiko Mano. Kapten pesawat, T Moriski, 36, yang mempunyai pengalaman melakukan 6,500 jam penerbangan dan berkhidmat dengan JAL sejak 1965 turut terkorban.

Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk. 



Sebaik saja pesawat itu terbang rendah ia dikatakan mencecah ladang getah dan memotong pokok sehingga ranap kawasan berkenaan menjadikan ladang itu sebagai padang besar. Bagaimanapun, tiada pihak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian.

Pasukan penyelamat mengatakan bahagian pesawat bertaburan di merata tempat dan cebisan mayat mangsa juga ditemui berkecai dan hancur.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie memuji kecekapan juruterbang ketika mendarat cemas kerana berjaya menyelamatkan nyawa ramai penumpang.

"Sebagai seorang juruterbang, saya kagum dengan kecekapannya. Pasukan penyelamat juga berusaha gigih menyelamat mangsa yang parah, jika tidak mungkin ramai lagi yang terkorban," katanya.

Masalah hujan lebat mengganggu kerja menyelamat yang terpaksa menggunakan mesin gergaji untuk memotong pokok yang tumbang menimpa pesawat. Penyelamat menemui beberapa bahagian kepala, tangan, kaki dan tubuh mangsa melekat pada pokok dan serpihan badan pesawat.

Mayat dihantar ke Hospital Universiti (HU) tetapi bilik mayat hanya mampu menampung 12 mayat dan bakinya dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) menggunakan lori.

Naib Presiden Eksekutif JAL, Y Takagi, yang tiba di Malaysia sebaik dimaklumkan mengenai kejadian mengumumkan pihaknya menawarkan kemudahan penuh membawa pulang mereka yang terselamat dan mangsa terkorban serta bersedia membayar pampasan mengikut peraturan antarabangsa.


INFO: Kejadian pesawat terhempas di Sungai Buloh

Kotak hitam ditemui di dalam bangkai pesawat dan dibuka di depan semua pihak berkuasa Malaysia, Jepun dan Australia untuk mencari punca nahas.

Pasukan pakar JAL dan Syarikat Mac Donnel Duoglas (Amerika Syarikat turut menyiasat tempat kejadian).

200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka.

Kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat.

Pasukan penyelamat menemui beberapa nota menyedihkan di tempat kejadian iaitu kad bertulis, "Selamat tinggal dan mudah-mudahan selamat. Andainya kau mesti pergi, pergilah".



sumber: sini


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Kapal Terbang MAS dari KL ke BEIJING dilapor hilang

By // No comments:


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.
Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.
“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.
Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.
Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -Awani





✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

kes report bercium yg lucu

By // No comments:


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

CARA BERKESAN HILANGKAN PARUT

By // No comments:

SET KECANTIKAN KULIT DAN MENGHILANGKAN PARUT TURUT TURUN HARGA SEMPENA ESP SHAKLEE PROMOSI !!!

BUY 6 FREE 1
FREE MEMBERSHIP
BINUS
BUY 1 ALSO GET SPECIAL DISCOUNT !!!!

Apakah manfaat Vitamin E dan ESP ni sebenarnya??

✔ VITA E 
1.Menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat.
2. Membuatkan kulit makin berseri2 dan flawless.
3. Mengandungi anti oksidan.
4. Membantu menghilangkan kesan parut dan luka
5. Melambatkan proses penuaan.
6. Membaiki peredaran darah dalam badan

✔ ESP
1. Mencantikkan dan mencerahkan kulit yang tidak sekata
2. Membantu hilangkan jerawat di muka
3. Menegangkan payudara
4. Menceria dan mengaktifkan kecerdasan mental dan fizikal
5. Untuk kesihatan menyeluruh kerana badan kita terdiri drpd Protein
6. Membekalkan tenaga secara konsisten


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

KEBAIKAN ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE - ESP

By // No comments:
Salam.
Sepanjang bulan Mac ni berlangsung promo hebat Shaklee. Promo yang memang  ditunggu-tunggu oleh ramai penggemar ESP. Kepada yg belum pernah mencuba masa ni lah yg sesuai untuk membeli sebab harganya murah sikit dari biasa. 
Kepada yang nak join membership percuma pun inilah masanya.
Beli 6 free 1 free membership & bonus!!!WOW


Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

HARGA ESP NORMAL RM150
PROMO? SILA SMS/WHATSAPP 0123117349





credit: http://vitaminsemulajadi.com/faedah-kebaikan-energizing-soy-protein-shaklee/

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.