Perkongsian Kuasa Ajaib Di Malam Jumaat

By // No comments:
pewittt......
salam semua
mari kita lupakan segala sengketa dan buat kerja yang lebih bermanfaat. Lebih-lebih lagi kita yang poket kosong ni....
Tips ni di ambil dari group shaklee saya Jutawan Beriman. Alhamdulillah syukur Allah campak saya dalam group yang beriman dan perkongsian pun yang baik-baik sahaja Insyaallah.

Jom lah baca....



>> “Duit banyak keluar, yang masuknya sikit!”

Ada yang mengadu kata kos melebihi untung. Jadi apa lagi yang kita boleh cuba buat untuk deraskan jualan?

Sebelum cuba yang lain, jom cuba satu cara ini dulu. Ianya ada ‘kuasa ajaib’!

…………

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Dapatkan maklumat mana-mana pihak yang memerlukan sumbangan ikhlas. (Contoh, http://on.fb.me/1aKfJcg )

2. Ikhlaskan hati dan sedekahkan sejumlah wang selama 7 hari berturut-turut. (Guna M2U dan Cimbclicks pun boleh)

Walaupun jumlahnya hanya RM1 sehari, tidak mengapa. Yang penting niat kita ikhlas bersedekah kerana Allah swt dan ianya berterusan.

Dalam masa 7 hari, cuba senaraikan apa perkara-perkara baik yang dah berlaku dalam masa 7 hari itu. Lihat ada perubahan tak dalam kehidupan anda. 

…………

InsyaAllah, rezeki akan lebih murah.

Ingat, rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit saja 

*Jika anda sedang buntu, cubalah amalkan cara ini. Jangan terkejut jika ada ‘magic’ yang berlaku dalam hidup dan perniagaan anda. 

**Nak share? Silakan jika anda rasa ada rakan-rakan yang tengah dalam kebuntuan sekarang ni 



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Pisau dan Citylink

By // No comments:

Alhamdulillah....
Pisau cantik ni dapat sambutan.
Terima kasih kepada pembaca blog adik Aimi dari Sungai Petani yang membeli 10 set terus.
Pengalaman nak pos pisau ni kelakar pun ada... nak cari yang murah punya pasal  tawakal guna perkhidmatan citylink.
Ingatkan macam pos biasa timbang bayar dah siap rupanya kakak citylink kata prosedur syarikat kami nak tengok apa barang kat dalam.
Lagi2 bila dia tanya barang apa, aku cakap je pisau.
Haaaa..... pisau????
Kakak tu dah besar bijik mata.
Aisehhh...... 
Terus kena bukak kotak
Kakak tu punya belek punya belek sampai ambil bawa masuk ofis tunjuk kat bos kat dalam.
Aku dah gelabah.....
Eiii.... cerewetnya!!!
Menyesal datang sini.
Bila kakak tu keluar dia masih kerut-kerut muka...
dik cantik pisau ni....
dan bla...bla...bla....
sambil tu timbang barang....
bla bla bla....
ukur kotak
bla...bla...bla...
kena ambil insurance ni... berharga
ye ... ikut kan je.
bla..bla..bla..
dah siap bayar. tapi dua orang kakak ni dan seorang lelaki masih tak puas hati dengan pisau
belek2 lagi
eiii.... abis la barang aku ni ....aku mengomel dalam hati
nak hilang sabar pun ada
dah dua kali ni aku suruh kakak tu plaster balik kotak aku
ye nanti kami plaster dik
tapi tak juga plaster
bla bla bla....
kak saya nak balik dah ni... akak tak nak plaster ke kak kotak saya ni?
tak pe dik.... adik jgn risau nnt akak plaster elok2
dan akhirnya aku pun keluar dengan perasaan berkecamuk
insurance kat tangan aku genggam erat dan aku bertawakal supaya barang selamat sampai dan cukup sifat kepada pembeli.

Beberapa hari kemudian aku dpt panggilan dari citylink
kakak tu call nak order pisau rupanya...
hihihi...
tadi dah hantar satu set
petang call lagi nak satu set lagi
alhamdulillah

jadi sekarang stok set 6pcs dan 3 pcs memang dah habis ... 
aku punya yang habis kat supplier ada lagi hik2

yang masih ada cuma set 5 pcs
macam ni

RM 60 TIDAK TERMASUK KOS POS
sebab ada papan memang berat sikit la...lebih kurang 1kg
jadi postage pos  laju dlm rm 10


ada kaler merah dan pink
sapa nak yang ada chopping board ni boleh wassap 0123117349
yang ni kat supplier dah habis
kat aku je yang tak habis2 lagi...sebab aku borong yang ni terlebih banyak.

Terima kasih juga kepada  pn salwani, pn zaimi, puan syida, pn azura, pn, niza, puan asnizah, puan rozie , pn ning , pn asmah , jiran2ku dll.













✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Tuah Nabil Dapat Rumah RM1 juta Percuma!!!

By // No comments:

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah pepatah yang sesuai untuk mengambarkan tuah pelakon dan pelawak Nabil Ahmad apabila dia menerima hadiah sebuah rumah yang bernilai RM1.036juta secara percuma.
Nabil pada mulanya hanya ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya namun tidak menyangka perkara itu membuatkan dia menerima tawaran sebagai duta kepada syarikat perumahan tersebut. Mereka bersedia memberikan Nabil sebuah rumah sebagai hadiah diatas kesanggupan Nabil itu.
“Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan ‘house hunting’ dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
“Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu,” katanya.
Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini. Nabil juga memberitahu bahawa dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakan.
“Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak. Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub),” tuturnya.
sumber Oh! Media

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

maya zahra team cikgu terbaik!!!

By // 4 comments:


salam...
ehhh tak sangka pulak entri gedik tentang kertas periksa beberapa hari lalu mendapat respon yang sebegini 
nak tergelak pun ada
nak marah.... nak marah sapa?
aduhaiii..... terima kasih lah cik puan maya zahra team aka MAYA DIANA 
atas segala keprihatinan dan kesanggupan cik puan maya zahra singgah ke blog ini dan memberi tindakbalas yg sungguh efektif.
tak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang memberi komen.
kalau macam ni lah gaya dedikasi seorang pendidik menangani isu kecil sebegini memang dijamin segala urusan akan berjalan lancar dan cemerlang gemilanglah sekolah.
Saya rasa tak payahlah cik puan zahra team aka Maya Diana mengambil serius sangat tentang cerita budak tahun 2 yang tak berapa cerdik ditambah pula dengan parent2 yang memang banyak 'songeh'. Cerita tu pun bukan menghentam guru satu negara... ini cerita biasa je di satu sekolah yang tak disebut pun nama.
Paling senang anggap je lah cerita itu hanya rekaan dan segala watak2 yang disebutkan itu juga adalah hayalan penulis sahaja. Ahhh.... nak senang cerita saja je nak tarik trafik... kekekeke
\
Lagipun memang salah murid pun.... sapa suruh padam jawapan salah dan tanda tempat lain.... sepatutnya kalau buat salah jangan padam. Biarkan.... jadi takdelah kertas periksa tu comotkan?
Budak biasalah memang pandai menipu!!!!  Dan memang itu MAKAN dia!!!
errr..... cikgu sekarang memang guna bahasa macam ni ke? baru tahu.... adehhh nyerinya!


Sekian.

*** atas sebab malas nak jadi popular maka dengan rasminya entri sebelum ini ditarik keluar dari blog ini. Sesiapa yang rajin dialau-alukan  singgahlah  ke page maya zahra shoppe untuk shopping di sana. Semoga maju jaya sis! Doa saya lagi agar puan dan suami (ikutkan hati yang baik nak je letak wajah manis cikgu supaya cepat cikgu dinaikkan pangkat....tapii.... ahh tak pe lah tak sampai pula hati saya takut akhirat nnt sukar nak cari cikgu) .di kurniakan anak yang soleh, bijak pandai dan tidak tahu menipu dan supaya tidak jadi bahan umpat keji orang. PEACE!







✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

VIVIX BANTU LAMBAT PENUAAN WAJAH, TERJUAL LEBIH SEJUTA!!!

By // No comments:
Setahun yang lalu, Shaklee memperkenalkan Vivix iaitu produk supplement revolusionari anti penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap selular. Lebih 1 juta botol vivix telah pun dijual.


Vivix merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, syarikat no 1 supplement makanan di Amerika.


Selain dari itu, ia juga menolong mambantu/menjaga/memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindunagn antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahteraan.



Siapa yang perlukan Vivix sebenarnya?
Bagi yang berumur 30 tahun ke atas sangat disarankan sebab bagi yang masih muda, kesan pengambilannya tidak ketara langsung. Malah ada yang merasakan pengambilan Vivix tak beri kesan pada kesihatan. Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kritikal memang disarankan amik Vivix kerana ia bantu membetulkan DNA kita. Perubahan pada wajah , penuaan atau penyakit yang ada adalah disebabkan perubahan yang terjadi pada DNA kita. Pengambilan Vivix memerlukan kita consume banyak air atau jika tidak badan akan merasa panas dan mudah demam. Jika anda ingin consume Vivix, pastikan anda minum banyak air dan dapatkan jadual makan dari pengedar. Jangan terus beli tanpa ilmu, walaupun ianya dalam kumpulan supplement dan bukan drugs namun kita tetap perlu ilmu sebelum amalkannya supaya nampak kesan seperti yang kita harapkan.


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Salah Menteri Punca Harga Gula Mahal???

By // No comments:

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa harga gula melonjak naik bukan kerana isu subsidi tetapi Kerajaan Pusat menandatangani perjanjian beli gula mentah dengan harga tinggi.

Menurutnya, pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga AS$25 (RM78.59) setiap 45.36 kg.

"Ekoran perjanjian itu rakyat terpaksa menikmati gula lebih mahal.

"Saya mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan kerana membeli gula mentah dengan harga lebih mahal dari harga pasaran iaitu AS$23.42 (RM73.62)," katanya di Parlimen, semalam.

Beliau berkata, jika mengambil kira harga gula mentah pasaran antarabangsa ketika ini, iaitu AS$18.91 (RM59.44) setiap 45.36 kg, bukan sahaja kerajaan tidak perlu menanggung sebarang subsidi malah harga gula akan menjadi lebih murah daripada RM2.84 sekilogram yang ditetapkan.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, perbezaan harga kontrak melebihi 10 peratus daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun.

"Saya juga masa itu beri amaran kepada kerajaan bahawa kesemua laporan penganalisis antarabangsa meramalkan bahawa harga gula akan menurun akibat 'excessive supply'.

"Tetapi perkara itu tidak dihiraukan oleh kerajaan, malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, menjawab di Parlimen harga gula mentah dunia diramal terus meningkat pada masa depan," katanya.

Tambahnya, sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa menjunam sehingga serendah AS$16.70 (RM52.50) setiap 45.36kg pada September 2013.

"Ini bermaksud kerajaan beli gula 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran bulan lalu,"katanya

Sumber Sinar Harian 30 Okt 2013 dan baca di SINI


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

PELATIH PLKN WANITA MENARI ALA-ALA SEKSI

By // No comments:


klip video ni dah tersebar beberapa hari lalu sebenarnya.
Bagi yang suka benda-benda macam ni dorang mesti komen ok apa tu,.... bukan tarian bogel punnnn!!!
Nak berhibur pun salah ke????
Ha.. ha.. ha... ye lah kan..... sedangkan PM pun suka tarian kpop inikan pula rakyat kekekeke

TAPI bukan semua orang boleh terima ye benda-benda macam ni... lagi-lagi ibubapa. Sedih!!! Kalau baca komen-komen bawah video lagi sedih .... lebih-lebih lagi yang beri komen itu lelaki. Tergedik2 tertonggek2 alahaiiii..... lebih baik tutup je la PLKN tu... tak membazir duit negara. Kalau keluar PLKN tu sama je feel remaja ni tak berubah pun jadi baik baik tak payah .... patutnya makin insaf... makin baiki diri dengan nilai-nilai murni... yg beragama Islam pulak makin kenal dosa pahala... ini????






✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

GOUT DAN RAWATAN

By // 1 comment:
Salam Jumaat
Berkenaan ulat resdung yang saya tunjuk kat entri sebelum2 ini bukan lah maksud saya nak over sangat mempromote produk shaklee....
kalau yang biasa datang blog ni mungkin tahu memang saya sebelum-sebelum ni suka share benda-benda pelik ngeri dan ntah apa-apa yang tak pernah kita tengok.... ulat dekat otak...ulat dekat mata... ulat berkerumun dekat kaki...
Tapi bila orang tanya set shaklee ni berkesan ke?
Jawapan tulus saya ialah saya tak tahu sebab saya takde resdung
Jika tanya gout
yang tu saya boleh jawab dengan yakin
insyaallah dan alhamdulillah... saya dah boleh jalan laju

Apa ingat orang suwit ayu macam saya ni tak de gout ke? hehehe....
kolesterol pernah cecah 13++
asid uric tak pernah tak tak kena bulat dengan pen merah
aiyooo.... doktor kata " awak ni makan apa ni"
sengih-sengih je saya jawab....udang goreng cicah budu!
lauk orang malas.... udang goreng kan senang.... lagi2 kat rumah ni saya sorang je yang makan lauk tu... hahah.... goreng udang 6-7 ekor dan cukup.
tapi yg bagusnya doktor tak bagi ubat pun.... dia cuma geleng2 kepala je.... sambil bagi nasihat jaga pemakanan. Agaknya doktor ni pasrah je kot .... panjang umur ada la ....

berapa tahun saya menanggung sakit kaki.... tapi kat tumit
waaaa....sakitnyaaa.... tak boleh jalan
paling kronik tahun ni
lutut pula kena serang!
dua2 pulak tuh
dah macam kak long kat kampung pulak...
jalan pun macam kingkong
pastu godek2 kat fb jumpa la testimoni produk boleh cairkan lemak
maka belilah LECITHIN dengan harapan boleh kurus dan sakit kaki hilang
memang berat turun.... ramai yang perasan tapi orang tak tau kaki semakin sakit
lutut makin sakit..... ehhh ni gris lutut pun dia hakis jugak ke apa!

Tanya balik set gout kat penjual ( tak kenal tp tau dia jual)
dia cakap set gout OMEGA + ALFALFA+ PERFORMANCE DRINK
okey saya beli
mula-mula tak ada kesan pun
tapi dah makan lebih separuh omega tu memang sakit lutut dan tumit hilang
dah boleh jalan elok.... tak macam kingkong kengkang-kengkang
lagi satu makan omega ni melicinkan pembuangan... hehe
sebab tu saya syorkan orang ada buasir / sembelit makanlah OMEGA
dan ada testimoni yg mengatakan makan OMEGA boleh kurus
yang ni saya tak berjaya buktikan lagi ye....
tapi yang pasti rambut kering jadi berminyak
muka pun wahhh glowing sampai berkilat hak2
terpaksa la sapu balik cream pemutih

sekian.... nak bagi arnab2 sarapan








✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Cerita Pisau dan Panties Dimalam Jumaat

By // No comments:


Alhamdulillah pisau gedik ni dah ada kat rumah
esok bolehlah serah kepada penggoda ehhh pengorder
cuma masalah besar menimpa bila aku boleh tak perasan kaedah penghantaran tu mcm mana...
cisss rabun sungguh
rate postage yang aku tempek sebelum ini rupanya bukan rate pos laju
tapi biasa
aku ingatkan benda cantik lawa ni ringan je
rupanyaaa.... macam aku jugak
berat daaaa....
kotak je dekat sekilo kot
macam tak percaya aku check balik senarai list postage yg supplier kasi
laaaa
penghantaran menggunakan parcel rupanya bukan pos laju
patut murah bebeno
sorry ye adik dr sungai petani yg order 10 kotak
akak yg salah nnt akak belanja adik
spendot candy crush


khas untuk wanita sahaja!!!
larisss mcm goreng pisang panas  ni tau
tak tau pasai apa
masing-masing perut boroi kot wakaka
(erkk mcm la aku takde perut)



spendot ni nama dia hightwaist slimming panties jugak
tapi lagi  SUPER DUPER 
nampak tak perbezaan antara dua
NAMPAK TAK???
 jadi sapa nak  memilikinya bagi mengkaver perut  sampai atas pusat
sila wassap atau sms ye
0123117349



errr.... aritu ada sorang lelaki komen kat entri sebelum ni tanya macam mana nak belikan isteri dia

kalau encik terbaca entri ni harap encik suruh isteri je yang wassap / sms saya
sekian.... gud nite

spendot ni pos pakai pos laju
kalau setakat dua tiga helai  tu cukup rm 6 kot
kalo lebih kena bayar lebih
sebab spendot ni kain lebih  tebal dan lebih grip dan lebih besar dan tentunya lebih berat
 sekian sekali lagi



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Lelong.... lelongggg!!!!

By // 3 comments:
mood pagi ni geram
sebab aku tinggal sorang-sorang je kat rumah
maknanya kena basuh sangkar arnab ni sorang2
bila dah buat sorang2 mula la mood nak berkasih sayang dengan arnab-arnab ni menurun
kalau kucing dah lama dah kena buang kat pasar
hikhik
tapi sabarrrr
sebab


beri makan haiwan juga salah satu punca murah rezeki.....

jomlah berkenalan dengan arnab2 nih

ni abun atau mak abun
subur sangat arnab ni
kerja di asik beranak jeee
ni pun tengah tunggu hari sebab tu spesel sikit keluarkan dari sangkar

dollly dan molly
anak-anak chebi yg pertama
nama ni diberi masa dorang kecik
waktu tu dorang ni tersangatlah cumil
ingatkan betina macam ibunya chebi
sekalinya jantan daaaa....
sekarang tukar dol dan mol


ni semua anak2 chebi
kelahiran kedua
sekor je ada nama yang oren tu
nama dia oyen
yang lain2 dah malas nak bagi nama



ini chebi


ini putih
jantan ni la yang membuntingkan arnab2 betina
pantang jumpa
tu tengah buat muka kesian dia la tu nak  minta keluar hak2
kan abun ada kat luar
hiss..hisss... tak senang duduk dia tengok abun ada kat luar
nak lepas rindu dendam la tu
sorry laaa
mak abun tengah tunggu hari je tu
malas mak abun nak layan ko koh3

ni anak-anak abun 


dalam ni 3 ekor kat tengah tu anak-anak abun jugak
yang kelabu tu iris
yang depan sekali tu opet

ehhh tapi betul ke aku nak lelong arnab2 nih???
kang menangis siang malam sapa nak pujuk 
waaaduhhhh.....


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Menggoda di dapur - gediknya!!!

By // No comments:
fuyohhh.... bunga ros merah!!!
tak tergoda ke tengok pisau ni....
letak kat dapur mengancam kan....
hik3...
RM 50 
wassap/sms 012 3117349 (aiyang) untuk order
untuk order je tau bukan untuk goda
ngeee~~~
dan
jangan call sebab saya gagap...ehhh gugup







seksi kannn
bahan dari metal 
bukan seramik
ada lagi 3 warna pilihan
purple, blue and pink
harga ni kira termurah la
kat sini pun ada ... murah jugak ...tengok sini

lain lain pilihan
 rm80 


rm 75 
ps: nak borong pun boleh.... syarat beli 10 dan ke atas

kos penghantaran s/ss
1 kotak rm 6/10
2 kotak rm 9/15
3 kotak rm 10/19
4 kotak rm 12/21
5 kotak rm 13/24
10 kotak rm 16/48


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Noreen Noor kembali kerahmatullah. Alfatihah

By // 3 comments:
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan penyanyi yang popular sekitar 80-an iaitu Noreen Noor. Allahyarhamah telah meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Ampang Puteri akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang.


Allahyarhamah Noreen Noor berusia kira-kira 40-an dan meninggalkan 2 orang anak. Beliau popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. Info asal Astro Awani.

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

BIKIN PANAS

By // No comments:
Hari ni Isnin kan....
Cuaca pun sekejap panas sekejap mendung sekejap hujan
Tapi itu semua takde makna
Orang tetaplah berpusu-pusu memborong
borong apa? 
Tengok bawah nih....


Memborong shaklee la adik2 akak2 sekalian

Agak2 larat tak nak tunggu giliran
waaaaa......
sabar2

Tengok senarai order di bawah


kalau tengok list pesanan macam fofular sungguh produk ni kan

tapi memang fofular punnn
tambah2 hari ni produk yang ditunggu-tunggu sekalian lama muncul
taukah apakah dia yang paling dinantikan


VITA- C PLUS

Tapi
hot item tetap lah Lecithin
terlajak larissss
belum sempat sampai giliran stock abisss

sabauuu je lahhh



ps: sesiapa yang nak merasai kepanasan SHAKLEE jangan malu jangan segan ... jom join saya sebagai ahli ... RM 65 sahaja seumur hidup dan tambah RM10 lagi untuk kos penghantaran jika anda duduk jauh dr laluan saya....





✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Remaja perempuan pukul rakan sampai pengsan!

By // 1 comment:



mak aihhh... ganasnya anak2 dara nih... takut makcik nak.. 
ni kalau terserempak dengan perogol bersiri bagus sangat nih.... adik boleh tomoi lelaju sampai perogol tu pengsan jugak... 
tapi macam biasalah... yg tukang rakam video ni pun sengal jugak.... takde hati perut tengok kawan kena belasah.... lagi best upload lagi kat internet... tahniah dikkk.... adik memang bijak... bijak sangat.... senang sikit pihak berwajib nak cari gangster dua orang tu....

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

HIGHWAIST CANDY PANTIES .... Larissss!!!

By // No comments:
Pagi tadi barang yg dipesan sampai..... pesan 50 pcs tapi share dengan sorang lagi kwn kat JB jadi dapat la 25 pcs seorang.... 
Saspen betul..... ada ke orang nak beli benda ni ekkk.....
sekali tunjuk kat kwn haa.... kauuu
dua orang ambik 3 helai sorang.... sorang ambik 10 helai.... anak saudara booking 12 helai
ohhh..... laris rupanya (walaupun baru laku 25 lai tapi bangga abisss).... hahahah...
alhamdulillah.... pasni bolehlah acik order lagi!!!





Ini namanya 

HIGHWAIST CANDY PANTIES (ini bukan sekadar Panties biasa)

~~~ Boleh kempiskan perut lagi !!! meh cuba meh !!!!

Panty kempiskan perut ### pinggang panty tinggi slimming

UKURAN : Free saiz S - XXL boleh memakai

BAHAN : Di perbuat daripada kapas 90% dan 10 % spandex


FUNGSI :

-Membantu merampingkan pinggang dan perut.
-Mengangkat punggung dan PADATKAN BAHAGIAN PUNGGUNG yg JATUH.
-Sesuai di pakai sepanjang hari dan paling efaktif di pakai pada saat tidur utk pembakaran lemak.
-Terasa nyaman dan tidak menganggu aktiviti seharian. @Jika di pakai sambil bersenam dapat mempercepatkan pembakaran kalori.
-Cara mudah dan efaktif utk membuat tubuh anda lebih ramping. -Guna kan secara rutin maka efaknya akan segera terasa.
Testimoni2 sangat selesa di pakai

# Material soft cotton dan tidak panas !! Disarankan di pakai sebagai seluar dalam harian.
Boleh beli lebih untuk ganti setiap hari. (copy paste ayat penjual...hik2)




RM15 SEHELAI POS RM 6/9






Selamat menyambut hari raya aidil adha kawan-kawan semua ^____^



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Anak Kurung Ibu Tanpa Makanan 4 Hari

By // 1 comment:

GUNUNG SEMANGGOL - “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain."

Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.

Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.



Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu.

Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu.

Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

“Sejak berpindah ke rumah sewa baru, kami sering memerhatikan gelagat ibunya yang kemurungan setiap kali keluar dari rumah.

“Kemuncaknya, kami menjadi bimbang apabila kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sejak seminggu lalu, sedangkan anak mangsa sekeluarga ada di rumah," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Bukit Merah, semalam.

Didorong sifat ingin tahu, Mohammad bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa dan terkejut dimaklumkan mangsa dikurung tanpa diberi makan selama empat hari.


Keadaan tempat tidur mangsa yang menyedihkan

Jelasnya, pada pertemuan itu, mangsa mengakui ditinggalkan anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci dan terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar.

"Mangsa turut mengakui sering dipukul  menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui.

“Sebak melihat keadaan mangsa, kami segera membelikan makanan kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hasan untuk tindakan lanjut,” katanya.


Mohamad berkata, dia pernah menemui anak lelaki mangsa untuk bertanyakan keadaan mangsa, bagaimanapun anak lelaki mangsa hanya memberitahu ibunya mengalami gangguan mental.

“Atas nasihat ketua kampung, kami membuat laporan polis mengenai keadaan ibu mangsa di Balai Polis Bagan Serai pada Jumaat lalu dan perkara itu turut dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian pada keesokan harinya,” katanya.

Mangsa diselamatkan JKM

Sementara itu, Pegawai JKM Kerian, Noor Kamaruzzaman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan kes penderaan melibatkan mangsa pada Sabtu lalu.

Susulan itu, pihaknya membuat lawatan ke rumah mangsa sebanyak tiga kali untuk menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan dibuat.

“Dalam dua lawatan permulaan, kami difahamkan anak lelakinya terpaksa mengurung mangsa kerana mengalami gangguan mental.

“Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan mangsa yang mengaku didera dan direkodkan jiran terdekat,
JKM mengambil keputusan mengambil mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Parit Buntar di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Kata Noor Kamaruzzaman, jika terbukti terdapat unsur penderaan ke atas mangsa, tindakan akan diambil ke atas kesemua suspek terlibat.

"Tetapi jika mangsa terbukti mengalami gangguan mental, satu cadangan rawatan pemulihan akan dikeluarkan ke atas mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa diambil di rumahnya dengan diiringi polis lebih kurang jam 1 tengah hari semalam.

“Selepas itu, JKM mungkin akan mencari tempat perlindungan sesuai kepada mangsa sehingga siasatan kes selesai,” katanya.

Mangsa yang ditemui pemberita mengakui dipukul menantunya pada sebelah malam susulan selepas menerima kunjungan pegawai JKM, kelmarin.

Sewaktu ditanya pegawai JKM semalam, mangsa mengakui tidak diberi makan semalaman.

Tinjauan Sinar Harian di rumah mangsa mendapati keadaan bilik tidur mangsa amat menyedihkan apabila terpaksa tidur di atas lantai tanpa disediakan tilam.


sumber- sinar harian 



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Al kisah Sarapan Pagi RM6000 -Video

By // No comments:

Mencekik tak ingat.... siap tapau lagi tu..... sampai licin pulak tu... hek3....




Ini laporan dari Akbar ...

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). 
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 


Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam. 
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat. 
“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan. 
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. 


Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000. 
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000. 
“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun. 
“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya. 


Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan. 


Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. 
“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan. 
“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya. 
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000. 
“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal. 


“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu. 

"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya. -SinarHarian


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Gempar! Orang mati tiba-tiba bangun kembali

By // 1 comment:

Gempar! Seorang lelaki yang ditemui terapung dan disangka telah mati tiba-tiba bangun dan ketawa.
Makkk.... seramnya!
Baca sampai habis kemudian nak ketawa....ketawalah ....
hehehe


TRIBUNNEWS.COM, JEMBER - Warga di Jalan PB Sudirman, Kecamatan Tanggul, Jember, Jawa Timur, Minggu (6/10/2013) sempat dibuat geger. Ini disebabkan, seorang pemuda yang tidak dikenali identitasnya, ditemukan mengapung di sebuah selokan di jalan itu.
"Waktu itu saya dan warga yang melintas sangat kaget, karena dikira itu mayat seseorang," ujar Sugeng, salah satu warga setempat.
Karena penasaran, kata Sugeng, warga kemudian melempar batu ke arah orang tersebut, dan rupanya sama sekali tidak bergerak. "Saya saat itu panik dan melaporkan kepada kepolisian, karena saya kira itu benar- benar mayat seseorang," imbuh dia.
Setelah mendengar laporan itu, polisi kemudian mendatangi lokasi kejadian. Saat itu pemuda yang tidak dikenali identitasnya tersebut, tetap tidak bergerak. Polisi akhirnya turun ke selokan untuk melakukan evakuasi.
"Saat itulah, pemuda yang dalam kondisi telanjang bulat tersebut tiba-tiba bangun kemudian duduk dan langsung tertawa. Ternyata pemuda itu orang gila," katanya tertawa.
Sontak saja peristiwa ini membuat warga yang sudah mulai berkerumun di lokasi kejadian langsung tertawa melihat kejadian tersebut. "Gimana gak mau tertawa, la wong dikira mati lalu hidup lagi," kata Sugeng.

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Kena Serbu

By // No comments:


Hari ni bersemangat pergi HQ Shaklee nak memborong Omega dan lain2..... 
sampai2 je tengok orang punya la sesak..... 
lerrrr...... ingatkan tengahari,  Isnin pulak tu lengang tak ramai orang.....
sekali dapat giliran ada 143 orang lagi dihadapan!!!

Duduk dah setengah jam angka giliran bergerak ke 1078
tak boleh jadi..........
BALIK
esok pagi-pagi datang balik
hehehe

memang dasyat shaklee 
siapa dah kenal shaklee akan tahu apa keistimewaan produk nih
dah pukul 4.30 petang mama Ija mesej (upline)
kak hasben saya ada kat hq .... nak beli apa???
ooohhh
alhamdulillah
memang sebelum ni awal2 kenal shaklee hasben Ija (Munzir) ni la yang hantar barang malam2
pastu rasa kasihan pulak sebab dia duk jauh nun di Puncak Alam sana
tapi dia memang sukarela nak hantar 
tak kena charge pun
senang kannn

ada sesiapa yang nak join member shaklee jangan malu2 ye 
sebab saya ni penyegan dengan orang yang tak dikenali jadi saya akan rujuk pada upline terus
dia  yang akan daftarkan dan hantar ke rumah jika area dekat2 lah
kalau jauh tu kena la pos... 
yang penting bagi detail peribadi
chaiyokkk








✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.