(3 Gambar) Sedih... Kanak- Kanak Ini Diberi Makan Sebelum Ditembak Mati Tentera!!!

By // 2 comments:




Gambar yang menunjukkan saat terakhir sebelum seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dibunuh oleh tentera Sri Lanka, tersebar. Melalui gambar tersebut, terungkap bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sempat diberi makanan sebelum ditembak mati.

Gambar kanak-kanak yang bernama Balachandran Prabhakaran, anak pemimpin pemberontak Harimau Tamil, Velupillai Prabhakaranini, diambil pada Mei 2009 lalu, tengah berlaku konflik besar-besaran antara kerajaan Sri Lanka dengan kumpulan pemberontak Tamil.

kerajaan Sri Lanka selama ini mendakwa bahawa Balachandran mati dalam tembak-menembak antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak. Namun kewujudan gambar tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut ternyata dihukum mati secara keji oleh tentera Sri Lanka. Demikian seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (20/2/2013).

Gambar pertama menunjukkan Balachandran yang sedang ditahan tentera Sri Lanka, duduk di sebuah bangku sambil memakan snack.kelihatan gambar kanak-kanak ini hanya berseluar pendek.

Seperti kisah NABI MUSA... BAYI yang di BUANG di sungai ini MASIH HIDUP !!!

By // 2 comments:



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Christiano Ronaldo Melakukan Perkara Yang Mengejutkan Seluruh Umat Islam & Dunia - video

By // 1 comment:


Di akhir perlawanan kelayakan Piala Dunia Grup F antara Portugal dan Israel, Cristiano Ronaldo menolak bertukar jersey dengan pemain Israel. 


Menurut laporan Shabestan, wartawan tv Aljazeera sempat bertanya kepada Ronaldo,

Anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin?
Bintang dunia yang berasal dari Portugal itu menjawab, "saya berada di bumi Palestin"

Gambar2 Pope Francis Cium Dan Basuh Kaki Banduan Termasuk Muslim

By // 1 comment:
Pope Francis menunjukkan keprihatinannya dengan mencium dan membasuh kaki dua belas orang banduan termasuk diantaranya banduan muslim.

'This is a symbol, it is a sign -washing your feet means I am at your service,'







Baca selanjutnya di  SINI




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

David Villa Terkena Azab Allah - Christiano Ronaldo.

By // 1 comment:


Christiano Ronaldo : Bagi saya,David Villa terkena azab daripada Tuhan umat Islam selepas dia menghina sahabat saya iaitu Mesut Özil dengan mengatakan "F#@K Muslims". 



Ozil sebelum beraksi selalu membaca doa dan dia marah orang menghina Islam kerana Islam adalah agamanya.Sejak akhir-akhir ini,Villa sering mengalami kecederaan yang berpanjangan secara berterusan. 



Paling terbaru,dia terkena penyakit batu karang.Saya lihat sebelum insiden dia dan Ozil,dia merupakan pemain yang sihat dan cergas. 
Ozil pernah berkata pada saya bahawa itulah azab dan hukuman yang Villa terima selepas menghina Allah S.W.T. 


Sumber dari facebook.com/DPPMalaysia



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

DROPBOX - BANTU KESAN PENCURI NOTE 10.1 ' PINK '

By // No comments:
Hai salam semua.....
korang dah tahu apa dia dropbox?
kita baru je tahu ni..... tu pun selepas terjumpa post kat bawah ni di fb. Wanita ni telah kecurian note 10.1 dan dia memang guna aplikasi dropbox. Tetiba muncul gambar dua makhluk asing bergambar dalam tandas dalam folder dia. Jadi dia syak makhluk tandas ni la yang curi note dia. Baguslah kan aplikasi ni. Maknanya kalau org yg curi tu tak reti pape pasal aplikasi ni memang nahaslah kan. Tapi kalau pencuri tu jual kat orang lain .... naya gak la orang ketiga tuh.

Terus google apa  benda la dropbox tu. Ohhh.... lebih kurang mcm poket doraemon tu rupanya. Baca SINI


Dropbox_Logo1
Perisian yang ingin saya kongsikan adalah “Dropbox – Simply Your Life“. Dengan motto ”Your life’s work, wherever you are.” telah mengambarkan apakah fungsi sebenar aplikasi Dropbox ini.
Dalam erti kata lain Dropbox adalah perkhidmatan yang diberikan secara percuma dan membolehkan pengguna membawa semua gambar, dokumen, video atau apa sahaja data kemana-mana sahaja. Ini bermakna bahawa mana-mana dokumen yang anda simpan ke laman web Dropbox secara automatiknya akan turut berada kepada semua komputer anda dan telefon anda.
dropbox-graphicDropbox juga senang berkongsi data antara pengguna-pengguna lain yang dibenarkan. Konsep yang lakukan sama dengan konsep “Sharing Folder”. Ini memudahkan perkongsian data secara terus dan pantas.
Ini juga dapat menjaga sebarang dokumen penting anda daripada berlaku sebarang bencana alam, kecurian dan perkara yang sewaktu dengan nya. Sebagai contoh kecurian laptop anda, kerosakan hard disk, file crash dan sebagainya.
Sila lawat laman web Dropbox untuk pendaftaran sekarang atau ingin mendapat info yang lebih terperinci. ”Dropbox – Simply Your Life
sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

WE WANT DECLARE WAR!!! Awang Hitam Mengamuk Dan Istihar 'Perang' Terhadap Pihak Berkuasa

By // 2 comments:


Lebih 50 ‘Awang Hitam’ Mengamuk, ‘Serang’ Balai Polis Jinjang!


KUALA LUMPUR – Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.
Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.
Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.
Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.


Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.

Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.
Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.
“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.
“Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.
Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.
“Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.
“Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.
“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu,” katanya. -HARIAN METRO




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

GARA-GARA KANTA LEKAP MATA REMAJA TERPAKSA DIGERUDI

By // 2 comments:

MATA REMAJA DIJANGKITI PARASIT

FLORIDA 28 Mac - Seorang remaja perempuan di sini terkejut apabila diberitahu dia hampir hilang penglihatannya setelah sejenis parasit mula membiak pada kanta sentuh yang dipakainya dan mula merosakkan kornea matanya.

Doktor mendapati mata Hyde, 18, dijangkiti parasit mikroskopik atau acanthamoeba yang biasa ditemui pada air dan tanah yang merebak sama ada menerusi kanta sentuh, luka, atau luka kulit dan semasa bernafas.

Ekoran jangkitan itu, Ashley Hyde terpaksa menjalani rawatan selama berbulan-bulan dan mengharungi satu prosedur yang mengerikan apabila pakar optik perlu menggerudi ke dalam matanya.
Selain itu, kotoran yang terdapat pada biji mata remaja tersebut turut dibuang ketika kakitangan perubatan cuba mencari punca mengapa mata kirinya dijangkiti radang.

Acanthamoeba mengakibatkan Hyde yang berasal dari Pembroke Pines, Florida mengalami masalah pemandangan kabur dan dia terpaksa berulang alik berjumpa pakar mata.
''Mereka (doktor) melakukan pelbagai cara untuk membuang kotoran pada mata saya. Kadangkala mereka terpaksa menggerudi mata saya. Ia agak menjijikkan,'' katanya sebagaimana dilapor Local10.com.
Sementara itu, seorang pakar perubatan optometric, Dr. Adam Clarin berkata, pengguna kanta sentuh perlu menukar alat itu setiap hari
.
''Tiada apa yang lebih selamat atau sihat daripada membuang kanta sentuh setiap hari dan bermula dengan alat yang baru pada hari berikutnya,'' kata Clarin. - AGENSI


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Tahniah! Irma Hasmie Selamat Lahirkan Cahayamata Lelaki

By // 1 comment:

Tahniah! diucapkan buat pasangan Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka sekitar jam 8.51 pagi tadi. Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh suami Irma sendiri menerumi laman Twitternya beberapa minit yang lalu.

Anak Irma Hasmie

 ✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus

By // 2 comments:

Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus | Apabila kita menyebut tentang uri, KisahBest.My ingin berkongsi tentang satu kisah seram di mana sebuah keluarga yang membawa balik uri bayi untuk ditanam di rumah, menjadi tumpuan makhluk halus. Salah seorang daripada ahli keluarga tersebut tersedar dan cuba melawan makhluk halus tersebut. Persoalannya, apakah yang terjadi kepada uri tersebut? Ikuti kisah di bawah ini.

Sekadar gambar hiasan

Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.

Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.


Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.

Pontianak itu tiba-tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap di rumahku.

Oleh sebab itulah pontianak itu tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.

Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.
sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Betul Ke Babi Ada Dijual Di NSK.... iskkkk...iskkkk....iskkkk

By // No comments:
Copy dr sahabat
NSK SELAYANG
Salam semua.

ini adalah kisah benar. semalam 8am sy ke NSK selayang mencari keperluan anak2 utk simpanan stok biskut n sabun ke asrama. sy jarang pegi sgt ke NSK, last pegi masa rombongan cik kiah membeli brg2 utk projek CSR corporate services dulu tu...(tak hengat ker)....

sy masuk ke kawasan pasar segar NSK ni...cuba tgk kat bawah apa yg sy nmpk????? jeng jeng jeng

Binatang yg bernama BABI ni dok parking dlm troly tanpa berbalut, not only tt..boleh pulak lepak kat sebelah booth daging lembu. masa sy ambil gambar ni ramai jgk pekerja myanmar tu bising bising....(ntah­ apa yg dia ckp tak tahu la). Pd pendapat sy...Binatang BABI ni dia tgh tunggu turn utk dia di potong menjadi kepingan kepingan kecil. sy rasa kepingan daging BABI basah tidak ada di jual di NSK (sy tk penah trpdg plak...sbb jrg sgt masuk kawasan pasar segar nsk ni) tetapi sy pasti yg Binatang BABI berkenaan di potong mnggunakan PEMOTONG yg sama dgn daging lembu n ayam.

klu Binatang BABI ni tdk bertujuan utk di potong @ di jual d NSK...ape kejadahnya dia nak lepak2 kat situ????? tk boleh nk buat lawatan sambil belajar pun sbb kepala hotak dia dh tak ada....tak caya ker? g tgk gambar kt bawah.

tolong war warkan pada rakan2.... selepas ni g cari brg masak tempat lain ye. mmg certain bende d Nsk ni harganya mampu beli, tp tak kan sanggup kita nk menggadai aqidah kita melalui pemakanan hnya kerana harga brgannya murah. pelbagai cara kafir laknatullah ni utk merosakan iman kita....dan mereka sama shj spt para IBLIS yg setiap saat ingin cuba menyesatkan Umat Muhamad.

Saidina Ali pernah berkata "Tidak akan namanya kebaikan jika diakhirnya adalah NERAKA, tidak akan namanya Kejahatan jika diakhirnya adalah SYURGA.

wallahualam.



waaaa...... terkejut betul tengok gambar di atas yang tersebar di fb.
babi ke tuh?
gemuk dan banyaknya isi!!!
walaupun tak pernah lagi ke NSK Selayang tapi mmg selalu pergi NSK Kuchai Lama...... waaa.... ntah2 sama je kot.
tapi betul ke tu babi?
bukan lamb ke tuh???
gila apa dorang nak letak babi mcm tu je depan orang ramai..... mau lengang tak de sapa lagi yang nak pergi nsk selain cha ya nun alif dan dll  yg bukan Islam.

mari tengok apa komen orang ramai tentang isu ni..... (yang sompek den printsc)

komen 1


komen 2


komen 3 dan komen yang paling brutal ...ngeee

hailaaaa....... bikin panassss ni derrr


Ada lagi komen2 lain tapi tu je yg rajin den nak prtsc.Ramai yg kata tu KAMBING. Kalau kambing ok alhamdulillah... lega .... hehe. Bukan apa walaupun aku tak beli daging import kat pasaraya dan mmg tak pernah beli ayam kat mana-mana pasaraya sebab was-was dengan pisau yg digunakan ...sembelihan etc.... tapi tetap geliiiiiiiiii tengok benda tu...... Silap2 dengan ikan2 dia aku tak beli...... was2 tang troli lagi..... aduiiii..... jadi sesiapa yang arif mungkin boleh beri pendapat. Terima Kasih.

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Video Terrr...... Lawak Untuk Malam Ini....

By // No comments:
kekekeke......
kelakar tengok aksi mat-mat rempit nih....
cari masalah betul
setakat motor pecah tarapappaa la adik.... kalo kepala pecah..... nasib korang laa




Aksi Lawak Samseng BN Yang Kelam Kabut Lari


Hari tue PKR ada lancarkan dua buah kenderaan yang akan digunakan untuk melancarkan gerak kempen PR di Sabah dan Sarawak. Van dan BAS jelajah rakyat.

Namun pelancaran itu cuba dikacau oleh sekumpulan mat rempit pro BN.. sebelum mereka ditahan PDRM kerana berbuat kacau..

Video di atas ialah mengenai aksi mereka yang kelam kabut lari selepas aktivis2 PR bertindak menangkap mereka untuk diserahkan kepada PDRM kerana berbuat ganguan terhadap majlis orang..

Ini lah sebahagian samseng yg dapat diberkas oleh pihak polis yang dibantu oleh sebahagian ahli AMK. Kumpulan pengacau ini dipercayai telah di upah oleh pihak tertentu (bukan nama sebenar) untuk membuat kacau semasa lawatan DS @anwaribrahim ke Kota Kinabalu..sasarannya Bas Jelajah PKR Sabah

Dilaporkan sekitar 20 pemuda bermotosikal dipercayai dari kumpulan MUBN (macai umno barisan nasional) yang bersenjatakan cat dan kayu cuba menyerang Bas Jelajah PKR Sabah. Setakat ini 6 sudah ditahan POLIS.....Ini Kalilah...

P/S : Budaya samseng kg dusun umno di semenanjung dah menyerap ke Sabah pulak yer...


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

PRESIDEN TERMISKIN DUNIA - LIHAT!!!

By // No comments:

MENJADI individu ternama apatah lagi menjawat jawatan sebagai pemimpin negara akan menyebabkan segala gelagat dan tindak-tanduk akan sentiasa diperhatikan. Tujuannya, sama ada untuk dijadikan panduan oleh penyokong atau ancaman terhadap penentangnya. Tetapi, Presiden Uruguay, Jose Mujica tampil dengan sisi eksentrik lari daripada kebiasaan presiden lain yang sudah biasa hidup mewah. Mujica dilantik memegang jawatan itu pada 2009 bukan sahaja menjadi sumber inspirasi rakyatnya bahkan masyarakat dunia yang begitu mengaguminya. Lelaki berumur 77 tahun ini rela memilih untuk hidup sederhana di sebuah rumah ladang milik isterinya, Lucia Topolansky di Montevideo, ibu negara Uruguay walaupun kerajaan menyediakan istana presiden yang selesa untuknya.



 Malah, dia yang tidak mempunyai zuriat telah mendermakan 90 peratus gajinya untuk golongan miskin dan usahawan kecil. Rumahnya dikelilingi tanaman jagung dan bunga yang diusahakan sendiri. Hanya terdapat dua orang polis yang menjaga keselamatannya selain seekor anjing peliharaan yang diberi nama Manuela. Bekalan air diperoleh daripada telaga di belakang rumah manakala pakaian tersidai di ampaian menjadi pemandangan biasa di belakang rumahnya. Gaji Mujica kira-kira RM40,000 namun hanya RM2,500 yang ditinggalkan untuknya.


 Selain itu, aset yang diisytiharkan hanyalah sekitar RM675,000 termasuklah rumah dan tanah ladang, traktor dan sebuah kereta buruk, Volkswagen Beetle keluaran 1967. Kehidupan presiden ke-40 Uruguay ini didasari sejarah perjalanan hidupnya semasa muda. Beliau menganggotai kumpulan gerila Tupamaros yang dibayangi gerila Cuba pada 1960 selama 10 tahun. Lelaki yang mengamalkan diet vegetarian ini pernah dipenjarakan selama 16 tahun sebelum dibebaskan pada 1986. Katanya, hidup di penjara banyak mendewasakan dirinya kerana keadaan fizikal tempat tahanan itu yang buruk selain sering diasingkan dengan banduan lain. Malah, beliau mendakwa pernah ditembak sebanyak enam kali tetapi mujur umurnya masih panjang. "Saya digelar sebagai Presiden paling miskin di dunia tetapi saya langsung tidak berasa miskin. "Orang miskin ialah mereka yang berusaha untuk memenuhi kehendak hidup serba mewah dan akhirnya sentiasa tamak untuk mendapatkan harta," ujar Mujica.


 Tutur Mujica, beliau bebas memilih apa sahaja yang dihajatinya. "Saya senang menjalani hidup sebegini sehingga akhir hayat," katanya sambil duduk di kerusi usang di rumahnya menggunakan kusyen yang diberikan oleh pembantunya, Manuela. Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Bagaimanapun dia mempunyai sebuah ladang bunga kecil yang diletakkan atas nama isterinya. Presiden Uruguay ini berbeza berbanding dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM761,124.81). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle milik Mujica. Walaupun sikap kesederhanaannya terserlah, beliau juga tidak sunyi daripada kontroversi. Beliau menyokong cadangan undang-undang yang membenarkan pengguguran bayi dalam kandungan sehingga berumur lapan bulan namun undang-undang itu belum dilaksanakan. Anak kepada petani miskin ini juga menyokong perdebatan untuk melaksanakan penggunaan kanabis. Cadangan itu bertujuan mengurangkan kegiatan jenayah dan keuntungan daripada aktiviti pengedaran dadah, selain mendorong penagih dadah berat beralih kepada ganja.


 "Penggunaan ganja bukan isu utama tetapi rangkaian urus niaga dadah berterusan ialah faktor penarik yang perlu diatasi," tegas beliau. Sungguhpun, pendirian keras itu menyebabkan kepercayaan terhadap Majica menurun namun dia tidak khuatir kerana undang-undang negaranya tidak membenarkan pilihan raya baharu sehingga 2014. Selain itu, umurnya hampir mencecah 80 tahun menyebabkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden berkenaan. Namun, beliau layak untuk menerima pencen kerajaan dan sama seperti bekas presiden sebelum ini, waktu persaraan boleh dihabiskan tanpa memikirkan soal kewangan. Malah, presiden ini boleh terus melakukan aktiviti kesukaannya iaitu menanam pokok bunga hiasan dan berkebun.

 Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my


 ✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

AWAS ORANG KETIGA! ANDA BAKAL DISAMAN!

By // No comments:

Tahu tak, isteri/suami boleh saman orang ketiga yang mengganggu rumahtangga



Orang ketiga yang menjadi punca hubungan suami isteri berantakan bakal berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya penceraian pasangan muda.

Tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559)



"Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami"

"Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya"

Satu lagi peruntukan di bawah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri bercerai atau mengabaikan kewajipan serta tanggungjawab dengan hukuman sama seperti Seksyen 36.

Jadi, selepas ini sekira ada suami atau isteri mendapati wujud unsur orang ketiga dalam hubungan mereka boleh buat laporan ntk disiasat  di bawah akta ini.

Pihak ketiga ini termasuk kekasih lama dan pihak keluarga yang terdiri dari ibu, ayah dan adik beradik. Untuk mendakwa golongan ini sebagai punca penceraian pembuktian perlu kuat dan tidak boleh besandarkan aduan semata-mata. METRO HARI INI.

sumber


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Banyak Airmata Yang Gugur Dalam Trajedi Samporna

By // No comments:


Hiba hati bila dengar sendiri cerita bagaimana pertempuran yang menjadi sejarah duka negara kita ini ... pertempuran yang menyebabkan gugurnya 6 syuhada dan terkepungnya 18 orang anggota polis dalam peristiwa serangan pengganas Kiram III d Kampung Simunul, Semporna Sabah baru2 ini, dari seorang rakan semasa berjumpa dimajlis Sambutan Hari Polis 206 di Pulapol Jln Semarak pagi tadi..

Di sebalik kisah ngeri anggota kita yang gugur syahid yang semua rakyat sudah sedia maklum kita seakan lupa bahawa trauma yang di hadapi oleh 18 orang anggota polis yang di kepung lebih dari 20 jam itu ... mereka terperangkap dalam keadaan ada yang cedera ... ada yang perlu menjaga tawanan dan ada yang perlu menjaga rakan yang cedera parah. Lebih hiba bila ada yang menjaga sahabat mereka yang telah kaku gugur syahid.

Sambil bercerita, aku lihat airmata sayu mula bergenang di mata sahabatku ini, anggota polis yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Sekali sekala aku melihat dia menggenggam erat senjata yang di bawanya itu & aku benar2 faham gejolak hatinya ketika itu ... Geram juga katanya ... malah beliau mengatakan bahawa beliau seolah-olah tidak puashati kerana ada pengganas Kiram yang berjaya melarikan diri..

Semasa kejadian berlaku, beliau melihat sendiri bagaimana sahabatnya di tembak dari arah sisi. Melihat sendiri bagaimana seorang sahabatnya cedera parah di tetak hampir putus kedua tangannya ... tetakan di kepala menyebabkan darah mengalir laju membasahai lantai papan yang jarang.

Terlalu sebak bila kenangkan mereka terkepung dalam kesuraman malam. Makanan tiada, peluru pun hampir habis dan sahabat yang tercedera parah mula bertanya ..."lambat lagikah bantuan tiba..?"

"Bohonglah saya kalau saya kata saya tidak trauma.." itulah kata-kata yang menyentuh hati aku ... menurut beliau, siang dan malam selepas kejadian ngeri itu, beliau bersama rakan yang lain berkongsi perasaan yang sama. TRAUMA ... apalagi kami bertugas di balai ini sudah lama dan masyarakat di sini mengenal kami, samada yang baik maupun penjenayah pun mungkin kenal kami.

Justeru itulah jawapannya, mengapa rata2 mereka yg bertugas di Lahad Datu memakai topeng muka. Mereka perlu melindungi muka mereka mulai hari kejadian tersebut di mana saja mereka berada ... bimbang juga berada di khalayak ramai dan manalah tahu ada saki baki pengganas atau talibarut Kiram III yang ingin membalas dendam...

Malah menurut beliau, ada di antara rakan mereka yang masih menggigil ketika memegang senjata selepas kejadian itu. Tambahnya lagi ... kami bukan minta penghargaan seperti syuhada atau anggota lain yang tercedera ... kami dengar ada guru-guru di beri kaunseling supaya hilang trauma mereka ... kerana beliau dengar ada guru yang mohon pindah sekolah..

"Kami akan kekal di sini ... kami takkan berganjak maupun di tukarkan.."

"Kalau boleh kami 18 orang ini di beri kaunseling agar hilang trauma yang kami hadapi..itu saja yang kami minta.."




Kepada Abang-Abang Wira Simunul ... semoga anda semua baca apa yang aku tulis ini. Aku doakan anda semua di tenangkan hati oleh Allah swt .... memang ada harga yg perlu kita bayar dalam satu2 perjuangan, jangan mudah putus asa. Perjuangan harus diteruskan.

Kepada Rakyat Sabah ... anda orang baik-baik ... berilah kerjasama yang sebaiknya kepada Pasukan Keselamatan kita. Ada d antara anggota polis bukan orang Sabah ... tapi mereka jaga keselamatan semua dan mereka gugur demi pertahankan kita semua.

Kepada Rakyat Malaysia ... janganlah kita lupa kepada Anggota Keselamatan kita yang tercedera maupun yang tidak cedera ... mereka semua ke sana dengan satu tujuan ... mempertahankan kedaulatan negara kita !

Kalau pun kita terlalu kedekut mahu menderma pada tabung mengenang budi dan jasa mereka, tak mengapalah ... himpunlah harta kita banyak2 .... cuma janganlah kita menghina atau memperlekehkan perjuangan serta jasa2 mereka. Jangan lah kita keraskan hati kita ... pujuk & lembutkanlah hati sendiri .... supaya kalau tinggi elok jadi bintang ... kalau rendah masih jadi intan.


copypaste 

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

RANTAI KAKI - JUAL MURAH!

By // No comments:



RANTAI KAKI ZHULIAN 
RM 145

SAPA MINAT PAKAI RANTAI KAKI 
KINI RM 130 SHJ..... TERMASUK POSTAGE
NAK BELI KLIK SINI


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ? KALI INI SEORANG USTAZ PULA TEGUR ROZITA CHE WAN

By // 3 comments:

 Tak tahu nak kata apa bila artis nih tak mahu terima teguran. Degil Ketegaq??? 

"Saya pun tak fahamlah dengan mereka ni. Apa sahaja yang saya buat, serba tak kena. Saya tak tahu langsung mengenai teguran itu dan malas nak ambil tahu. 
"Saya sudah malas nak kata apa. Kebebasan berpakaian adalah hak masing-masing. Suka hati lah nak cakap apa pun.
"Suka hatilah nak cakap apa pun, saya tak kisah!," katanya dalam nada yang tegas.
 (Rozita Che Wan)

Itulah jawapan balas Che Ta bila dia ditegur kerana berpakaian seksi. Dia bukan sahaja dikritik oleh peminat dan  bukan peminat malah turut di tegur oleh Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, atau lebih dikenali sebagai Dr Har. Baca di SEKSI ITU HAK SAYA

Kali ini sekali lagi Che Ta di tegur dan kali ini  oleh Ustaz Zaharudin pula.


Seorang artis perempuan celebriti tanahair melayu beragama Islam, beria-ria benci dan rimas orang menegur pakaiannya yang seksi. Lalu menyatakan itu HAK peribadinya (Padahal HAK Allah, Rasul & manusia lain diketepika?) dan suka hati dialah (suka hati orang nak beri pandangan juga kan) & jangan jaga tepi kain orang (dah jadi celebriti kena biasanlah tepi kain orang jaga). 




Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan rambut, telinga dan terbuka dada, berseluar ketat, bertshirt pendek dan sepertinya. Adakah apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia hak peribadi? Hak kebebasan yang dijamin perlembagaan? Tidak boleh campuri urusan orang lain?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, seketul jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati. 

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) Cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah mewajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) Cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, 'think big', 'ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

**********************
Nahhh...... kalau susah sangat nak faham ayat lembut dan berhikmah seperti yang Dr Har sampaikan mungkin ayat-ayat di atas boleh kasi lebih pencerahan. Teguran itu bukanlah khusus untuk Che Ta tetapi kepada kita semua kususnya wanita Islam yang suka seksi dan pengakhiranya adalah seksa!

Semoga Allah swt lembutkan hati kita menerima teguran yang menjurus ke arah kebaikan. Semoga kita diberi taufiq dan hidayah. 



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

ULAMA GESA AMINA DIREJAM SAMPAI MATI

By // No comments:


Ulama Gesa Amina Direjam Sampai Mati

Tunisia – Seorang ulama di Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak’.
Alami Adel, yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.
Namun disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati.
“Dia seperti seseorang yang sakit,’’ katanya.
Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.
Pada badannya ditulis perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya’.
Dia sebelum itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.
Menurut media Tunisia, sabit kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60 hingga $600 dolar.
Tindakan Amina yang tidak bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan membunuhnya.
Dalam pada itu, Khamis lalu, Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.
“Syukur pada ALLAH kerana kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan menyusul,’’ itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai `al-Angour’.
FEMEN merupakan sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak wanita.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

KALAM TERAKHIR - As-Syahid Syeikh Muhammad Saied Ramadhan Al-Bouty

By // 1 comment:
"Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."

"Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad." ~ Kalam terakhir ketika ditelefon Al-Habib Ali Al-Jufri



"Para ulama seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara akan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada lagi berseri.

Hadiahkanlah Al-fatihah kepada dua orang tokoh ulama ini.
Kedua-duanya menemui Sang Penciptanya pada 22 Mac ...


JANGAN MUDAH TERHASUD OLEH MEDIA SALAFI-WAHABI
“Hati-hatilah dengan Berita Buruk di Media Mengenai Syekh Al-Bouthiy”

Kebanyakan berita-berita buruk mengenai Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy sengaja disebarkan oleh kelompok Salafi-Wahabi melalui website-website mereka seperti Arrahmah.com, Voa-Islam dan selainnya. Hal itu dilakukan karena mereka memang punya dendam lama terhadap Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy jauh sebelum terjadinya konflik Suriah, kerana Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy dikenal sebagai ulama yang memegang teguh faham Ahlussunnah wal Jama’ah.

Selain itu juga Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy termasuk salah satu ulama yang tegas mengkritisi cara dakwah kaum Salafi-Wahabi yang cenderung menggunakan kekerasan akibat pola fikir mereka yang jumud terhadap ilmu agama Islam. Beliau menulis sebuah kitab yang berjudul “Al-La Madzhabiyyah Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu asy-Syari’ah al-Islamiyyah (Tidak Bermadzhab adalah Sebesar-besar Bid’ah yang Mengancam Syari’ah Islamiyah)”, sebagai pukulan keras terhadap kaum Salafi-Wahabi yang tidak mau bermadzhab.

Dalam salah satu kitab karyanya yang paling popular “Al-Jihad fi al-Islam (Jihad dalam Islam), Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy menunjukkan bagaimana pemahaman yang buruk tentang istilah jihad telah menyebabkan perlekehan terhadap Muslim maupun non-Muslim. Mereka telah memanipulasi idea jihad untuk keuntungan mereka sendiri, dengan mengatakan bahawa jihad harus dilakukan sesuai dengan dasar fiqh Islam.

Maka, melalui konflik Suriah inilah kelompok Salafi-Wahabi seperti punya amunisi untuk menyerang dan menghabisi beliau, dengan harapan ummat (awam) akan menghindar dan menjauh dari karya-karya, buku-buku dan peninggalan ilmu-ilmu beliau yang berasaskan Ahlussunnah wal Jama’ah, sehingga faham Wahabi semakin bebas melenggang membodohi awam.

Selama ini beredar informasi bahwa Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy mendukung pembunuhan terhadap rakyat Suriah oleh tentaranya, hingga ada kabar ada pihak yang mengekspresikan kegembiraan setelah mendengar terbunuhnya Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy saat menyampaikan ceramah di hadapan para murid beliau di masjid al-Iman Damaskus.

Bagaimana sebenarnya posisi Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy terhadap kedzaliman yang terjadi di Suriah? Hal ini boleh lebih dijelaskan dengan melihat fatwa-fatwa beliau yang ditujukan kepada tentara Suriah berikut ini:

Nasim Syam, situs rasmi Masjid Umawi Damaskus yang mana Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy menjadi khatibnya, melalui akun Facebook rasminya menyatakan beberapa fatwa beliau yang ditujukan kepada beberapa tentara Suriah.

Pada 13 Mac 2013 akaun itu menyatakan jawapan Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy terhadap pertanyaan seorang anggota wajib militari Suriah yang masuk berkhidmat pada (09/01/2012) yang mengakui meninggalkan dari tugas kerana takut melakukan pembunuhan ketika ia terus berada dalam militari. Pemuda itu pun bertanya apa hukum syar’i atas keputusannya itu.

Maka Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy pun menjawab: “Kalau engkau tahu dengan perkiraanmu bahwa engkau akan dibebani membunuh jiwa yang tidak bersalah tanpa hak selama keberadaanmu di militari, maka pelarianmu disyariatkan. Namun jika engkau mengetahui bahwa engkau akan ditugaskan untuk mempertahankan dari penjahat yang bertujuan untuk mengancam nyawa tidak bersalah atau menghancurkan bangunan atau merampasnya dari para pemiliknya maka menerima hal itu wajib.”

Sebelumnya pada (05/06/2011) Nashim Syam melansir fatwa nombor 13060 yang menjawab pertanyaan tentara Suriah yang menyebutkan bahwa dia dan rakannya di militari berselisih mengenai keadaan di mana pegawai atasan memerintahkan mereka menembak pendemonstrasi dengan peluru hidup, apakah perintah itu boleh ditaati atau tidak? Penanya juga menyampaikan bahawa jika ia tidak menembak pendemonstrasi maka ia akan dibunuh pegawai atasannya.

Syeikh Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy pun menjawab: “Para fuqaha menyatakan bahwa orang yang dipaksa untuk membunuh tanpa hak, maka ia tidak boleh menuruti siapa yang memaksanya untuk melakukan perbuatan itu, meskipun dia tahu dia akan dibunuh ketika tidak menurutinya. Hal itu dikeranakan dua pelanggaran itu (pemimpin membunuh tentera dan tentera membunuh pendemonstrasi) memiliki darjat bahaya yang sama, maka tidak boleh orang yang dipaksa untuk membunuh mengutamakan kehidupannya daripada nyawa semisalnya yang tak berdosa.”

Dari jawapan-jawapan yang diberikan Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy tersebut dapat dinilai bahawa beliau menentang pembunuhan rakyat tak bersalah oleh tentara Suriah.

Cukuplah bagi kita kaum Ahlussunnah wal Jama’ah untuk menangkis pandangan dan tudingan negatif mereka terhadap Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy, bahawa di belakang Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy ada para ulama yang berkaliber dunia. Mereka diantaranya adalah al-Habib Abubakar Masyhur al-‘Adniy, al-Habib Salim asy-Syathiriy, al-Habib Ali Masyhur bin Hafidz, al-Habib Umar bin Hafidz, al-Habib Ali al-Jufriy, al-Habib Musa Kadzim Assegaf, al-Habib Zaid bin Yahya, al-Habib Abdullah Baharun dan ulama-ulama lainnya yang sangat banyak.

Perlu direnungkan petua Syekh Dr. M. Said Ramadhan al-Bouthiy berikut ini: “Wahai anakku, jika saja Allah meletakkan kemuliaan dan keagungan pada tukang sapu, nescaya aku pasti menyuruhmu menjadi tukang sampah. Akan tetapi Allah Swt. meletakkan kemuliaan dan keagungan dalam ilmu, maka carilah sekuat tenagamu, karena ilmu menolongmu di saat dunia meremukkanmu dan ilmu melindungimu di saat dunia mencelakaimu.”

Dan kami nyatakan pada kesempatan kali ini bahwa: “Kami adalah kelompok Ahlussunnah wal Jama’ah yang bermadzhabkan pada salah satu madzhab yang empat dalam bidang fiqih, dan beraqidahkan Asy’ariyyah dan Maturidiyyah serta berkiblat pada Imam Juneid al-Baghdadi dan Imam al-Ghozali dalam bidang tasawwuf. Kami bukan Syi’ah ataupun Wahabi.”


Sya’roni As-Samfuriy, tanggal 23 Mac 2013
 — inDamascus, Dimashq.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

BAHAYA SYIAH - LIHAT BAGAIMANA SYIAH MEMURTADKAN SAIDATINA AISYAH

By // 1 comment:

Syiah Memurtadkan Saidatina Aisyah : 

Saat ini Dunia islam sedang hebat mendaulatkan Syariat ... Syiah sibuk memurtadkan isteri Nabi ~ Saidatina Aisyah !!! Dholal lagi Zulumat ...




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.