Allah.... masih ada sedikit ruang untukku bersujud

By
Advertisement
Disember datang lagi....



Tak sangka pula kusangka panas sampai kepetang rupanya banjir selepas tengahari... hihi.

Ahad baru ni.... hajat hati nak berehat2 selepas meraikan majlis perkahwinan anak saudara di Melaka, rupanya tidak.

Wasap kecemasan masuk.... gambar air dah penuh di belakang rumah.
Tak lama kemudian masuk lagi wasap... "Yang rumah dah masuk air!!!"

Fuhhhh.... apa lagi berdesup  kami balik dr Sungai Besi ke Sungai Buloh.
Sepanjang jalan ke kg cuaca ok je. Jalan depan KTM komuter pun kering takde banjir ... ehh pelik pula. Sampai Paya Jaras pun takde pun nampak air naik.

Bila sampai kg sendiri.... masuk je jalan menuju kerumah....tudiaaaa



Masa kami sampai ni air tengah menyurut.
Kali ni paling dalam ..... tak pernah lagi la sedalam ini. Memang tiap2 tahun sekali mesti ada dilanda banjir tapi sikit2 je lah. Belakang rumah tu ada sungai. 


Ok... sbb dah biasa banjir jadi hati tak walang sangat... terima dengan Pasrah dan Redho.


Banjir ni sikit sahaja... ada org lain lebih derita lagi hingga rumah pun hanyut.

Anggap sahaja ini ujian.

Baru2 ni ada pergi ronda2 kawasan kg... nak cari madrasah Al Ain Kg Kubu Gajah. Terkejut rupanya2 disebelah tu projek perumahan Elmina dah siap. Kawasan perumahan baru atas bukit.
Di bawah dah kampung.... ada sungai pula...patutlah bila hujan lebat sungai cepat melimpah... dan sungai tu pula lalu tepi rumah sy..ngeee


Di jalan yg lain pula ada projek perumahan Aman Putri pula. Kiranya kampung ni dah di kepung oleh kawasan perumahan.

Sebelum ni mmg kawasan sawit keliling ni.
Sabo jelah....
nasib baik dah memang nak pindah rumah ni hujung tahun ni.... jadi tak lah rasa sedih sgt.

Ohh... nak cerita pasal karpet kat atas tu lah.
Ceritanya begini...
masa kami sampai air dalam rumah dah kering. Masa tu dalam rumah gelap sbb tak berani lagi nak on lampu.
Jadi kami tarik la karpet dr dlm bilik keluar. 
Karpet atas tu sy yg tarik bawa keluar dari bilik sy... mula2 tak perasan juga.... bila dah sampai luar baru perasan ehhh nape karpet ni bersih. 
Walhal air naik hampir sekaki dlm rumah.
Saya pegang memang kering... cuma bahagian tepi je ada basah sikit.

Allah.... terharunya saya. Saya yang kata.... rupanya masih ada tempat untukku bersujud.
Memamg karpet tu pun tempat solat.
Tak kisahlah apa teorinya... saya anggap ni satu peringatan dari Allah. 

Itu je lah nak cerita...

Ni tengah pulun basuh kain baju.... 
Adehhh.... sengal2 rasa nak terpeleot dah tulang temulang ... hehehe







1 comments:

Sentiasa Panas said...

Sabar je la ye. Pasti ada hikmahnya..

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.