13.10.15

MAKAN PERCUMA SETAHUN GARA-GARA SEEKOR KUCING

Seorang pemilik restoran menawarkan makanan percuma selama setahun kepada askar yang dirakam memberi minum kepada seekor kucing.

Gambar yang dirakam menunjukkan askar tersebut menadah air dengan kedua telapak tangannya untuk membolehkan kucing berkenaan minum dan kemudiannya menjadi viral di internet.

Ramai yang memuji perbuatannya yang ketika itu berada di dalam bilik wudhu sebuah masjid.

Pemilik restoran di Jeddah Abdullah Al Harithi yang turut terharu melihat gambar itu menawarkan makan tengah hari percuma kepada askar itu selama setagun bermula minggu ini.

"Jika dia bukan berasal dari Jeddah dan tidak boleh datang ke restoran ini saya sedia menanggung kos makan tengaharinya selama setahun." Kata Abdullah. Agensi.

Wow!!! Beruntungnya. Itulah namanya rezeki. Hanya kerana memberi seekor kucing minum pun mendapat ganjaran sebesar itu di dunia.

2 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Rezeki askar tu..
Allah memberi rezeki dgn pelbagai cara..
Tak sangka dengan pertolongan memberi minum kepada kucing tu..
Rezeki dia dpt mkn percuma setahun..

Athirah said...

balasan buat mereka yg baik,,,

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...