MH17: HUJAN MAYAT DI UKRAINE

By
Advertisement



Bermula dengan bunyi letupan kuat yang membuat bangunan bergegar; kemudian disusuli dengan hujan tubuh manusia.

Salah satu mayat jatuh mengenai bumbung rumah usang Irina Tipunova di sebuah perkampungan terpencil di timur Ukraine, seketika selepas pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 meletup di udara di kawasan di mana pemisah pro Russia dan tentera kerajaan Ukraine sering bertempur.


"Ada bunyi lolongan dan segala-galanya mula bergegar. Kemudian objek mula jatuh dari langit," kata pesara berusia 65 tahun di depan rumah beliau.

"Kemudian saya mendengar raungan dan dia (perempuan) jatuh di dapur, sehingga bumbung rosak," katanya, menunjukkan lubang ternganga akibat tubuh manusia.




Tubuh terlanjang itu terbujur kaku di dalam rumahnya, berhampiran katil.

Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova ini, berdozen-dozen tubuh manusia jatuh di kawasan ladang gandum berselerakkan di antara serpihan pesawat malang tersebut.

Jelas masih terkejut dengan pengalaman beliau, Tipunova berkata: "Mayat masih di sini (rumah beliau) kerana mereka memberitahu saya perlu menunggu pakar untuk datang dan mengambilnya."

Seorang pemuda awal 20-an yang enggan memberikan namanya berkata dia berlari keluar selepas mendengar pesawat itu meletup.

"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh. Satu jatuh di kebun sayur saya," katanya.

Bukan sahaja tubuh manusia yang jatuh dari langit. Ketulan logam, bagasi dan serpihan lain bertaburan ke tanah di kawasan pertanian ini kira-kira 40 km dari sempadan dengan Rusia.

Bahagian hadapan pesawat itu jatuh dalam kebun bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova ini. Manakala serpihan, jasad dan bahagian-bahagian badan bertaburan di kawasan yang luas.




Penyelamat berkata, mereka telah mengumpulkan sebahagian besar mayat-mayat tersebut, sesetengah daripadanya adalah bahagian tubuh yang telah terpisah, ada yang remuk, ada yang bertimbun-timbun, yang mana telah dikenalpasti, ditandakan dengan kayu dan ditutup kain putih tanpa dialihkan.

Manakala beberapa mayat lagi, dibungkus beg plastik yang lut sinar, sepasang kaki terkeluar dari bungkusan.

Antara yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak, termasuk kanak-kanak lelaki kira-kira 10 tahun masih berbaring di sebelah kokpit, badan kecil beliau dilindungi oleh lembaran plastik.

Keadaan masih kelam-kabut di banyak tempat kejadian selepas 24 jam pesawat tersebut terhempas. Kasut tanpa tuan berada di merata-rata tempat, bersama kepingan ubat-ubatan yang terkeluar dari kotak ubat, bagasi kosong dan pakaian yang berselerak di kawasan ladang.

Dalam usaha untuk memadamkan kebakaran, ada jasad-jasad yang turut disiram air di tempat mereka jatuh ke bumi. Bersama-sama dengan serpihan pesawat dan sayap kapal terbang berwarna merah dan biru dengan logo Malaysia Airlines.




Petugas kecemasan, hanya beberapa orang pada hari Khamis, kini bertambah dengan jumlah yang besar pada Jumaat, telah membina pusat kawalan menggunakan dua khemah besar.

Wartawan dan penduduk tempatan merayau tanpa halangan melalui abu dan serpihan hangus.

Pejuang pemberontak dengan pakaian seragam menonton semua ini dengan cemas. 

Kiev telah menuduh mereka menembak jatuh pesawat itu, tetapi mereka menafikan dan berikrar untuk tidak akan menghalang siasatan antarabangsa yang akan dilakukan.

Bunyi berterusan serangan mortar dan tembakan pada jarak agak jauh kedengaran mungkin sebagai peringatan bahawa konflik antara pemisah dan kerajaan sejak tiga bulan lalu tidak akan padam. --19/7/2014


SUMBER

ORDER SHAKLEE  SECARA ONLINE DI SINI : KLIK BELI SHAKLEE

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.