30.5.14

Punca blogku berdebu.....


Bismillah....
Macam dah tak rajin nak update blog kini. Bukan tak ada cerita menarik dan sensasi untuk dikongsi tapi mood tak mari-mari. Tak ada cerita pasal MH370... takde cerita pasal kemangkatan Sultan Perak... takde cerita budak tumbok cikgu.... cerita shaklee...yang hari ni budak mati kena kelar tu pun tak masuk ini blog....mengapalah agaknya ye dengan diri ku ini...ngeee.

Pasal kanak-kanak yang dibunuh kejam tadi sebenarnya ada cerita.... tadi ada tengok kat satu group wassap rakaman cctv  macam mana lelaki tu bawa lari kanak-kanak tu. Berpakaian kemas... takde pun nampak macam orang sakit mental tapi rupanya-rupanya sangat kejam. Ya Allah ... harap2 betullah penjenayah tu dah mati lemas!

Rasanya sebab datangnya rasa malas nak buka blog ni berpunca dari rumah yang tak siap-siap. Penat dah rasanya berulang dari Sg. Besi-----> Sg. Buloh. Dari hujung bulan Disember sampai nak masuk bulan 6.... bayangkan!!! Macam bina banglo 3 tingkat lamanya... walhal rumah kos bajet je. Ni salah kepala kontrak lah ni.... nak minta tambah upah tapi malu nak cakap.... pastu tu tinggal je rumah tak bertile. Ada la kot dekat sebulan. Bila suruh pasang tile nanti...nantiii..... sekali tuan tanah naik angin baru nak cakap. Cakapla awal-awal... benda boleh bawa bincang.




Dia minta tambahan rm 10 ribu untuk pasang tile. Gila arrr...tapi Dia cakap upah sekaki dia ambik rm 1.50. Aku pun tak tau berapa harga upah pasaran. Ada jiran kat sini renovate rumah pekerja tu minta upah sehari RM 100. Jadi aku try google kat internet berapa upah.


Bila di congak-congak tak lah sampai 10 ribu pun. Jadi semalam dah diskas upah pasang sekeping tile tu RM 6. Sebelum tu ada tanya sorang cina dia ambik rm 2.80 sekaki persegi. Erkkk!!! Nnt total kos kira je jumlah tile yg dipasang...senang. Lagipun ukuran rumah ni genap.

Sebenarnya rumah ni tak lantik kontraktor besar sebab nak jimat kos. Pastu barang pun beli sendiri sikit-sikit. Nak jimatttt. Ni baru betul bina rumah sendiri. Sendiri lukis pelan...sendiri ukur sendiri beli... hehehe. Upah yang dia minta RM 35 untuk sebuah rumah. Mula-mula dia kata cukup. Boleh. Semua boleh. Mula-mula dia hantar 4 orang pekerja dia. Memang puji.... sangat rajin. Mula kerja awal pagi ... berheti sekejap makan dan solat zuhur....sambung kerja dan berheti pukul 6 petang. Ahad pun bekerja. Dalam keadaan cuaca terik. Masa ni cuaca panas melampau. Bayangkan berapa bulan hujan tak turun. Bila siap bumbung baru hujan.



Rumah siap pekerja 4 orang ni balik dan buat kerja tempat lain. Datang pula yang lain pasang syiling. Ada dalam 5 ke 6 orang. Dekat seminggu juga baru siap. Rasanya kat sini upah mula sangkut. Dan dia serba salah nak minta tmbah upah lagi  untuk pasang tile. Pasang tile ni orang lain pula.

Cer bagi tau awal-awal...... dah boleh tuan tanah ni berehat bergolek-golek kat rumah sendiri masa cuti sekolah nih.... grrrrr. Memang hilang mood bulan ni. APTB.








✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

1 comment:

Kumbang Jingga said...

wowww ada rumah besar tu..bestnyaaaa

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...