ANAK-ANAKKU BERGELIMPANGAN MATI.....

By
Advertisement

Gambar ini sungguh menyayat hati lebih-lebih lagi bagi pencinta kucing. Melihat gambar sahaja sebak apatah lagi jika kita melihat dengan mata kita sendiri. Mendengar rintihan ibu kucing yang kehilangan anak..... melihat bagaimana hilang arahnay si ibu kucing pasti meruntun hati kita.
Kita marah kepada orang yang sewenag-wenangnya memberi racun kepada kucing-kucing... apatah lagi membunuh dengan zalim. Ingat tak dulu ada video seorang perempuan membunuh seekor anak kucing dengan memijak menggunakan tumit kasutnya yang runcing hingga tembus tubuh anak kucing dan  hancur kepalanya.  satu dunia mengecam perempuan tersebut.

Tapi cuba lihat gambar-gambar di bawah ini pula...
apakah kita turut menangis...?





MEMPERINGATI SETAHUN TRAGEDI PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI BAYDA & BANIYAS

Telah pun genap setahun terjadinya peristiwa hitam buat kita semua, Tragedi Bayda & Baniyas. Tarikh berlakunya peristiwa ini adalah pada 2 dan 3 Mei 2013. Tentera rejim dan sekutunya membunuh wanita, anak-anak kecil, ibu-ibu tua dan yang beriman. Ramai antaranya disembelih dan ada juga yang dibakar dan ditembak. Dibunuh tanpa sedikitpun belas kasihan. Angka kematian di Bayda dicatat sebanyak 51-100 manakala di Baniyas antara 77-145 kematian.

Kita akan terus bercerita walaupun media massa tidak pernah sesekali berminat menceritakannya

sumber Green Project

Ya Allah bantulah saudara kami  di Syria. Hanya doa yang dapat kami pohon. Binasakan regim Basyar Laknatullah dan sekutunya... Amiin.


✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.