Google+ Followers

Search This Blog

Loading...

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

PROMOSI OKTOBER KLIK GAMBAR

Thursday, 31 January 2013

Drama Sahara di Astro Mendapat Kecaman Dari Orang Ramai


Bikin panassss...... Berniqab tapi pegang tangan? Drama ini telah mendapat kecaman dari ramai yang beragama Islam tentunya. Pengarah, penerbit dan pelakon tak buat kajian dahulu ke.....? Jangan lah menjual agama untuk mengaut keuntungan. Jangan memperlekehkan kesucian Islam. 
drama sahara

Menerusi Facebook Zaharuddin.net, Ustaz Zaharuddin turut sama mengecam tindakan pengarah drama ini yang mempamerkan imej wanita berhijab dengan gambaran yang salah. Kata beliau:-
Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri.
Video promo drama Sahara untuk tatapan anda di bawah:-





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Tuesday, 29 January 2013

Isteri temui suami tergantung

gambar  hiasan


LEDANG - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah bilik di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Harun Idris ketika mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 31 tahun ditemui isterinya, kira-kira satu jam selepas kejadian tersebut.
Menurutnya, ketika kejadian isteri mangsa tiada di rumah dan hanya disedari sewaktu pulang apabila kelibat suaminya tidak kelihatan sedangkan kenderaan miliknya ada di rumah.
“Kerana hairan, isteri mangsa mencarinya dan mendapati sebuah bilik berkunci, dan apabila dipanggil tiada respons yang diterima.

“Keadaan itu mendorong isteri mangsa  membuka pintu bilik tersebut menggunakan kunci pendua,” katanya.
Bagaimanapun katanya, isteri mangsa terkejut apabila menemui mangsa tergantung dan sudah tidak bernyawa pada kipas siling yang diikat menggunakan wayar seterika dalam keadaan lengkap berpakaian.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. sinarharian


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog bagi tahu ye ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Banjir buih landa Queensland - Lihat video

 Banjir buih berlaku lagi. Jika sebelum ini fenomena aneh ini berlaku di Aberdeen - LIHAT SINI
kali ini ia berlaku Queensland pula akibat ribut yang diberi nama Ex-tropical cyclone Oswald.





Queensland flood crisis




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~* sesiapa yang nak bertukar-tukar link blog pun bagi tahu juga ....✿

Monday, 28 January 2013

Disebalik Kisah Sedih Pemergian Siti Hajar Binti Ahmad Sabir

Mungkin ada yang telah membaca kisah ini. Bagi yang belum mengetahui sila baca....... Alfatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Sangat sedih membacanya...............



RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

(COPY) Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Sunday, 27 January 2013

Gempar! Lelaki Tergantung 12 Jam Di Batu Caves


Gempar! Lelaki Tergantung 12 Jam Di Batu Caves | Tidak terduga buat seorang lelaki apabila dirinya dipercayai tergantung hampir 12 jam tanpa sebarang bantuan akibat tergantung di cerun bukit berhampiran Batu Caves. Hajat yang mahu mencari haiwan ternakannya, berakhir dengan satu tragedi yang tidak akan dilupakan. Tergantung dengan kepala di bawah kaki di atas, merupakan satu pengalaman yang agak perit sebenarnya. Ini kerana posisi yang tidak stabil akan menyukarkan pernafasan. Bagaimanapun lelaki ini selamat.
tergantung
Selayang: Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.

Mesti lihat sebelum dibuang dari YouTube (Pembunuhan Jalanan seorang aktivis)






Askar Syiah : Jangan tembak. Tunggu!
Askar Syiah: Awak ahli FSA?
Mansur: Ya, saya ketua di dalamnya
Askar Syiah: Cakap awak dah keluar dari FSA. Beritahu awak keluar dari FSA.
Mansur: ….
Askar Syiah: Cakap bini awak hamba Basyar. Cakap tentera Basyar setubuh Allah awak. Cakap Basyar setubuh kakak awak.
Mansur: ….

Pemuda ini ialah Mansur Bilal al Ali, pelajar arkitektur tahun pertama. Dia diculik dari kolej 8 bulan yg lalu dan diisytiharkan hilang sejak itu. Tiada siapa tahu apa terjadi kepadanya hingga kami jumpa klip video ini pada askar Syiah yang membunuhnya. Nampaknya geng Assad bergembira membunuh si syahid. Rahmatullah ke atasnya.

"Semoga Allah merahmatinya dan melindungi keluarganya"
Al Fatihah.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Saturday, 26 January 2013

Siapakah Sahabat Rasulullah Yang Dimandikan Oleh Malaikat ?





 Bercakap tentang pergorbanan para sahabat waktu ketika dahulu memang tiada tandingannya. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi Islam.

Jadi tidak hairanlah, apabila seorang sahabat yang dikenali sebagai Hanzalah bertindak menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW biarpun dirinya baru sahaja mengadakan majlis pernikahan. Ia biarkan rasa seronok, semata-mata untuk memberi kemenangan kepada Islam. Allahuakhbar!

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud.

Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” 

Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang.

“Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w..

“Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas.

Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana.

Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.”

Lihat apa yang ditawarkan di Malai Rock Station ni....


Dulu hangat dengan Isu Awie kepala gangster Kumpulan Naga Pekida.
(Awie,  berpangkat Ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)

Sekarang hangat pula isu kelab malam.
Apa nak diharapkan  dengan artis Melayu beragama Islam begini?

Gambar di bawah di ambil dr fb seseorang.
Inilah kelab malam milik Awie.
Dan baru-baru ini Awie di katakan 'naik hantu' bila di tanya pasal kelab malam miliknya.



"Apa salah saya buka kelab malam? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo (Tan Sri Syed Nasir Syed Yusof Wafa) kenapa dia bukak Hard Rock Cafe, Saloma Bistro dan Hotel Concorde. Untuk sembahyang ke?," soalnya Awie.

Penyanyi rock itu juga berharap pertanyaan dan persoalan mengenai hal itu tidak akan lagi diajukan buat dirinya apda masa akan datang. Baginya, mereka seharusnya berhenti mempersoalkan perkara ini kerana bukan mereka yang memberikannya rezeki kepada dia sekeluarga.

"Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi. So, better stop asking this stupid question," tegas Awie yang jelas kesal dengan isu ini kepada murai.com.my.


dah nama pun kelab malam..... takkan jual nasi lemak dan teh tarik pula

Sombong betul kenyataan yg dikeluarkan oleh beliau nih. Seolah2 itu sahajalah rezeki yang ada di muka bumi ni. Hingga tak tau nak beza halal dan haram.

Pekida...... apa fungsi Pekida ni sebenarnya?
Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah???
Apa layak ke orang mcm ni diangkat sebagai ketua?
Ayahanda???
Kalau begini la perangai ayahanda habis rosaklah semua anakanda2 kat Malaysia nih.... aptb!

sumber



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿



"Pengundi Hantu" Terima Surat Dari PM Najib.. Jom Terjah!!



Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.

ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.


"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang didaftarkan di alamat tersebut.

"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.

Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".

"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal."


-mk




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Friday, 25 January 2013

Kanak-kanak hilang, disahkan mati. (takziah buat keluarga William Yau Zhen Zhong)



Sebelum itu disini ;

Kontroversi gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay

Baca artikel

Artis Melayu, Gambar Pra Perkahwinan Pun Dah Kiss Kiss.....




Saiful Nang jawab Ibu Liyana 

KENYATAAN KHAS - ISU LIYANA JASMAY




TERKEJUT UNTA bila ramai yang forward kan link sebegini kepada saya
http://beautifulnara.com/ibu-liyana-jasmay-kesal-gambar-pra-perkahwinan-anaknya-tersebar/

Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.

BIAR SAYA CERITA DARI MULA...



Thursday, 24 January 2013

Suami ratapi kematian isteri, dua anak akibat dihempap lori 10 tan

http://aiyangdisayang.blogspot.com/2013/01/suami-ratapi-kematian-isteri-dua-anak_24.html

MUAR – Hanya laungan nama Ngaisah, Balqis dan Azzem berulang kali memecahkan suasana pilu di kediaman Ghazali Salamon, 45, yang meratapi jenazah tiga ahli keluarganya selepas semua mangsa dikeluarkan dari timbunan barangan konkrit bahan binaan.

Wednesday, 23 January 2013

Video - Aneh, Ritual Membelah Babi





Ritual Membelah Babi Di Vietnam [Sadis]. 
Festival Memotong Babi Hidup-hidup jadi terbelah dua di Vietnam ini dilakukan setiap tahunnya pada hari ke 6, bulan pertama Tahun Lunar. Perayaan yang Kejam dan Mengerikan ini berada di Desa Nem Thuong Provinsi Bac Ninh, Vietnam Utara.

Tradisi ini bermula dari Legenda Seorang Jenderal pada jaman Dinasti Ly. Dimana Jenderal ini membantai Babi-babi untuk memberi makan para Prajuritnya agar dapat bertahan hidup dari persembunyian. 

Bagi masyarakat Adat Tradisional Vietnam sendiri, Darah Babi dari Ritual ini dipercaya dan diyakini mendatangkan kemakmuran, kejayaan dan kesuksesan bagi orang yang mengambil dan menyimpannya. Selain itu Darah Babi ini juga dipersembahkan untuk Dewa Doan Thuong, sebagai Dewa Penjaga Desa yang mendatangkan Hasil Panen yang melimpah. Sahabat anehdankonyol.com berikut 
Video dan Foto selengkapnya :

Wah!!! abg ku keras macam besi...???


Keterlaluan sungguh iklan ni
keterlaluannnnn!!!!
memalukan melayu dan yang dah tentunya beragama Islam
cer bayangkan lalu depan iklan ni dengan anak-anak dan mereka juga membacanya!
boleh muntah hijauuuuu.......
yuckkkkk!!!









✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Aneh tiba-tiba lubang-lubang besar muncul di China

Sebuah fenomena alam baru terjadi di China iaitu munculnya lubang-lubang besar dengan berbagai ukuran. Ini adalah salah satu fenomena alam pertama yang muncul di awal tahun babi yang katanya tahun keberuntungan orang China. 

Fenomena alam dengan munculnya berbagai lubang-lubang besar di China ini menarik perhatian media dan telah di abadikan dalam gambar-gambar berikut.




Monday, 21 January 2013

Seniman Dangdut Meninggal Saat Berzikir


Legenda Dangdut A Rafiq Tutup Usia

Sepanjang masa hidupnya, seniman dangdut A Rafiq dikenal sebagai orang yang taat beragama. Begitu juga di mata anak kedelapannya, Farabi El Fouz, yang menilai bahwa sang ayah sama sekali tak pernah lepas mengucap zikir hingga ajal menjemputnya.

Artis Melayu, Gambar Pra Perkahwinan Pun Dah Kiss Kiss.....



Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Yang Sangat Romantik???

Tinggal kurang sebulan saja lagi aktres Liyana Jasmay, 25, akan menamatkan zaman anak daranya dan berkahwin dengna jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 29.

Liyana, bakal bernikah dengan ahli pernigaan itu, pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dan majlis resepsi sebelah perempuan akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 9 Februari.

gambar romantik Liyana Jasmay dan Fathuddin ....iskk...iskk....iskkk

Wanita bangga miliki pinggul terbesar dunia



Los Angeles: Mikel Ruffinelli tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter.
Dalam keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat.

Kepala pecah dihempap tayar lori bapa



Muar: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, di sini, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam.

Video - Wanita Menyamar Sebagai Hantu Untuk Elak Bayar Tol


Ekekeke....... kejissss betul cara ngelat bayar tol nih...


Sunday, 20 January 2013

VIDEO: Saat-Saat Cemas Sewaktu Wartawan Al-Jazeera Ditembak Mati Di Syria



KOMBINASI gambar kejadian wartawan Al-Jazeera, Mohammed Hourani ditembak mati penembak curi ketika membuat liputan di Wilayah Daraa di selatan Syria, awal pagi tadi. - Foto AFP/YouTube/Al-JazeeraKOMBINASI gambar kejadian wartawan Al-Jazeera, Mohammed Hourani ditembak mati penembak curi ketika membuat liputan di Wilayah Daraa di selatan Syria, awal pagi tadi. - Foto AFP/YouTube/Al-Jazeera

BEIRUT: Seorang penembak curi menembak mati wartawan Al-Jazeera, Mohammed Hourani di Wilayah Daraa di selatan Syria, demikian lapor stesen televisten Qatar hari ini.

“Mohammed Hourani ditembak mati oleh penembak curi rejim Basr al-Harir di Wilayah Daraa ketika sedang membuat liputan mengenai pertempuran di sana," lapor stesen berkenaan. - AFP 



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Kumb Mehla - mandi untuk suci dosa

Allahabad  Kumbh mela 2013 Bathing Dates

Jutaan umat Hindu di India memadati tiga sungai yang dianggap suci, iaitu Gangga, Yamuna dan Saraswati, dalam perayaan kumbh Mela. Dilakukan ritual Shashi snan atau mandi bersama yang mereka yakini dapat menghapuskan dosa seumur hidup.

Diberitakan Reuters, paling padat adalah festival yang digelar di bandar Allahabad. Sekitar 1.5 juta orang memadati bandar tersebut untuk membasuh tubuh mereka dalam festival setiap 12 tahun sekali tersebut. Diyakini, tempat itu adalah pertemuan antara sungai Gangga dan Yamuna dengan aliran sungai mistik.

Saturday, 19 January 2013

Kulit Mulus bak Gadis Jepun

Sudah pasti ramai yang mengetahui kecantikan, kelembutan, kelincinan, kemulusan kulit muka gadis-gadis Jepun. Ramai wanita di luar sana yang cemburu dan ingin mengetahui rahsia kecantikan mereka. Apa yang pasti, antara amalan yang dilakukan oleh gadis- gadis Jepun ini adalah dengan cara kaedah semula jadi sejak turun-temurun lagi. 

Friday, 18 January 2013

Rupanya Ini Punca Bawani Soal Cik Pah LISTEN


KUALA LUMPUR 18 Jan — Bawani KS mengakui persembahan slaid semasa forum “Seiringkah mahasiswa dan politik?” yang memaparkan kritikan ke atas pemimpin pembangkang dan beberapa aktivis menyebabkan beliau bangun untuk bersuara dan mempersoalkan pembentangan panel forum Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.Menurut Bawani, persembahan slaid tersebut yang memaparkan gambar seperti ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, aktivis Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan demonstrasi menentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan tajuk forum tersebut.

Kahwin senyap-senyap di Thailand Kemudian Kena Tangkap Khalwat

Hohoho...... tajuk terlajak pedassss pulak. Apa pun n3 ini tiada kaitan dengan kisah ulama muda Umno (diulangi : tiada kaitan - boleh baca dlm blog lain). Ini cerita di sekitar sini.

Ceritanya begini.....

Video- Kasihannya... Anak kambing pun kena dera!



Puak laknat tentera Syria ni memang terkenal dengan kezaliman dan sifat kebinatangannya. Mereka ni bukan sahaja membunuh dan menyiksa umat Islam Sunni di Syria tetapi haiwan yang tidak berdosa itu pun jadi mangsa mereka.

Thursday, 17 January 2013

Gambar-gambar Banjir di Jakarta 2013


Ini salah satu foto yang menggambarkan dahsyatnya banjir Jakarta


Foto: @gubrack


Tolong Jangan Gelak! Sila Dengar Aduan Kami Ni....



Ekekeke..... listen....listen...listen yo!

Baru balik dari PAH1M........ adoiiii sakit perut gue....... gue tak sangka isu ini menjadi semakin HANGIT! kekekee.......
Anda sekalian tahukah apa PAH1M?

Harian Metroll : Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M)



Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.

Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk fakulti!





Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi baru-baru ini.

Monday, 14 January 2013

Kaabah Syiah di Iraq. Lihat!


صورة



Inilah Ka'bah mereka. Makam Abbas bin Ali bin Abi Thalib di Irak yang mereka gunakan sebagai tempat berhaji.

Betapa sesatnya mereka dan agama mereka... Syiah rafidhah.

Sunday, 13 January 2013

Facebook Emoticons yang sangat-sangat cool!


Assalam.... suka tak?
kalau suka boleh download kat sini http://www.myemoticons.com/
pasti wall fb anda akan ceria.........
sekian.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Saturday, 12 January 2013

BYE BYE NAJIB.....


Hai hai ... bye bye.....
Alahai.... kesian PM ku....... kikiki

Sementara itu di Semenyih,  PM telah menyumbangkan beras dan tepung ketika perjumpaan beliau dengan rakyat jelata pada hari ini (gambar di bawah).



ok lah tu..... rakyat patut bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan BN yang prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleg rakyat. yahuuuu......


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Benarkah peniaga rugi hari ni???



KUALA LUMPUR: Para peniaga yang membuka perniagaan mereka di perkarangan Stadium Merdeka hari ini mencatatkan untung besar.

Berbanding dengan perhimpunan yang kecoh sebelum ini, kali ini perniagaan berjalan dengan lancar apabila polis memberikan kerjasama penuh.


Sebelum ini, setiap kali selepas perhimpunan, media Umno dan BN melaporkan peniaga mengadu kerugian akibat dari kekecohan yang berlaku.

Ini kerana, peserta perhimpunan terpaksa bertembung dengan polis.

Malaysiakini melaporkan, seorang peniaga  Mansur Ahmad, 56, berkata, dia berjaya menjual 500 kebab hari ini.

"Hari ini, saya dapat untung lebih RM1,000," katanya gembira.

Malam tadi, Mansur membuka kedainya di Kelab Sultan Sulaiman, tempat perhimpunan para HKR112.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang menjual sop dan mee di sebelah gerai Mansor berkata, perniagaan mereka kali ini luar biasa keuntungannya.

"Kakak saya sudah mengaku kalah untuk memotong daging lagi. Dia sudah terlalu letih," katanya dengan senyuman gembira.

Faeza dibantu oleh enam adik beradiknya dalam perniagaan hari ini.

Selain itu, air dalam botol dan tin turut menjadi tumpuan peserta perhimpunan kali ini.

HARAKAHDAILY/-




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Friday, 11 January 2013

2 Video: Kereta JPJ Dibakar Selepas Terlibat Kemalangan


Wah ini betul-betul kecoh ni.
Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.
Difahamkan 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut.
Tiada kematian dilaporkan setakat ini.
Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.
Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.
Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.
Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah “bakar!”
Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.
Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.
van jpj dibakar 2
Di saat kita menuntut agar orang ramai tidak mengambil tindakan sendiri, kita juga mahu pihak berwajib dapat memahami yang undang-undang juga harus ditegakkan secara berhemah.
Jika kita mahu rakyat rasional, pelaksana undang-undang sendiri kena berhemah dan menunjukkan contoh yang baik agar ia dapat dicontohi oleh masyarakat secara keseluruhannya.
Pasti ada sesuatu yang membuatkan orang ramai cukup marah dengan kejadian ini. (mynewshub)
van jpj dibakar








Menurut saksi tempat kejadian Kemalangan ini berhampiran dengan kawasan sekolah .
JPJ yang sedang cuba  BLOCK lori yg membawa lebihan muatan ketika LAMPU
 ISYARAT SEDANG HIJAU dan  kereta laju kejar lampu ISYARAT
seterusnya berlakulah perlanggaran antara 10 buah kenderaan terbabit,,!!!
(sumber)



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... ~*✿

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." (Hadis Riwayat Muttafaq 'alaih)
~Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan… (Al-Maaidah 5:8)
''Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya.''

(Imam As Syafie)
”... maka bertawakal lah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika ALLAH menolong kamu, maka tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah ALLAH (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada ALLAH jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan" (Imam Hasan Al-Basri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..

tanpa mereka siapalah saya....:))

dr 11 /03/2011