Langsuir Pasir Puteh Masuk Perangkap Bomoh

By
Advertisement
Ketakutan penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh Kelantan untuk keluar rumah waktu malam berikutan tersebarnya cerita mistik mengenai hantu terbang atau langsuir berakhir apabila seorang bomoh tempatan mendakwa berjaya menangkap lembaga ghaib itu.

Cerita langsuir mengganggu penduduk Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang dan Gong Penaga, Pasir Puteh turut tersebar menerusi laman sosial selain menjadi perbualan hangat di warung kopi.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan lembaga berambut panjang terbang dan mengilai dalam keadaan yang menyeramkan namun sebahagian lagi menafikan cerita yang sukar untuk digambarkan dengan pemikiran yang logik.

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

"Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya"ujarnya dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, Utusan melaporkan bomoh mistik, Ramli Yusof, 41, mendakwa berjaya 'menangkap' empat langsuir selepas diminta penduduk yang diganggu oleh lembaga itu baru-baru ini.

Dakwanya, dua lembaga itu ditangkap di Kampung Gong Pasir dan satu di Gong Tinggi dan Gong Lapang dengan jelmaan lembaga berkepala, berambut panjang dan tingginya paras pinggang manusia.




"Saya tangkap langsuir dengan bantuan seorang rakan dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Ayat al-Quran digunakan dengan niat kebesaran Allah melebihi segala-galanya.

"Lembaga itu kini dipasung di satu tempat khas sebelum dihantar pulang ke tempat asalnya selepas 40 hari dari tarikh ditangkap," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Manak Isnin.

Sementara itu, Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab. Rahman ketika dirujuk mengenai perkara ini mengakui kewujudan makhluk halus yang boleh menyerlah dengan pelbagai jelmaan namun menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu taksub mempercayai kekuasaannya yang boleh menyebabkan berlakunya syirik. 


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.