Mengalir Air Mataku - Kisah benar Vivix

By
Advertisement
Mengalir Air Mataku, Kerana VIVIX shaklee dan izin Allah Alhamdulillah!

Alhamdulillah syukur padamu ya Allah, 



Saya dengan rasa gembira ingin share pada rakan-rakan blog saya tentang ibu kepada suami saya. Cerita dibawah ini adalah bukan rekaan yang meraih simpati atau hanya membuat cerita suka-suka. 



ini cerita suami saya, 



Setiap kali balik kampung, mak memang sentiasa ceria menyambut kami sekeluarga balik, macam-macam dibuat dan dimasak nak melayan cucu yang makin lama makin aktif menyediakan bilik tidur untuk kami berehat... alhamdulillah sayang betul mak pada anak-anak dan cucu-cucunya... 



Tapi lama kelamaan nampak sikit perubahan disebalik wajah yang sentiasa ceria dan tersenyum, kadang-kadang terkeluar dimulutnya "mak tak berapa larat la nak naik tangga ke atas lutut sakit, cekang beluting (bahasa kampung di perlis, cekang betis)" so takpelah kami naik atas mengemas sendiri, tiada masalah sebenarnya memang kami taknak menyusahkan mak. 

sekali lagi bila dia mendukung cucu nya "tok tak boleh angkat lama-lama cucu oiii sat lagi kebaih tangan lutut semua" kata mak. Dalam hati saya dulu releks je angkat, sekarang ni lain macam pulak errrmm. Takpelah mungkin sebab faktor umur kot... lagi pun cucu dia pun makin lama makin besar memang lah tak larat. Saya sendiri pun kadang-kadang letih. hehehe



Satu hari ternampak mak tengah sembahyang atas kerusi, aikkk bila masa plak sembahyang atas kerusi ni, teruk jugak ke sakit lutut dia?. Lepas je sembahyang terus interview mak. " Lama dah ka semayang atas kerusi? sakit sangat ke lutut? jatuh ka? " macam-macam soalan yang saya tanya macam peluru berpandu. Mak senyum je sambil explain satu persatu. Dah lama rupanya dia sakit cuma tak tunjuk sangat tapi sejak dua menjak ni makin teruk sikit kadang-kadang sampai nak kebas separuh badan, lutut pun tak boleh bengkok time nak sujud. Aduhhh tersentak jugak time tu, masakan supermak saya yang power ni kehulu kehilir dengan senjata peperangan (senduk dan penyapu) tiba-tiba kurang sihat. Macam-macam jugak lah mak minum dan makan tapi sama juga. Walaupun sakit tapi mak masih senyum. Susahlah nak tengok dia mengeluh penat ke atau sakit ke. 



Balik ke KL saya kaji sikit tetang vivix dah kebaikan nya memandangkan isteri saya dah join shaklee dan shaklee ada satu produk yang namanya VIVIX. Setelah mengoogle saya terjumpa tetang cara vivix ni bertindak.



1. Mempertahankan sel (cell defense)


vivix shaklee cell defense

2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)


shaklee vivix cell energy

3. Memperbaiki sel (cell repair)


shaklee  vivix cell repair

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)





         So saya terpikir kalau yang jenis macam ni mesti sesuai sangat sebab selalunya orang yang berumur sel-sel makin kurang dan performance tak macam anak dara umur 17 tahun ye tak? Masalahnya vivix ni mahal le pulak. Setelah berbincang dengan isteri, dia pun setuju try sajalah duit boleh cari tapi kalau mak?.  



Tanpa lengah lagi dengan semangat membara bak api gunung berapi saya menghadiahkan mak dengan sebotol vivix. Sekali dia tanya saya balik " Apa benda ni hang nak bagi kat aku ni, makan pulak satu sudu kecik saja, berkesan ka?". "Try dulu mak jangan lupa baca bismillah, niat kita nak berubat kalau Allah izin mak baik kami dah cukup gembira, boleh solat tanpa guna kerusi pun kira dah syukur lah" kata saya. Minggu kedua lepas dia minum saya follow up, macam doktor plak kan... tanya dia... alhamdulillah ada kesan positif dia rasa ok sikit tapi still sembahyang atas kerusi.Lepas sebulan setengah rasanya balik semula ke kampung melawat mak dan abah. Alhamdulillah syukur sangat dia kata dia dah boleh sembahyang tanpa kerusi kebas-kebas pun dah kurang, dengan cucu bukan main ligat lagi mengejar cucu yang tak reti nak duduk diam. Diam-diam saya mengalirkan air mata kegembiraan. Walaupun pengorbanan saya tak sama dengan mak yang membesarkan saya sekurang-kurangnya dapat lah jugak tolong dia walaupun sedikit. Siapa yang tak gembira boleh bantu orang kan? 



Begitulah sharing dari suami saya. Fuhh kadang-kadang bila kita tengok Ibu Bapa, Adik Beradik, Sedara, Kawan-kawan dan orang sekeliling kita gembira, dapat pulak tolong orang yang kita sayang berkesan pulak tu mesti kita pun gembira, pahala pun dapat tau... dalam kita mengejar cita-cita jangan lupa orang yang kita sayang ok. 


baca lagi http://aiyangdisayang.blogspot.com/2013/10/vivix-bantu-lambat-penuaan-wajah.html

Alhamdulillah.... tumpang gembira baca kisah di atas...  beruntung orang yang masih punya emak.





Sesiapa yang berhajat untuk membeli Vivix dengan harga lebih murah dari biasa inilah masanya.

Bulan ini bulan November dan bulan PROMO VIVIX. Sepanjang bulan November tau.... 
jadi jangan lepaskan peluang terbaik ini. 

Harga Vivix Normal
RM 475 
Beli 6 Percuma 1
SMS/WASSAP 012 3117349 untuk dapat harga promo ini

nak jadi ahli shaklee pun boleh wassap atau sms ye





Cerita di atas copy dari blog OHVITAMINMAMA (dengan izin tuan blog)

✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.