JOM RAMAI-RAMAI SERTAI KEMPEN: PAKAIANKU MENDAHULUIKU KE SYURGA

By
Advertisement



Ianya adalah hangat dan selesa di sini. Berlainan pula situasinya di Syria. Musim sejuk ini adalah cerita yang berbeza, rakyat Syria mungkin telah berjaya menyelamatkan diri mereka dari serangan-serangan bom tetapi mereka tidak dapat melepaskan diri musim sejuk. Mereka berada di luar dalam keadaan sejuk beku, tanpa perlindungan, tanpa pakaian atau selimut yang mencukupi, ditambah pula dengan kekurangan makanan dan air bersih. Apa yang patut kita lakukan sebagai saudara-saudara Islam mereka yang perihatin?

Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:
1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900

2) No 37 A, Jalan 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
*Ustaz Rosli Mokhtar 0192773912

Bersama-sama kita membantu dan menyelamatkan nyawa mereka insyaAllah.


✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.