APA HAL KAU BRO! REMAJA BERTINDAK GILA.... BACA SETERUSNYA

By
Advertisement

KUALA TERENGGANU 5 Nov. - Siapa yang tidak cemas apabila individu tidak dikenali tiba-tiba muncul dalam kenderaan yang mereka naiki ketika berhenti dan kemudian dilarikan berpuluh-puluh kilometer jauhnya.
Itulah insiden yang menimpa dua keluarga yang berdepan detik-detik cemas selepas kenderaan mereka dilarikan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Hulu Terengganu dan Dungun petang semalam.

Menurut salah seorang mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina, Abdul Pirhat Karim, 34, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kelantan bersama adik ipar dan isterinya yang merupakan anggota polis selepas melawat jenazah nenek mereka yang meninggal dunia semalam.

Namun ketika berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, Lebuh Raya Pantai Timur dekat Hulu Terengganu, seorang remaja lelaki bertindak melarikan kenderaan itu.
Ketika itu dia, isterinya, Che Mastura Che Awang, 31, dan bayinya, Muhammad Asyraf Ikhwan berusia tujuh bulan berada di dalam kenderaan milik adik iparnya itu.

"Memang kami sangat takut kerana tidak mengenali pemandu itu. Ketika kenderaan itu dipandunya, saya sempat tanya remaja itu tentang asal-usulnya. Dia menyerahkan kad pengenalan dan kad bank kepada saya sambil berkali-kali mengaku bahawa dia rakyat tempatan.
"Saya simpan kad pengenalan dan kad bank itu dan dia tidak melarangnya. Tetapi ketika itu dia memandu laju dan saya minta dia bertenang namun dia tidak dihiraukan," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah hari ini.

Abdul Pirhat dan keluarganya adalah antara penumpang yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dilarikan remaja lelaki berkenaan. Bagaimanapun bayi lelaki mereka kini koma selepas tercampak apabila kenderaan itu terlibat dalam kemalangan di Dungun.
Menceritakan kejadian itu Abdul Pirhat berkata, sebaik sahaja tiba di satu kawasan di mana suspek bertindak memberhentikan kenderaan yang dipandunya, dia segera bertindak memaut leher remaja berkenaan dari belakang.

"Ketika itu isteri saya menangis dan saya cuba tenangkan dia. Saya kemudian cuba menenangkan suspek dengan memaut lehernya dan dalam masa sama saya minta isteri saya melarikan diri tetapi kerana terlalu takut isteri saya kembali dan duduk pula di tempat penumpang bahagian depan sebelum perjalanan kami bersambung dan terlibat dalam kemalangan," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, Che Mastura memberitahu, remaja berkenaan memandu dengan laju dan secara berbahaya sambil ketawa dan menjerit-jerit.

"Ketika itu saya lihat had laju telah mencecah 160 kilometer sejam sedangkan jalan gelap dan berliku. Saya hanya menangis dan berdoa kami selamat," katanya yang menceritakan kejadian itu kepada Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa ketika melawat dia dan suaminya di hospital.

Che Mastura dan Abdul Pirhat berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan bayi mereka yang masih koma dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Mangsa kedua yang dilarikan suspek, Nur Maizura Mustafa Kamal, 18, pula berkata, ketika kejadian dia bersama bapanya, Mustafa Kamal Bakar, 55, menaiki Perodua Myvi dari arah Pekan, Pahang untuk bercuti di Air Terjun Sekayu di Hulu Terengganu.

Ketika kejadian katanya, dia turut membawa ibunya, Habibah Teh, 50, adiknya, Hazrul Fazli, 14, serta dua anak saudaranya, Nur Anisha Qistina Khairul Nazri, 5, dan Mohamad Aqif, 3.

"Saya memberhentikan kereta selepas ditahan seorang remaja yang memaklumkan kononnya ahli keluarganya terlibat kemalangan. Ketika itu saya lihat ada mangsa kemalangan dan saya sempat membantu ibu serta bayi yang cedera berada di tengah jalan raya.

"Namun semasa membantu wanita itu, kereta saya pula dilarikan remaja yang meminta bantuan tadi dan ketika itu saya hanya berdoa ibu, adik dan dua anak saudara saya selamat kerana nampak kenderaan itu dipandu laju," jelasnya.



CHE Mastura dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.


KENDERAAN Pirhat hancur selepas berlanggar lori muatan tanah.




✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.