Pisau dan Citylink

By
Advertisement

Alhamdulillah....
Pisau cantik ni dapat sambutan.
Terima kasih kepada pembaca blog adik Aimi dari Sungai Petani yang membeli 10 set terus.
Pengalaman nak pos pisau ni kelakar pun ada... nak cari yang murah punya pasal  tawakal guna perkhidmatan citylink.
Ingatkan macam pos biasa timbang bayar dah siap rupanya kakak citylink kata prosedur syarikat kami nak tengok apa barang kat dalam.
Lagi2 bila dia tanya barang apa, aku cakap je pisau.
Haaaa..... pisau????
Kakak tu dah besar bijik mata.
Aisehhh...... 
Terus kena bukak kotak
Kakak tu punya belek punya belek sampai ambil bawa masuk ofis tunjuk kat bos kat dalam.
Aku dah gelabah.....
Eiii.... cerewetnya!!!
Menyesal datang sini.
Bila kakak tu keluar dia masih kerut-kerut muka...
dik cantik pisau ni....
dan bla...bla...bla....
sambil tu timbang barang....
bla bla bla....
ukur kotak
bla...bla...bla...
kena ambil insurance ni... berharga
ye ... ikut kan je.
bla..bla..bla..
dah siap bayar. tapi dua orang kakak ni dan seorang lelaki masih tak puas hati dengan pisau
belek2 lagi
eiii.... abis la barang aku ni ....aku mengomel dalam hati
nak hilang sabar pun ada
dah dua kali ni aku suruh kakak tu plaster balik kotak aku
ye nanti kami plaster dik
tapi tak juga plaster
bla bla bla....
kak saya nak balik dah ni... akak tak nak plaster ke kak kotak saya ni?
tak pe dik.... adik jgn risau nnt akak plaster elok2
dan akhirnya aku pun keluar dengan perasaan berkecamuk
insurance kat tangan aku genggam erat dan aku bertawakal supaya barang selamat sampai dan cukup sifat kepada pembeli.

Beberapa hari kemudian aku dpt panggilan dari citylink
kakak tu call nak order pisau rupanya...
hihihi...
tadi dah hantar satu set
petang call lagi nak satu set lagi
alhamdulillah

jadi sekarang stok set 6pcs dan 3 pcs memang dah habis ... 
aku punya yang habis kat supplier ada lagi hik2

yang masih ada cuma set 5 pcs
macam ni

RM 60 TIDAK TERMASUK KOS POS
sebab ada papan memang berat sikit la...lebih kurang 1kg
jadi postage pos  laju dlm rm 10


ada kaler merah dan pink
sapa nak yang ada chopping board ni boleh wassap 0123117349
yang ni kat supplier dah habis
kat aku je yang tak habis2 lagi...sebab aku borong yang ni terlebih banyak.

Terima kasih juga kepada  pn salwani, pn zaimi, puan syida, pn azura, pn, niza, puan asnizah, puan rozie , pn ning , pn asmah , jiran2ku dll.













✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.