Anak Kurung Ibu Tanpa Makanan 4 Hari

By
Advertisement

GUNUNG SEMANGGOL - “Makcik dah tak sanggup nak duduk dengan depa, kalau boleh hari ini makcik nak lari pi tempat lain."

Itulah rintihan seorang ibu yang mendakwa dikurung empat hari oleh anak kandungnya di sebuah rumah sewa di Lembah Beriah, Bukit Merah.

Lebih menyedihkan, ibu malang itu juga mendakwa, dia kelaparan sepanjang tempoh dikurung akibat tiada bekalan makanan ditinggalkan dan hanya minum air sejuk untuk menahan lapar.



Bagaimanapun, derita yang ditanggung mangsa dihidu jiran yang pelik kelibat mangsa tidak kelihatan lebih seminggu.

Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali Mohammad, 41, berkata, mangsa yang berusia 55 tahun dipercayai tinggal bersama anak keduanya sejak setahun lalu.

Menurutnya, sebelum ini sudah tersebar khabar angin mengenai penderitaan mangsa yang didakwa kerap menjadi mangsa dera, namun kebanyakan jiran tidak mengambil serius mengenainya.

“Sejak berpindah ke rumah sewa baru, kami sering memerhatikan gelagat ibunya yang kemurungan setiap kali keluar dari rumah.

“Kemuncaknya, kami menjadi bimbang apabila kelibat mangsa langsung tidak kelihatan sejak seminggu lalu, sedangkan anak mangsa sekeluarga ada di rumah," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di Bukit Merah, semalam.

Didorong sifat ingin tahu, Mohammad bersama beberapa jiran lain pergi ke rumah wanita itu sewaktu ketiadaan anak mangsa dan terkejut dimaklumkan mangsa dikurung tanpa diberi makan selama empat hari.


Keadaan tempat tidur mangsa yang menyedihkan

Jelasnya, pada pertemuan itu, mangsa mengakui ditinggalkan anak lelakinya dalam keadaan pintu rumah berkunci dan terpaksa meminum air sejuk bagi menahan lapar.

"Mangsa turut mengakui sering dipukul  menantunya, malah pernah beberapa kali ditendang cucunya yang masih kecil atas kesalahan tidak diketahui.

“Sebak melihat keadaan mangsa, kami segera membelikan makanan kepadanya dan memaklumkan perkara itu kepada Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hasan untuk tindakan lanjut,” katanya.


Mohamad berkata, dia pernah menemui anak lelaki mangsa untuk bertanyakan keadaan mangsa, bagaimanapun anak lelaki mangsa hanya memberitahu ibunya mengalami gangguan mental.

“Atas nasihat ketua kampung, kami membuat laporan polis mengenai keadaan ibu mangsa di Balai Polis Bagan Serai pada Jumaat lalu dan perkara itu turut dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kerian pada keesokan harinya,” katanya.

Mangsa diselamatkan JKM

Sementara itu, Pegawai JKM Kerian, Noor Kamaruzzaman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan kes penderaan melibatkan mangsa pada Sabtu lalu.

Susulan itu, pihaknya membuat lawatan ke rumah mangsa sebanyak tiga kali untuk menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan dibuat.

“Dalam dua lawatan permulaan, kami difahamkan anak lelakinya terpaksa mengurung mangsa kerana mengalami gangguan mental.

“Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan mangsa yang mengaku didera dan direkodkan jiran terdekat,
JKM mengambil keputusan mengambil mangsa untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Parit Buntar di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.

Kata Noor Kamaruzzaman, jika terbukti terdapat unsur penderaan ke atas mangsa, tindakan akan diambil ke atas kesemua suspek terlibat.

"Tetapi jika mangsa terbukti mengalami gangguan mental, satu cadangan rawatan pemulihan akan dikeluarkan ke atas mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa diambil di rumahnya dengan diiringi polis lebih kurang jam 1 tengah hari semalam.

“Selepas itu, JKM mungkin akan mencari tempat perlindungan sesuai kepada mangsa sehingga siasatan kes selesai,” katanya.

Mangsa yang ditemui pemberita mengakui dipukul menantunya pada sebelah malam susulan selepas menerima kunjungan pegawai JKM, kelmarin.

Sewaktu ditanya pegawai JKM semalam, mangsa mengakui tidak diberi makan semalaman.

Tinjauan Sinar Harian di rumah mangsa mendapati keadaan bilik tidur mangsa amat menyedihkan apabila terpaksa tidur di atas lantai tanpa disediakan tilam.


sumber- sinar harian 



✿*~ Klik LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

1 comments:

Nur A.Z said...

kejam buat mak kandung macam tu. si menantu dengan anak dia pun sama, x berperikemanusiaan tau kurung 4 hari.. penat mak die bela dia dari kecik, mcm tu dia balas.. astaghfirullahalazim..

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.