4.9.13

Pemilik Kedai Emas Selamat Walau Kena 2 Das Tembakan



Allahuakbar.... inilah pemilik kedai emas yang dilaporkan cedera parah terkena dua das tembakan dalam kejadian rompakan semalam. Tapi jika dilihat dia kelihatan steady je kan. Menurut cakap-cakap orang, beliau seorang yg sangat baik... baik bagaimana entahlah. Mungkin saja banyak sedekah banyak keluar zakat atau banyak amalan hingga menyebabkan dia terselamat. Bukan apa bila lihat gambar ni teringat dengan cerita seseorang yang terlibat dengan kemalangan ngeri hingga orang yang melihat tidak akan menyangka mangsa hidup. Tapi atas izin Allah mangsa selamat bila ditanya apa amalannya, baca ayat Qursi sebelum naik kenderaan. wallahuaklam...sekadar perkongsian.




KUALA LUMPUR 3 Sept. - Seorang pemilik kedai emas cedera parah terkena dua das tembakan di bahu dan perut selepas bertindak nekad bergelut bagi menghalang empat penjenayah merompak premisnya di Lebuh Ampang di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Abdul Rasul Abd. Razak, 58, sedang berada di dalam pejabatnya manakala empat pekerjanya berada di ruang pameran kedai.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, tiba-tiba muncul empat lelaki memakai topi keledar penutup muka penuh dengan seorang daripadanya terus melompat ke dalam ruang pekerja.

Beliau berkata, seorang lagi suspek berdiri di ruang pelanggan sambil mengarahkan kesemua pekerja tidak membuat bising dan menuruti arahan mereka manakala dua lagi suspek di luar kedai.

"Ketika itulah mangsa keluar dari pejabatnya dan terus bergelut dengan dua suspek di dalam kedai. Dua lagi suspek yang berada di luar premis dan melihat pergelutan itu lalu masuk campur.
"Salah seorang daripada mereka bertindak mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan empat hingga enam das tembakan.

"Dua tembakan itu mengenai Abdul Rasul dan kesemua suspek kemudian melarikan diri dalam keadaan kelam-kabut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Difahamkan, suspek yang kesemuanya memakai topi keledar penutup muka penuh dilihat melarikan diri dengan menggunakan dua buah motosikal dan tidak sempat melarikan sebarang barangan berharga.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130904/je_02/Pemilik-kedai-emas-cuba-halang-rompakan-parah-ditembak#ixzz2dui31tfj 
© Utusan Melayu (M) Bhd 




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...