Ulasan PM Malaysia berkenaan konflik di Mesir mendapat kritikan rakyat

By
Advertisement
Di saat sebilangan rakyat Malaysia bersedih dengan penggulingan Presiden Mesir Mohamed Mursi, PM Malaysia sebaliknya melihat konflik yang berlaku sebagai satu iktibar supaya rakyat sedar perubahan yang dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan. 

Dengan tiba-tiba PM juga mengaitkan perubahan kepimpinan jika tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan penderitaan kepada rakyat dengan kenaikan harga barang, peningkatan pengangguran dan lumpuhnya industri pelancongan. Ehhh.... inikah yang berlaku di Mesir bila Dr. Mursi mengambil alih kepimpinan dari Hosni Mubarak?

Ulasan PM ni macam nak sindir rakyat sendiri je.... hehehhe....
Agaknya macam tu lah yang bakal  berlaku kepada Malaysia jika pembangkang menang! Boleh muflis dan huru-hara negara...!!! Awas ye... jangan berani-berani nak jatuhkan pemerintah Malaysia yang sedia ada huhuhu... 

Bacalah kritikan di LINK

Di bawah pula adalah ucapan beliau:

PM mahu rakyat ambil iktibar konflik Mesir

Najib Tun Razak



LONDON - ENGLAND - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
   
Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
   
"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.
   
Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.
   
Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.

Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."
   
"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.
   
Mengenai tindakan rakyat di beberapa negara termasuk Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang dilaksanakan secara demokrasi dan pemimpin dipilih secara sah melalui proses demokrasi, Najib berkata apa yang penting ketidakpuasan hati perlu disuarakan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara.
   
"Inilah yang akan menjamin apa juga yang kita lakukan itu berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan negara kita," katanya.
   
Najib kemudian berlepas pulang ke tanah air setelah berada di London sejak Isnin, dan sebelum itu menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global di Dar es Salam, Tanzania. - Bernama




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.