ARNAB YANG MEMILIH.....

By
Advertisement
apa??? ayam mahal??? kalau ayam mahal jangan makan ayam laaa.... daging ada...ikan ada... telur ada.... atau pun makan daun2 jeee... ahaksss

itulah untungnya jadi manusia ni.... banyak pilihan. 
Tak macam haiwan... ada ke kambing kejar ayam sebab takde rumput nak makan? Ular sawa telan  durian sebab tak jumpa binatang atau manusia ....ngeee... 

ehhh... sebenarnya nak cerita pasal arnab kat rumah ni yang dirasakan sangar ek  dan bercitarasa tinggi. 
bagi palet rm2 ringgit tak nak makan!
protes siap kuis2 lagi kasi keluar dari bekas makanan
eeiiiii saboooo je lahhhh
palet yang dorang makan harga rm19.90 sekampit
berlagak gilerrr .....

RM 19.90
satu kampit ni tahan 3 hari je....  untuk 13 ekor.
sapa2 yang bercadang nak pelihara arnab sebagai haiwan kesayangan kena budget betul-betul wooo...

RM 2.00
kalau kat pet shop biasanya dia bagi palet 2 hinggit je pun.... kat pasar tani pun sama gak....
boleh je pun arnab tu telan
memang mengada2 betul korang nih

ooooooo....... kutuk yewww huhuhuuu -opet

elehhhh..... susu ibu kami lagi sedap laaa...terbaik!!!
-anak2 abun

kami pun  ada hak nak makan yang sedap2!!!
- anak2 chebie

tau la nak raya ..... nak budget la tuuu ... - aires
eehhhhh.... apa nihhh.... tak baik dedahkan aib kami tauuuu.... lagi2 di bulan ramadhan yg mulia nih
- opet dan putih
wakakaka.... kesian korang... ada harapan la korang kena sembelih raya  ni ganti ayammmm
- kucing orang sebelah

senyap ahh ko.... nak kena wachaaaa????
ko tu tetiba je masuk rumah tuan aku pehal.... siap lompat balkoni lagi.
tau arrr ko cemburu tengok kami yang dipelihara penuh kasih sayang nih..
pergi balikkkk!!!
-chebi.
sampai hatiiiii..... aku cuma nak kawan ngan korang jeee
 tolongggg!!! sangkar ni bau kencing arnab ....uwekkkk2
- kucing orang sebelah

okey2..... 
arnab-arnab sayang buah hati intan payung bucuk2 semua
tuan ko nih berjanji tidak akan sembelih kamu sekalipun harga ayam mahal gilerrr...
tak kan serahkan kamu ke mana-mana pusat jagaan
tak kan buang kamu ke tepi jalan apatah lagi ke tong sampah
sebab kamu semualah penyeri rumah ini
waulaupun kencing kamu busuk tapi kamu tetap disayang dan dibelai tanpa berbelahbahagi
semoga Allah memurahkan rezeki tuan ko nih supaya terus dapat belikan korang palet yang mahal itu
harapan tuan ko jangan lah korang ubah citarasa kepada palet yang lebih mahal lagi
uhuk... uhuk
sekian~~~~




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

5 comments:

Amirul Ramli said...

hehehe.. comelnya arnab2 tuu... eh tapi kalau sembelih rasanya lagi sedap ke dari daging ayam? tak pernah rasa pulak. hehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Boleh buat rendang sebab raya nanti aiyang ;)

Aiyang disayang said...

Tak pernah mkn lg.... tapi rasanya sekarang ni lg tak tergamak nak mkn daging arnab.... sayangggg

Aiyang disayang said...

Mungkin tidak.... haha... sanggup mkn ketupat dgn sambal ikan bilis drpd buat rendang arnab

dr.sam said...

Arnab den, si Cassey tu senang jek, pellet murah dan daun petai belalang cukup. Pelik tul, carrot tak mau langsung!

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.