Terus rasa nak muntah baca blog nih......

By
Advertisement
Isk....isk...iskk..... tak sangka pulak aku akan terjumpa blog cenggini..... terus senak perut.... nak muntah hijau sekali pun ada..... uwekkksss!
aku paham perasaan pengendali blog tersebut..... sgt2 paham.... kalau aku pun rasanya aku akan buat macam tu jugak..... tampal gambar penyamun tu besar2 dalam blog biar satu dunia tahu dia tu penyamun!
Apatah lagi kalau yang disamun itu ialah bini kita!
Tapi dalam kes ni bukan salah jebon sorang.... sang isteri  tu pun salah jugak! Sama2 salah....
Kes macam ni berlambak..... tak payah jauh2 nak cerita kisah dalam kain orang..... kain depan mata pun ada koyak rabak.....
Itulah realiti kehidupan.... kita diuji dengan dugaan2 yang kadangkala boleh buat kita rebah menyembah ke bumi jika tidak kuat iman.
Curang dengan pasangan ni memang ramai..... lelaki ada anak isteri yang penyayang pijak semut tak mati tu pun ada juga yang curang. Isteri yang lemah lembut sopan santun pun ada juga yang curang. Orang mcm ni tak takut dosa dan rasa dia kebal dari api neraka kot.

Balik semula ke cerita jebon di atas sebenarnya aku baru singgah blog  Jaybon ni lah. Hurmmm...... sabar je lah ye kepada suami yang isterinya curang. Semoga dapat isteri yang lebih solehah selepas ini.

ps: ustaz khalid selalu pesan (kelas dhuha) ibu2 selalu la baca doa rabitah bayangkan wajah suami ibu2 yeee..... tujuannya supaya hati kita dan pasangan sentiasa terikat. Ini dia  DOA RABITAH



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

1 comments:

jalaludin sulaiman said...

link tu dah kena removed. boleh try

http://jalaludinsulaiman2.blogspot.com/2013/06/siapa-jalaludin-sulaiman.html

atau

http://jalaludinsulaiman.wordpress.com/2013/06/14/siapa-jalaludin-sulaiman/

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.