3.6.13

perghhh.... kaki pencuri besi putus dilibas parang

Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi.
Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.
Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.
Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam.
Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam.
Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.
Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Terputus woooo…
Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
mangsa sedang mengerang kesakitan
adoiiii...... ni kalau tak mendatangkan insaf juga tak tau lah....!!!


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

5 comments:

Carlos Santiago said...

padan muka

Istiqomah said...

lepas ni konfom tak ambil madat lagi.

Fais-SKA said...

subhanallah..sriauuuu la plak..skit 2..pdah akibat mencuri dn tnjuk smseng

IbnAbdHalim said...

Ikut hukum hudud kalau bersalah dipotong tangan tapi dalam kes ini belum dibicarakan sudah tersabit kakinya. Agaknya akan mendatangkan keinsafan?

Unknown said...

Salam puan, Apalah kiranya puan dapat listkan blog saya dalam bloglist puan. Saya dahulukan jutaan terima kasih.

ini blog saya : www.tintaasyraf.com

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...