15.6.13

Ngeri – Pakcik Ni Terbelah Separuh Muka Kena Serang!

terbelah dagu 2
Allah ngerinya tengok keadaan pakcik nih..... tapi pakcik ni rileks jeee..... macam tak sakit je..... darah pun takde? Dah kering agaknya darah pakcik nih...
Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang.
Menurut mangsa, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang apabila tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali yang terus menetaknya menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.
Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya.
Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa Bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yang digunakan.
Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.
terbelah dagu
Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.
Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring berlumuran darah di beranda rumah dan terus membawa mangsa ke Hospital Sipitang.
Keadaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut
sumber mynewshub

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...