Ajaran syiah dilarang disebar tetapi bebas diamal di Malaysia - Jamil Khir

By
Advertisement




MENGULAS KENYATAAN JAMIL KHIR.

Ketika Negara Ahlus Sunnah mempunyai kuasa, mereka tidak menggunakan kuasa itu sebetulnya, sebaliknya Syiah apabila mempunyai kuasa, mereka akan menggunakan kuasa mereka tersebut dengan baik, tersusun dan penuh konspirasi . Oleh kerana itulah kita dapat melihat banyaknya Negara yang dipimpin dan dikuasai oleh Ahlus Sunnah dengan mudah dikuasai dan diratah Syiah seperti Negara Bahrain dan Lubnan kerana undang-undang yang mereka peruntukkan ke atas Syiah kelihatan begitu mesra Syiah atau memang tiada undang-undang langsung sehingga akhirnya menyebabkan Negara tersebut hancur binasa dan tampuk kekuasaan hampir jatuh ke tangan mereka (Syiah).

Walhal berbeza apa yang berlaku di Negara-negara Syiah. Sekiranya mereka mempunyai kuasa, mereka akan peruntukkan undang-undang diktator bagi menyekat dan menindas penganut Ahlus Sunnah wal Jamaah sehingga ke akar umbi. Persoalannya sekarang, adakah hal ini turut berlaku di bumi Malaysia yang majoriti besar penganut dan pemimpinnya merupakan Ahlus Sunnah?

“Jamil Khir, pintu masuk Syiah ke Malaysia?” Mungkin inilah tajuk yang sesuai berdasarkan kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung pengamalan Syiah di Malaysia. Saya kutip beberapa kenyataannya menurut akhbar malaysiakini pada 9 mac, 2011, sila rujuk http://www.malaysiakini.com/news/158136:

1) “Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya”.
"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini”.

= Pengikut ajaran Syiah TAK BOLEH sebarkan fahaman Syiah tapi BOLEH AMALKANNYA”. Lawak apakah ini Datuk Seri? Lumrah sesuatu fahaman dan ideologi pasti akan menyebarkannya kepada masyarakat di atas nama kebenaran dan kesedaran, untuk pengetahuan Datuk Seri juga, disebabkan kenyataan tidak berilmu seperti inilah telah menyebabkan puak Syiah Melayu semakin melebarkan sayap mereka ke seluruh Negara. Lihatlah pula apa kenyataan di blog-blog dan website Syiah Melayu:

“Laman ini khusus untuk Syiah Imamiyyah sahaja. Web ini bukan berniat untuk menyebar Syiah dan anda (Ahlus Sunnah) dilarang melawat lama ini. Jika anda berkeras, maka saya tidak akan bertanggungjawab atas pencerobohan akidah anda.”

Kami yakin, Datuk Seri turut tergelak bersama kami membaca kenyataan di website dan blog Syiah Melayu bukan? Tetapi malangnya ianya diambil berdasarkan kenyataan Datuk Seri sendiri. Kami ingin bertanya kepada Datuk Seri, sekiranya puak Syiah dibenarkan mengamalkan fahaman Syiah tetapi tidak boleh menyebarkannya, lalu bagaimana pula mereka (Syiah) ingin beramal sedangkan tidak ada yang mengikuti fahaman mereka? Sudah tentulah mereka perlu menyebarkannya untuk mempunyai orang untuk beramal! Harap ini difahami.

2) Kenyataan Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebenarnya turut MELANGGAR Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia iaitu:

Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut : “Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa HANYA Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk DIAMALKAN di Malaysia.” DIMANSUHKAN.

Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya MENGIKUT AJARAN ISLAM yang BERASASKAN PEGANGAN Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak. Sila rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia

3) “Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini”.

"Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA. (Nasharudin menafikan bahawa beliau ada bertanya soalan ini, sila rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/158203)

“Sekalipun Syiah itu sesat, tetapi TAK SEMUA ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah”.

= Jika benarlah kenyataan seperti ini, maka sudah tentu kebanyakan ajaran sesat di Malaysia seperti ajaran al-Arqam tidak semuanya bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah. Tetapi menapa selama ini tidak pernah ada mana-mana Pemimpin mengatakan seperti Datuk Seri: “bukan semua ajaran itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah”? Saya yakin, kenyataan Datuk Seri ini bermotif menjaga hati rakan baik Malaysia iaitu Iran yang terkenal keSyiahannya dan hipokrit yang amat.

Nasihat kami kepada Peimimpin-pemimpin Negara agar kembali membuat pengkajian dan penelitian yang serius berkenaan fahaman Syiah atau lebih tepat Agama Syiah, tambahan pula kata-kata, fatwa dan nasihat para Mufti dan Ulama’ itu lebih tepat dan sangat wajar diterima kerana mereka lebih alim dan arif dalam persoalan ini.

Jangan disebabkan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang akrab dengan Iran menyebabkan Malaysia begitu berlunak dengan mereka tanpa batasan. Mungkin juga, Malaysia mengadakan hubungan yang baik dengan Iran atas dasar persahabatan, ekonomi dan lain-lain, tetapi jangan dilupa bahawa Iran mengadakan hubungan baik dengan Malaysia termasuk Negara Sunni yang lainnya bukan hanya kerana perdagangan dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mempunyai agenda yang paling utama, yang paling besar iaitu mensyiahkan Negara tersebut! Mengapa pula tidak benar? Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap Negara-negara Sunni yang menjalinkan hubungan dengan Iran, pasti akan wujudnya di situ Syiah dan pertelingkahan pasti akan berlaku.

Contohilah Morocco, sekalipun tidak semaju Malaysia, mereka masih bertegas mempertahankan Ahli Sunnah dan bertindak keras ke atas Iran sehingga MEMUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK, sila rujuk: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2010/11/maghribi-memutuskan-hubungan-diplomatik.html Bukan Morocco sahaja, bahkan Negara bukan Islam seperti Senegal dan Gambia juga turut mengikut jejak Morocco yang sama selepas mengesyaki Iran menyeludup masuk senjata kepada pihak pemberontak bagi menumbangkan Kerajaan yang sedia ada. Jalan penyelesaian mereka ialah memutuskan hubungan diplomatic dengan Iran. Sila rujuk: http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/05/gambia-memutuskan-hubungan-diplomati.html dan http://syiahmalaysia.blogspot.com/2011/05/senegal-memutuskan-hubungan-diplomatik.html.

Adakah Datuk Seri yakin Iran tidak akan melakukan hal yang sama terhadap Malaysia dengan menyebarkan doktrin Syiahnya dan apabila mendapat pengaruh yang kuat, mereka akan menyeludup masuk pula senjata-senjata bagi menjatuhkan anda sendiri! Kepada pihak UMNO juga, pantau juga orang-orang seperti ini, jangan hanya menemplak dan menuding kepada pihak pembangkang yang kononnya menternak Syiah, walhal 2x5 sahaja. Semoga Allah pelihara bumi Malaysia dari fahaman ganas Syiah!. Ayuh Sepakat Tolak Syiah!!!


Ulasan ini di ambil dari SUMBER


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

0 comments:

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.