5.4.13

VIDEO PAKCIK IBRAHIM YANG MELETOP KEBABOMMMM!!!

Ingatkan tentang apa lah video seorang lelaki tua ni..... selalu nampak orang share kat fb tapi tak pula tergerak hati nak tengok, sekalinya................. ohmaiiiiiiiiiiiiii....... sangat ohsem you..... memikat dan memukau sungguh suara pakcik ni.
Tak caya.....cuba dengar sendiri.


Seorang warga emas yang dikenali sebagai Ibrahim Ahmad, 66, atau lebih mesra disapa sebagai Pakcik Ibrahim merupakan salah sorang individu yang menjadi bualan hangat oleh segelintir penonton di laman YouTube pada masa kini.

Perkara ini bermula apabila sebuah video nyanyian Pakcik Ibrahim telah dimuat naik oleh anak perempuannya sendiri iaitu Norinah Ibrahim menerusi laman YouTube pada 27 Mac lalu dan menerusi video tersebut, ia telah mencatat jumlah tontonan hampir 13,000 kali serta mendapat hampir 7,000 ‘like’.

Setelah mendapati video ayahnya mendapat sambutan hangat oleh penonton di laman YouTube, Norinah telah cuba memuat naik beberapa lagi video lain dan nampaknya semua video tersebut mendapat respon yang positif daripada pelbagai pihak.

Menurut Pakcik Ibrahim, dia sememangnya amat meminati lagu-lagu Melayu dan Indonesia, serta menggemari lagu nyanyian Broery Marantika berjudul Widuri dan Angin Malam.

Persoalannya disini, adakah Pakcik Ibrahim bakal meletakkan satu lagi ‘benchmark’ kepada para penggiat seni tempatan? Atau mungkin selepas ini bakal memberikan tamparan hebat pada artis-artis Youtube lain? Kita tunggu nanti ya. - Oh Bulan!


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

2 comments:

Fais-SKA said...

huhuhu..terbaek la pakcik ni

Mak Wardah said...

Berbakat.

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...