Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus

By
Advertisement

Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus | Apabila kita menyebut tentang uri, KisahBest.My ingin berkongsi tentang satu kisah seram di mana sebuah keluarga yang membawa balik uri bayi untuk ditanam di rumah, menjadi tumpuan makhluk halus. Salah seorang daripada ahli keluarga tersebut tersedar dan cuba melawan makhluk halus tersebut. Persoalannya, apakah yang terjadi kepada uri tersebut? Ikuti kisah di bawah ini.

Sekadar gambar hiasan

Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.

Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.


Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.

Pontianak itu tiba-tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap di rumahku.

Oleh sebab itulah pontianak itu tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.

Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.
sumber

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

2 comments:

S.K.A said...

betul ke ni?? seram jgak bile bca..knapa uri tu tak letak dlam peti sejuk je?? lg slamat kn??

azril said...

iye ke? ni mesti banyak tengok DVD ni!!!

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.