Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ? KALI INI SEORANG USTAZ PULA TEGUR ROZITA CHE WAN

By
Advertisement

 Tak tahu nak kata apa bila artis nih tak mahu terima teguran. Degil Ketegaq??? 

"Saya pun tak fahamlah dengan mereka ni. Apa sahaja yang saya buat, serba tak kena. Saya tak tahu langsung mengenai teguran itu dan malas nak ambil tahu. 
"Saya sudah malas nak kata apa. Kebebasan berpakaian adalah hak masing-masing. Suka hati lah nak cakap apa pun.
"Suka hatilah nak cakap apa pun, saya tak kisah!," katanya dalam nada yang tegas.
 (Rozita Che Wan)

Itulah jawapan balas Che Ta bila dia ditegur kerana berpakaian seksi. Dia bukan sahaja dikritik oleh peminat dan  bukan peminat malah turut di tegur oleh Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, atau lebih dikenali sebagai Dr Har. Baca di SEKSI ITU HAK SAYA

Kali ini sekali lagi Che Ta di tegur dan kali ini  oleh Ustaz Zaharudin pula.


Seorang artis perempuan celebriti tanahair melayu beragama Islam, beria-ria benci dan rimas orang menegur pakaiannya yang seksi. Lalu menyatakan itu HAK peribadinya (Padahal HAK Allah, Rasul & manusia lain diketepika?) dan suka hati dialah (suka hati orang nak beri pandangan juga kan) & jangan jaga tepi kain orang (dah jadi celebriti kena biasanlah tepi kain orang jaga). 




Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan rambut, telinga dan terbuka dada, berseluar ketat, bertshirt pendek dan sepertinya. Adakah apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia hak peribadi? Hak kebebasan yang dijamin perlembagaan? Tidak boleh campuri urusan orang lain?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, seketul jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati. 

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) Cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah mewajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) Cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, 'think big', 'ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je, berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

**********************
Nahhh...... kalau susah sangat nak faham ayat lembut dan berhikmah seperti yang Dr Har sampaikan mungkin ayat-ayat di atas boleh kasi lebih pencerahan. Teguran itu bukanlah khusus untuk Che Ta tetapi kepada kita semua kususnya wanita Islam yang suka seksi dan pengakhiranya adalah seksa!

Semoga Allah swt lembutkan hati kita menerima teguran yang menjurus ke arah kebaikan. Semoga kita diberi taufiq dan hidayah. 



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

3 comments:

shidine didine rahman said...

ayoh...sudah tiba masa dan ketika para ilmuan, agamawan dan pihak yg berkuasa menegur pakaian artis malaysia...Dr. Har dan Ust Z telah memulakan langkah....syabas...berani kerana benar...persilakan menegur pakaia mereka ...pasti kami menyokong...

Ummiarissa Mahdi said...

semoga semua wanita tak kira kaum fahami etika berpakaian yang lebih sopan....

eyqkagurl said...

Apalah nk jadi dekat rozita che wan ni. Umor dah 40lebih, tapi akal cetek mcm budak belasan tahun. Orang yg baya-baya rozita che wan ni, sepatutnya sudah mula memakai tudung, sudah mula memakai bju yg mnutup aurat. Tak malu ke dekat ank yg dah besar2 tu.. diorg da besar kot. Dah bole faham serba sedikit tntg ibunya. Bwk2la mengucap dan bertaubat. ini x, makin mningkat usia, makin terserlah plak seksinya.

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.