Madrasah AlYamani - RM10 sahaja (tolong baca ye kawan2)

By
Advertisement
Bismillahirahmanirahim....... Assalamualikum....


Iskkk... ketaq jari nak taip n3 sendiri ni .... maaf jika ayat lintang pukang

Pagi ni hati saya tercuit rasa sebak..... sebak sebab ada anak-anak yang teringin  makan pizza. Ya Allah.... kasihannya! Mereka ini bukan anak-anak saya tapi anak-anak (puteri) Madrasah Al- Yamani.

Saya sebenarnya telah di add masuk ke dalam sebuah group di fb oleh seorang rakan yang juga seorang penulis novel pada awal tahun ini. Group ni  dinamakan RM10. Tujuannya supaya ahli-ahli dapat menyumbang sedikit wang RM10 untuk anak-anak huffaz puteri al yamani ini setiap bulan bagi memenuhi keperluan mereka. Biar sedikit tapi Istiqomah....insyaaallah. Jika ingin menyumbang lebih juga tiada masalah.



Madrasah Al-Yamani ni terletak di Kg. Baru, KL. Telah beroperasi lebih kurang 7 tahun dan jumlah pelajar sekarang lebih kurang 33 orang dan 30 orang menetap di asrama. Selanjutnya baca di bawah.....


sebahagian daripada anak-anak madrasah - lihatlah wajah mulus dan tulus mereka
*yang bertudung hijau tu novelis Norhayati Berahim

 Ruang ini siang sebagai kelas..dan sebelah malam adalah tempat tidur pelajar.
Ahli2 kumpulan RM10 setakat ini seramai 263 orang. Alhamdulillah sejak group ini ditubuhkan beberapa kemudahan dan keperluan telah dapat disediakan.

Hasil daripada sumbangan dana yang telah diinfaq oleh sahabiah. Alhamdulillah, dapur lebih kemas dan ruang lebih dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

Beginilah keadaan sebelum ini.



....... dan inilah post yang membuat saya rasa sebak. Allah.... bayangkan sahaja anak-anak kita atau adik-adik kita yang meminta seperti ini. Tentu kita tak sampai hati kan....


Menurut kak Nik Fauziah.... sudah ada hamba Allah yang sudi mensponsor pizza. Alhamdulillah.

Kepada sahabat yang ingin turut serta membantu anak-anak ini bolehlah hubungi kak Nik - nik2konsep@gmail.com

Infaq anda boleh dimasukkan ke dalam akaun:
Maybank 114106035964 (Nik Fauziah Nik Hussin)

Sharing is Caring ^___^

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bersedekah memang dituntut... bermulalah dari yg kecil dahulu :)

Ummiarissa Mahdi said...

Semoga ada yang sudi menghulur...tangan kanan memberi jangan sampai tangan kiri tahu...

Aiyang disayang said...

alhamdulillah.... info yg baru diterima hari dapat membelikan mereka 10 kotak pizza dan pihak domino berbesar hati memberi 10 kotak lagi percuma.

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.