KERJASAMA DENGAN ZALORA - SUKSES!!

By
Advertisement
Assalamualaikum
holaaa..............
selamat tengahari.......

Hari yang indah.... senyum sampai telinga sebab baju yang dipesan dari zalora petang semalam  telah selamat tiba sebelum 12 tghari tadi.... wowwww...efisyen sungguh zalora!  So jerit sikit...... aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


Terima kasih zalora... terima kasih daun keladi... lepas ni bagi la baucer lagi!

Secara keseluruhannya saya puas hati dengan cara pembelian di zalora, semua cepat, reply email cepat dan hantar pun cepat dengan GDex. Barang pun dalam keadaan baik. Ada juga disertakan sekali return slip.


ni la yang saya order. lawa tak?
Zalora bagi baucer RM 50 jadi saya pilih la baju di atas yang harganya RM 48.80.
cehhh..... orang pakai peplum kau pun nak pakai peplum tak sedar diri saiz berapa!
ngahahaha......
ehh peplum ke tu.... ??? 
Baju di atas tu saiz L.... saiz L okey!!!
 Muat bukan la tak muat tapi sebab tubuhku ini ehemmm ehemmmm maka ia bakal menyeksa mata yg memandang jika daku berposing...wakakaka.
Maaf zalora saya tak dapat nak gayakan baju diatas.... tapi saya sgt puas hati dengan servis anda.

Jadi sesiapa nak mencuba membeli belah di zalora sila layari laman ini






✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

10 comments:

Aku Penghibur said...

alhamdulilah :) rezeki tu ...

Aiyang disayang said...

alhamdulillah... terima kasih acik sbb tolong akak

Ratu Hatiku said...

Alhamdulillah... rezeki sape sangkakan :D

Aiyang disayang said...

ni namanya rezeki yang tak disangka2...alhamdulillah

Ummiarissa Mahdi said...

kalau baik servis seperti yang dikatakan...pasti ramai yang akan shopping online kat situ nanti

Aiyang disayang said...

betul tu ummiarissa.... servis tu yg penting

alice khor said...

Nice! :)

Jack Tan said...

Nice colour. suits u
:)

rose rozlan said...

Servis dia bagus tak? tengah fikir nak beli dekat Zalora nih

Aiyang disayang said...

setakat yg sy berurusan ok je...

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.