Kerjasama dengan zalora - part 2

By
Advertisement
Assalamualaikum
tetiba je terus pergi ke part 2 hehe...
anggap aje lah n3 yang ini adalah part 1 nya.

Tengahari tadi hantar email ke zalora dan beri persetujuan untuk jalin kerjasama. Wahh.... mcm nak t/tangan MOU ape je... gabra beb!

Sebelum tu sempat la buat muka tak malu inbox ACIK tanya pasal benda nih (walhal sebelum ni tak pernah pun tegur2 dia di fb). Sebab bila google pagi tadi terrrrjumpa blog beliau yang dah pun merasai pengalaman bekerjasama dengan zalora. Tak kenal acik eh... ? Tak pe sat lagi saya kenalkan siapa jejaka kacak itu. Acik kata cakap je setuju bekerjasama dan dia bagi beberapa panduan. Ohhh..... begitu ye dik... okeyyyy.... akak pun apalagi zaasssss kata SETUJU!

Ptg ni pada saat n3 ini di taip saya telah pun dapat baucer RM50 dari zalora. Pantas betul team zalora ni buat kerja. Muehehe,,,suke sukeee.
Dah siap pilih dah pun.... nak tengok apa bendanya....

.
.
.
.
.
.
taraaaaa.....
                             

kuning lagi youuu..... entah muat entah tidak baju ni nnt. Apa pun terima kasih zalora..... muah2.
Dan terima kasih tak terhingga kepada Acik @ Mohd Izahar Sabtu @ akupenghibur.com. Sesiapa yang hadapi situasi mcm saya boleh rujuk blog acik yang cool nih...:)





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

7 comments:

Lynn si pipi merah said...

wahhh bestnya..

Ummiarissa Mahdi said...

oh dapat baucer....nanti dia suh promote lah tu kan..bertuah badan..

Aiyang disayang said...

ye...mmg itu pun tujuan dia.... nnt kena buat review pengalaman shoping dgn zalora

Lynn si pipi merah said...

aiyang lynn pun dapat.. berkat doa aiyang :)

Aiyang disayang said...

tahniah lynn....

Aku Penghibur said...

wahh cantik baju .. :) kena tengok betul2 saiznye :)

Aiyang disayang said...

paling besar saiz L je... hahaha...

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.