GARA-GARA KANTA LEKAP MATA REMAJA TERPAKSA DIGERUDI

By
Advertisement

MATA REMAJA DIJANGKITI PARASIT

FLORIDA 28 Mac - Seorang remaja perempuan di sini terkejut apabila diberitahu dia hampir hilang penglihatannya setelah sejenis parasit mula membiak pada kanta sentuh yang dipakainya dan mula merosakkan kornea matanya.

Doktor mendapati mata Hyde, 18, dijangkiti parasit mikroskopik atau acanthamoeba yang biasa ditemui pada air dan tanah yang merebak sama ada menerusi kanta sentuh, luka, atau luka kulit dan semasa bernafas.

Ekoran jangkitan itu, Ashley Hyde terpaksa menjalani rawatan selama berbulan-bulan dan mengharungi satu prosedur yang mengerikan apabila pakar optik perlu menggerudi ke dalam matanya.
Selain itu, kotoran yang terdapat pada biji mata remaja tersebut turut dibuang ketika kakitangan perubatan cuba mencari punca mengapa mata kirinya dijangkiti radang.

Acanthamoeba mengakibatkan Hyde yang berasal dari Pembroke Pines, Florida mengalami masalah pemandangan kabur dan dia terpaksa berulang alik berjumpa pakar mata.
''Mereka (doktor) melakukan pelbagai cara untuk membuang kotoran pada mata saya. Kadangkala mereka terpaksa menggerudi mata saya. Ia agak menjijikkan,'' katanya sebagaimana dilapor Local10.com.
Sementara itu, seorang pakar perubatan optometric, Dr. Adam Clarin berkata, pengguna kanta sentuh perlu menukar alat itu setiap hari
.
''Tiada apa yang lebih selamat atau sihat daripada membuang kanta sentuh setiap hari dan bermula dengan alat yang baru pada hari berikutnya,'' kata Clarin. - AGENSI


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

2 comments:

Hafizah Mohamad said...

Ya Allah...bahayanya... skrg ni byk dah yg jual kanta lekap yg murah ni...bahaya sungguh...

Aiyang disayang said...

mujur saya tak teringin langsung untuk pakai kanta lekap ni.... mcm leceh aje kan.... hihi

Disclaimer

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik saya yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Saya bukan doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

DOA RABITAH - DOA PENGIKAT KASIH SAYANG


[klik untuk besarkan]

Doa+Rabitah 1 Doa Rabitah

Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

✿*~ blog pedasss ~*✿

✿*~ hot n spicy ~*✿

✿*~ baca ni jugak ! ~*✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KLIK SINI GAK EHH..
Powered by Blogger.