25.2.13

TERKINI DARI LAHAD DATU: rela 'terus berjuang atau mati' - ketua penceroboh





Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

"Terus berjuang atau mati," kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.

"Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan," tambahnya.

Manila semalam menghantar satu kapal laut untuk membawa pulang kumpulan itu namun Agbimuddin menegaskan 'Pasukan Keselamatan Diraja' tidak akan berganjak dari Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga "isu itu diselesaikan".

Kapal berkenaan dijadualkan tiba di pesisir Lahad Datu hari ini.

Kumpulan dari Filipina itu berusaha untuk menduduki satu kawasan pesisir pantai di daerah Lahad Datu, yang didakwa pernah menjadi sebahagian daripada jajahan kesultanan Sulu. 

Mereka dikepung pasukan keselamatan sejak 12 Februari di kawasan tersebut. mk



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

No comments:

TUDUNG DENIM IRONLESS NARINA

Tudung Tahan Lasak dan IRONLESS. Siapa tak suka kan?  Tudung yang jimat masa untuk bersiap, malah senang untuk dijaga! Paling come...